Nilai sebuah
Syahadah.
“Janganlah difikirkan bilakah kali pertama kita mengucapkan syahadah, sebaliknya renungilah sedalam-dalamnya dalam diri yang jahil ini, bilakah kali terakhir kita memerhati maksud syahadah” –
“Janganlah difikirkan bilakah kali pertama kita mengucapkan syahadah, sebaliknya renungilah sedalam-dalamnya dalam diri yang jahil ini, bilakah kali terakhir kita memerhati maksud syahadah” –
Hazabe al-Kelantani.
Saya terpanggil menulis entri berkenaan erti sebuah syahadah
yang barangkali terlalu remeh untuk dibincangkan dalam ‘usrah’ runcitan yang
lebih gemar membahaskan kesedaran berdakwah dengan slogan ‘daulah Islamiah’.
Apa yang pasti, asas kepada segala gerak kerja yang dihadapi pada hari ini merujuk
kepada kefahaman kita pada ma’na syahadah tersebut. Meskipun terlalu rumit dan
mendalam perbincangan yang dihujahkan oleh para ‘alim ‘ulama terdahulu dan
‘ulama masakini, namun ada beberapa konsepsi umum yang seharusnya dihadam dan
dijazam’kan dalam hati.
Melihatkan beberapa konsepsi umum, suka untuk saya berkongsi
apa yang disebut kalimah syahadah tersebut.
“Al-Syahadatain (dua kalimah syahadah)
adalah merupakan lafaz yang wajib diketahui dan dii`tikadkan oleh setiap
muslim. Ia juga merupakan lafaz yang wajib diucapkan oleh orang-orang kafir
bagi melambangkan keislaman mereka.
Lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah:
أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ
Maksudnya:
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”.
Perhatian: Lafaz ashhadu (أشهد) yakni “aku bersaksi” mengandungi tiga makna serentak iaitu:
1. (أعلم) yakni “aku mengetahui”,
2. (أعتقد) yakni “aku mempercayai” dan
3. (أعترف) yakni “aku mengiktiraf”.
Inilah lafaz yang afdal dan paling sesuai bagi menjelaskan tuntutan iman dan Islam. Ini kerana setiap sesuatu pengakuan hendaklah didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan pula hendaklah didahului dengan pengetahuan atau ilmu. Jika tidak, maka pengakuan dan kepercayaan itu adalah suatu pembohongan. Demikian juga jika seseorang itu tahu tentang kebenaran Islam tetapi tidak mahu mempercayai atau tidak mengakui kebenaran Islam, maka dia telah berdusta sebagaimana orang-orang Yahudi yang telahpun mengetahui kebenaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, namun disebabkan sikap degil dan bongkak mereka tidak mahu memperakui akan kebenaran risalah yang dibawa oleh baginda sallallahu`alaihi wasallam
Makna Kalimah Syahadah Pertama:
أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
“Aku mengetahui (dengan menuntut ilmu), aku beri`tiqad (mempercayai) dengan hati tanpa dipaksa dan aku mengiktiraf (mengakui) dengan lidah bahawa tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allah Yang Maha Tunggal lagi Yang Maha Esa, Yang Awal lagi Yang Sedia Ada, Yang Maha Hidup lagi Yang Maha tidak berhajat kepada yang lain dan Yang Maha Kekal lagi Yang Maha Mencipta, Yang Maha Memberi Rezeki, Yang Maha Mengetahui lagi Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesuatu yang dikehendaki-Nya pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki oleh-Nya pasti tidak akan berlaku. Dia-lah Tuhan yang tidak ada sebarang daya dan kekuatan melainkan dengan-Nya yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak dengan-Nya, yang suci dari segala sifat kekurangan pada hak-Nya”.

Ringkasan daripada makna syahadah pertama di atas ialah pensabitan (merujuk kepada) 20 sifat bagi Allah ta`ala iaitu: al-Wujud (ada), al-Qidam (sedia ada), al-Baqa’ (kekal), al-Mukhalafah lil-hawadith (bersalahan dengan makhluk), al-Qiyam bi-nafsih (tidak berhajat kepada makhluk), al-Wahdaniyyah (esa), al-Qudrah (berkuasa), al-Iradah (berhendak), al-`Ilm (mengetahui), al-Hayah (hidup), al-Sama` (mendengar), al-Basar (melihat) dan al-Kalam (berkata), Kaunuhu Qadiran (keadaan Allah ta`ala yang berkuasa), Kaunuhu Muridan (keadaan Allah ta`ala yang berkehendak), Kaunuhu `Aliman (keadaan Allah ta`ala yang mengetahui), Kaunuhu Hayyan (keadaan Allah ta`ala yang hidup), Kaunuhu Sami`an (keadaan Allah ta`ala yang mendengar), Kaunuhu Basiran (keadaan Allah ta`ala yang melihat), Kaunuhu Mutakalliman (keadaan Allah ta`ala yang berkata-kata).
Makna Kalimah Syahadah Kedua
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ
“Aku mengetahui, mempercayai dan mengakui bahawa Muhammad ibn `Abdullah ibn `Abd al-Muttalib ibn Hashim ibn `Abdu Manaf al-Qurashi sallallahu`alaihi wasallam itu adalah hamba Allah dan utusan-Nya kepada semua makhluk. Selanjutnya, diikuti dengan iktikad dan keyakinan bahawa baginda telah diputerakan dan dibangkitkan sebagai seorang rasul (pesuruh Allah) di bumi Mekah, berhijrah ke bumi Madinah dan disemadikan di sana, baginda benar dalam semua perkara yang dikhabarkan dan disampaikannya daripada Allah iaitu mencakupi perkara-perkara yang telah berlaku, perkara-perkara yang akan berlaku dan perkara-perkara yang berhubung dengan hukum syariat. Antara perkara yang dikhabarkan itu ialah azab dan nikmat kubur, soalan dua malaikat Munkar dan Nakir, kebangkitan dari alam barzakh, perhimpunan di Mahsyar, kiamat, hisab, pahala, azab, neraca amalan, titian al-Sirat, neraka, kolam al-Hawd, syafaat, syurga, melihat Allah dengan mata kepala pada hari Akhirat tanpa kayfiyyat, tanpa bertempat dan ruang; iaitu tidak seperti makhluk dilihat, keberkekalan hamba-hamba Allah di dalam syurga dan neraka, keimanan dengan para malaikat Allah, para rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan qada` dan qadar Allah iaitu yang baik dan yang buruknya, dan sesungguhnya baginda adalah penyudah segala nabi. [1]
Adapun didalah kitab I’tiqad Ahlus Sunnah wal Jama’ah,
syarahan Al-Musnid, Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, intipati kepada
syahadah bukan semata-mata merujuk kepada terjemahan kalimah tersebut, tetapi
berkait rapat pada kefahaman tentang ilmu ‘aqaid (aqidah/tauhid) yang merujuk
kepada kepercayaan dan keimanan. Menurut al Fairuz Aabadi, aqidah ialah sesuatu
yang diikat dan disimpul di dalam hati dan jiwa serta apa yang dipegang oleh
seseorang sebagai agama dengan pegangan yang benar dan selamat dari sebarang
keraguan. [2]
Oleh itu, aqidah didalam Islam, mestilah berkisar di sekitar
perkara-perkara yang datang daripada wahyu, al-Quran dan Sunnar yang mutawatir.
Selain dari sumber-sumber ini, bukanlah aqidah yang sebenar kerana tidak
membuahkan keyakinan dan kepastian.
Dalam pandangan alam Islam, Prof Syed Muhammad Naquib
al-Attas menerangkan dan menjelaskan ma’na ‘agama’ sebagai, “ …agama itu berasas pada Tanzil daripada Tuhan
kepada insan yang dilangsungkan dengan perantaraan wahyu yang diturunkan
olehNya kepada nabi atau rasulNya (Muhammad saw)bagi anutan segenap manusia.[3]
Justeru, bila kita membicarakan soal kalimah syahadah,
secara tak langsung ia mencakupi perbahasan ‘aqidah, makna sebenar ‘agama’ dan
tindak balas kita pada pengakuan ‘aqidah’ tersebut. Dalam kata lain, perbuatan
hamba itu mesti selaras dengan tuntutan agama. Seandainya kefahaman pada
asas-asas agama ini tidak cukup kuat, ia bakal menimbulkan bibit-bibit keghairahan bermusim dan melahirkan
unsur-unsur ekstrimism dalam kehidupan beragama malah ia juga akan menganggu
gugat ma’na sebenar kehidupan seorang insan.
Satu lagi tema yang mungkin boleh diketengahkan, apakah
bentuk ajaran aqidah yang sesuai dengan senario masakini? Perlu diingatkan,
bahawa yang berubah adalah ‘keadaan’ dan
bukannya agama itu sendiri. Dan perubahan ‘keadaan’ menuntut kepada perubahan
metod atau teknik pengajaran kepada ilmu aqidah bukan kepada ‘perubahan’ pada
intipati agama itu.
Keadaan inilah yang menimbulkan kerunsingan bahawa kefahaman ‘aqidah’ yang tepu dan tidak berkembang selari dengan cabaran semasa, memaksa kita, generasi belia keliru dengan asas-asas aqidah yang sebenar. Apatah lagi bila dihujani dengan pandangan-pandangan alam yang diluar daripada kerangka Islam yang tulen. Dan bila dihujahkan ilmu aqidah yang ‘berkembang’- penulis tidak bermaksud bahawa aqidah itu perlu berlaku transformasi daripada yang lalu (tidak berkembang) kepada kini (yang berkembang). Sebaliknya, penulis berpendapat, aqidah itu perlu difahami secara mendalam, dengan perbahasan-perbahasan yang lebih mencabar sifatnya yang merujuk kepada ‘perkembangan’ bentuk serangan pemikiran yang semakin serius dilancarkan daripada Barat.
Didalam sejarah tradisi ilmuan Islam sendiri, misalnya Imam
Al-Ghazali yang dikenali sebagai Hujjatul Islami turut merangka dan
memperkemaskan kembali aqidah umat Islam dengan perbahasan-perbahasan yang
menjawab balik persoalan-persoalan yang ditanya oleh ahli falsafah yunani yang
jelas bakal mengelirukan umat Islam seandainya tiada upaya memahami akar
fahaman agama yang jelas.
Dalam hal ini, seharusnya, kita dapat membezakan apakah
intipati aqidah yang tulen yang apakah intipati aqidah yang bercampur aduk.
Justeru, mengenal pasti perbezaan ini, tidak dapat tidak, perlu merujuk kepada
para guru yang mursyid yang faqih dan diberikan tauliah untuk mendidik dan
menyampaikan ajaran agama.
Imam Ibn Sirin berkata, “Sesungguhnya
ilmu ini adalah agama, maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambil agama
mu”.[1]
Sebab itu, bila ditanya, tidak cukupkah kami berusaha untuk
membangunkan ummah dengan cara ini (dakwah). Maka jawabnya, belum cukup, selagi
belum mantap aqidahnya.
Dalam hal ini, perlu difahami, dalam maratib ilmu, ilmu usuluddin
(‘aqai’d/tauhid) adalah yang paling utama, malah yang paling asas yang perlu
difahami secara tuntas dengan bantuan daripada guru-guru yang mursyid dan
bukannya daripada naqib atau naqibah yang diragui kefahamannya.
Seboleh-bolehnya, ilmu agama perlu ditalaqi dan dibahaskan dari kulit ke kulit dan
dihadam maksudnya.
Bila dihujahkan bahawa, tidakkah itu akan melambatkan proses
dakwah? Dijawabnya, jalan itu lebih selamat dan lebih diyakini daripada berdakwah
tanpa kefahaman yang jelas, malah keghairahan yang didasari atas ‘semangat’
semata-mata tidak cukup utuh untuk merubah ummat.
Dalam sejarah peradaban Islam sendiri membuktikan, dengan
asas kefahaman aqidah yang mantap mampu melahirkan sebuah peradaban Islam yang
digeruni dan disegani oleh seluruh pelusok dunia. Sejarah pembukaan kota
BaitulMaqdis oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi misalnya, membuktikan, kefahaman
aqidah yang mantap mampu melahirkan pemimpin dan tentera yang berjaya
mengembalikan BaitulMaqdis ke tangan orang Islam.
Semoga penulisan ini memberi manfaat dan iktibar kepada
semua penggerak dakwah, supaya bukan sedikit impak yang bakal dihadapi oleh
umat Muslimin dengan kefahaman aqidah yang keliru, malah sejarah juga
membuktikan, aqidah yang keliru bakal menjadi barah yang menunggu masa untuk
memecahbelahkan umat manusia pada hari ini.
Rujukan :
[2]
Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, Risalah Tauhid I’tiqad Ahli Sunnah
wal Jama’ah
Hazabe al-Kelantani
No comments:
Post a Comment