Siapakah Wira?


Berani saja belum boleh dibangga
Gigih berjuang belum boleh dianggap wira
Berkorban berhabisan-habisan belum boleh dianggap mulia
Kerana berjuang sampai masuk penjara belum boleh dipuji dan dipuja
Mulia itu bukan kita yang mengukurnya
Yang menentukan ialah Tuhan kita
Seorang yang mulia, seorang wira ada syarat-syaratnya
Ada ciri-ciri tersendiri
Orang yang menegakkan hukum Islam pada dirinya
Kemudian diperjuangkan di dalam kehidupan
Akhlak mulia terserlah sekali
Nasihatnya berhikmah dengan halusnya
Bila ada ujian tidak hilang pertimbangan
Bila datang nikmat tidak terpesona
Prinsipnya tidak berubah di dalam sebarang keadaan
Segala yang dibuat untuk keredhaan Tuhannya.
(merakam nasihat dari arwah guru)

Perkongsian dari rakan blog, disini

 Diambil dari nota facebook nukilan Siti Fauziana

* nama fb: Siti Fauziana



Hazabe al-Kelantani

No comments: