suatu perjalanan..




Segala puji bagi Dia yang Maha Pemberi Petunjuk kepada hamba-hambaNya yang sentiasa lalai dan leka dengan dugaan yang mendatang. Puji dan syukur ku panjatkan pada Dia, Tuhan yang menjadikan alam ini. Setelah hampir 4 bulan saya bercuti (sem break) kini terpaksalah pula mengadap buku Engineering, menyiapkan diri untuk melangkah ke alam ‘kampus’. Apa pun perjuangan masih perlu diteruskan, seperti kata sahabat saya “ Study no 1 tetapi perjuangan bukan no 2,” . Agak sukar untuk saya memahaminya tetapi terpulang bagaimana seseorang membahagikan masanya untuk memenuhi amanah yang diberikan padanya. Setelah beberapa hari berkampung di Pondok Seri Permai, Pasir Puteh, Kelantan, maka saya kira cukuplah segala perancangan yang telah dirancang sebelum cuti sem, dan bagi saya, meskipun hanya beberapa hari saja sempat saya menagih ilmu di sekolah pondok, tetapi begitu banyak kesan yang mendalam bagi diri saya. Cuti semester kali ni adalah yang paling sibuk pernah saya lalui. Sehinggakan masa bersama keluarga pun terpaksa dikorbankan. Apa yang menyedihkan bila mak selalu cerita adik saya kerap kali bertanya bila saya akan pulang ke rumah..luluh hati saya bila dengar cerita mak. Tak sangka adik saya dalam diam2 memendam perasaan rindu pada abangnya. Maafkan abang yer, dik. Sememangnya memang payah nak menerangkan pada adik yang masih kecil tentang maksud pengorbanan dalam perjuangan. Biarlah, suatu masa nanti, akan saya terangkan semuanya sekali betapa beratnya tugas menafkahkan diri dalam usaha nk mencari keredhaan illahi. Ramai juga tertanya-tanya buat apa nk pergi pondok? Kalau nak belajar agama kt masjid-masjid kan ada…hmm biarlah apa orang nk persoalkan, bagi saya cukuplah saya tahu dan yakin apa yang terbaik buat saya. Memandangkan hanya beberapa hari di situ (pondok), saya tak sempat nak menghabiskan perbahasan kitab usul tahkik, kitab yang membincangkan salah satu cabang agama, iaitu akidah. Bagi saya itulah bnda utama yang perlu kita yakini dan fahami sebelum kita memahami makna Islam yang menyeluruh. Itulah satu-satunya yang membezakan kita (orang Islam) dengan orang kafir. Tapi pada masa kini, aneh bin ajaib, bila melihatkan senario yang berlaku. Apatah lagi yang melakukannya adalah golongan-golongan yang terpelajar, yang mendapat didikan agama sejak kecil, yang diterapkan semangat cintakan Islam dalam diri masing-masing. Senario yang saya maksudkan ialah di mana umat Islam bertelingkah antara satu sama lain sehinggakan ada yang sanggup laknat-melaknat dan caci-mencaci sesama saudara seakidahnya itu. Heran yer. Kalau diteliti buku “ Madha Ya’ni Intima’I Lil Islam (Apa Ertinya Saya Mengganut Islam)-Fathi Yakan” yang saya kira ramai yang telah m’khatam buku ini, telah ditulis bagaimana seorang muslim harus bersifat lemah-lembut dan sabar serta menjauhi sangka buruk dan sifat mengumpat. Tetapi apa yang saya lihat, pada hari ini caci-mencaci bukanlah suatu perkara yang asing. Hatta kalau diteliti balik, orang yang mencaci bukanlah orang yang calang-calang tetapi orang yang berilmu. Bukanlah saya nak menyamakan seseorang itu sehingga bertaraf mengkafirkannya, tidak ada prinsip Ahli sunnah wal jamaah membolehkan mengkafirkan seseorang yang tidak sealiran dengannya. Apa yang ingin saya persoalkan dimanakah nilai-nilai Islam yang boleh kita banggakan lagi jika perlakuan kita pada hari ini tidak ada bezanya dengan orang yang tidak diberi hidayah oleh Allah. Jika dahulu orang tertarik pada ajaran Islam kerana akhlak yang mulia yang ditunjukkan oleh seorang muslim, namun kini, dimanakah nilai-nilai peribadi muslim yang dahulu kita banggakan? Teringat saya akan suatu cerita yang diceritakan oleh Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki di dalam kuliahnya, bagaimana Ibn Ar-rabbi seorang alim, dihina, dicaci oleh seorang lelaki pada zamanya sehinggalah lelaki tadi meninggal dunia. Sepanjang penghinaan dan cacian yang diluahkan oleh lelaki tersebut, dia hanya menerimanya dengan hati terbuka, dengan rasa penuh sabar. Apabila lelaki tadi meninggal, Ibn Ar-rabbi pergi menyempurnakan jenazahnya sehinggalah dikebumikan. Apabila pulang ke rumah, Ibn Ar-rabbi menguncikan dirinya di dalam bilik, berzikir, berdoa akan keselamatan lelaki tersebut sehingga pembantunya terpaksa memanggilnya makan kerana beberapa lama dia tak menjamah makanan. Tapi Ibn Ar-rabbi menjawab, “aku tidak akan keluar dari bilik ni, selagi Allah tidak mengampunkan dosa lelaki yang suka mencaci dan menghina aku itu,”. Akhirnya dengan inayah dan rahmat Allah taala, akhirnya doa Ibn Ar-rabbi dimakbulkan, dan dia pun kemudian keluar ke bilik menjalani kehidupannya seperti biasa. Subhanallah. Inilah cerita yang betul2 menyentuh hati saya, yang boleh kita ambil manfaat darinya. Ingatlah andainya kita menjadikan Rasulullah sebagai contoh tauladan bg kita, jauhkanlah diri kita dari sikap dan tabiat yang bukan dari akhlak islamiah yang boleh mencemarkan agama Islam. Bahkan Rasulullah sendiri pernah bersabda “ Sesungguhnya orang-orang yang melaknat orang lain tidak akan memberi syafaat kepada orang lain dan tidak akan menjadi saksi pada hari kiamat-hadis muslim”. Suka untuk saya mengajak sahabat-sahabat yang membaca post pada kali ini, letakkan segala harapan dan doa kepada Allah kerana Dia yang lebih layak menghina dan menghukum hambanya. Siapalah kita untuk kita mencaci saudara kita yang seakidah, yang sujud pada arah kiblat yang sama.

Ku lihat bintang berseri-seri di malam hari,
Tapi ku tertanya-tanya di manakah ‘seri’ itu?
Pada bentuknya atau pada namanya,
Kerana ku bimbangi ‘seri’ itu akan hilang,
Kerana kabus sering kali menghalang,
Bila, dimana, ia bakal mendatang.

Ku cium haruman mawar membunga,
Warnanya merah terang membara,
Sentiasa menggoda teruna dan dara,
Awas, itu bukannya bunga biasa,
Duri di badan tajam membinasa,
Mengawal diri, hancur dek masa.

Angin bertiup nyaman menyegar,
Ketenangan dirasa semakin sukar,
Entah apa yang sedang tercalar,
Ku lihat suasana alam sekitar,
Rupanya kumbang sayap bergetar,
Membawa berita tidak serupa khabar.

(sekadar bingkisan kenangan aku dalam perjalanan mencari Ilmu)
dari Kuala Terengganu - Pasir Puteh, Kelantan

(inilah motor yang aku guna )
-motor Honda Wave 100 -


di kaki bukit...



(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)

HAZABE
"SALAM UKHWAH"

2 comments:

LOO (o_o) said...

ingatkn adik kat ZC je yg tanya 'di mana abangnya'...

insyirah said...

salam.Almdlah,syukur n puji pd DIA krn mengurniakan masa lapang utk ust menuntut ilmu yg m'br manfaat utk islm n ummah khususnya,lepas ni blh la sebarkn ilmu y d dpti dlm family apis nant ya,nk jg pelajarinya.lumrah p'juangan,begitulh pasti menagih pengorbanan yg bsr utk kenikmatan yg 'panjangan..ok la,slmt berjuang,slm ukwah & slm mahabbah=)
-alfaqir ilallah-