Indahnya cinta....

YA ALLAH,
Jika aku jatuh CINTA,
CINTAkanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan CINTAnya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

YA RAHIM
Jika aku jatuh HATI
Izinkan aku menyentuh HATI seseorang
yang HATInya tertaut padaMu, agar aku tidak terjatuh
dalam jurang cinta nafsu...

YA RABBI,
Jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripadaMu


YA RABBUL IZZATI
jika aku RINDU
RINDUkanlah aku pada seseorang
yang meRINDUI syahid di jalanMu

YA ALLAH
jika aku menikmati CINTA kekasihMu
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat
disepertiga malam

YA ALLAH
Jika aku jatuh HATI pada kekasihMu
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

YA ALLAH
jika Kau halakan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah
melupakan aku pada CINTA hakiki dan RINDU
abadi hanya kepada Mu
terakhirMU

Menutup Keaiban

Seorang lelaki secara termengah-mengah datang menghadap Umar. Mukanya merah padam dan suaranya bergegar manakala ia bercerita, "Wahai,Amirul Mukminin. Saya melihat dengan mata kepala sendiri pemuda Fulan dan pemudi Fulanah berpelukan dengan mesra di belakang pohon kurma." Laki-laki itu berharap Umar akan memanggil kedua pemuda-pemudi yang asyik masyuk itu dan memerintahkan orang suruhannya supaya mendera mereka dengan cemeti.Ternyata tidak. Umar menggenggam leher baju laki-laki itu. Sambil memukulnya dengan gagang pedang, Umar mengherdik, "Kenapa engkau tidak menutupi kejelekan mereka dan berusaha agar mereka bertaubat?Tidakkah engkau ingat akan sabda Rasulullah, `Siapa yang menutupi aib saudaranya, Allah akan menutupi keburukannya di dunia dan akhirat'." Dalam fikiran Umar, bila kedua muda-mudi itu dimalukan di tengah orang ramai, boleh jadi mereka akan nekad lantaran tidak tahu kemana hendak menyembunyikan diri. Bukanlah sarang maksiat yang lebih parah akan mengurung mereka dalam dosa berketerusan? Pada kali yang lain, seorang Muslim diseret ke hadapannya kerana mengerjakan suatu dosa yang patut menerima hukuman sebat. Tiga orang saksi telah mengemukakan pernyataan yang membuktikan kesalahan lelaki Muslim itu. Tinggal seorang lagi yang merupakan penentuan,apakah hukuman dera harus dijatuhkan atau dibebaskan. Ketika saksi keempat itu diajukan, Umar berkata, "Aku menunggu seorang hamba beriman yang semoga Allah tidak akan mengungkapkan kejelekan sesama Muslim dengan kesaksiannya." Dengan lega saksi keempat itu menyatakan, "Saya tidak melihat suatu kesalahan yang menyebabkan lelaki itu wajib dihukum sebat." Umar pun menarik nafas lega.

kata2 himah

  • * Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
  • * Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
  • * Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
  • * Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan. * Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
  • * Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
  • * Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
  • * Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
  • * Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
  • * Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
  • * Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
  • * Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
  • * Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.