pieces of prosperity

Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw yang membawa rahmat ke sekalian alam. Kita masih lagi diberikan peluang untuk menghidu udara yang berbaur kekeliruan disebabkan kebatilan yang kian mengisi ruang kebenaran. Namun kebenaran itu tetap akan dimenangkan kerana Islam itu adalah agama yang benar, dan segala yang benar akan sentiasa dipertahankan. Suka untuk saya berkongsi pengalaman yang berlaku beberapa hari yang lalu.

Pengalaman yang boleh saya ceritakan kepada generasi muda betapa perjuangan menyampaikan kebenaran perlu sentiasa dipertahankan dan setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Kerdilnya diri ini apabila menyebut soal pengorbanan, hatta kalau dilihat sejarah kebangkitan Islam, terlalu jauh perbezaan yang boleh dilihat. Jika dahulu ulama-ulama terpaksa merantau beribu-ribu batu mencari ilmu dan menyampaikannya kepada orang ramai, jka dahulu ulama-ulama terpaksa menahan seksaan penjara dan hukuman bunuh kerana menentang kebatilan, jika dahulu, para mujahidin bersedia disembelih, dibunuh kerana mempertahankan kebenaran, begitu besar pengobanan mereka, golongan terdahulu. Kini terlalu banyak kebatilan sehingga yang benar itu tetap dinafikan. Disaat kebenaran dipertahankan, hujah kebatilan menikam membunuh semangat. Aduhai manusia, engkau telah diberikan pilihan namun kenapa sukar kau menerima apa yang dipanggil kebenaran. Pekakkah, bisukah, atau hanya manusia yang kufur akan nikmat Allah, membiarkan nikmat itu sekadar untuk pemuas hawa nafsu. Manusia sememangnya lupa, hanya kerana mereka merasa mereka sudah cukup pandai, mereka menyalahkan semua yang lain. Takkabur.

Pengalaman saya menyertai perhimpunan bantahan PPSMI berubah menjadi perarakan yang membawa berpuluh-puluh ribu rakyat untuk menyatakan bantahan mereka kepada pelaksanaan PPSMI. Aura kebangkitan semangat menyebabkan hujah akal sentiasa diketepikan, menyebabkan tindak balas spontan yang menerima jawapan balas pemedih mata, dan water canon. Sukar agaknya berbicara tentang hikmah akal, dijadikan untuk menimbangkan yang hak dan batil, namun bila hati mati sudah berbicara, padah diterima, memberi kesan pada anak-anak kecil dan ibu-ibu tua yang sudah lanjut untuk menunjukkan semangat ‘juang’ mereka. Semangat semata-mata bisa mengundang bencana pada diri. Namun soalnya siapa yang salah? Huh! Memang dasar manusia, sentiasa mencari salah orang lain, mengutuk kelemahan yang ada. Cacian dan makian sudah menjadi perkara biasa. Akhirnya perpaduan tiada lagi nilainya. Ukhwah yang dahulu terjalin bisa terhakis kerana ego menguasai diri. Mangsanya? Masyarakat hilang rasa pertimbangan, adab sopan budaya lama kian pupus ditelan sifat takkabur yang begitu marak membakar diri.

Bantahan PPSMI adalah perlu. Rakyat bersuara memberitahu, ini dia perjuangan anak melayu. Harga budaya perlu dikembalikan, bahasa ibunda perlu dipertahankan. PPSMI bukan sahaja merugikan bangsa tapi memecahbelahkan generasi yang ada. Yang kaya gah berbicara, yang miskin tunduk menelan derita. Mengapa masih perlu dibiarkan,suara rakyat kuasa keramat, PPSMI bukan jalannya membawa petunjuk kemajuan yang perlu, tapi ia hanya hukuman, menyeksa rakyat negara majmuk.

Perarakan aman disambut dengan kekerasan mereka yang berkuasa. Gas pemedih mata dilepaskan tanpa belas, anak-anak kecil menangis tak terkata, orang-orang tua hilang berbicara, masing-masing disambut oleh bedilan gas pemedih mata. Sungguh tak disangka, inikah namanya negara demokrasi? Suara rakyat hanya didengari bila bahang pilihanraya dirasai, namun kemudiannya?? Rakyat bukanlah boneka yang dungu tak punya rasa, tapi mereka punya maruah diri untuk dipertahankan.

Biarpun perarakan itu tidak sah disisi undang-undang, kenapa permit perhimpunan masih diluluskan? Masakan rakyat bisa menunggu hanya untuk berhimpun setelah 6 tahun mereka dihukum. Salahkah rakyat atau mereka yang menjalankan tugas dari arahan pihak atasan. Huh! Sekali lagi memang dasar manusia, suka mencari salah orang lain. Apa yang penting begitu banyak iktibar yang boleh diambil. Jika negara Islam yang lain dilanda krisis penganiayaan dari sudut peperangan nyawa, tapi di sini kita dilanda oleh peperangan adab dan sopan yang kian terhakis. Yang lantang berpidato, pantas mencari kelemahan diri yang lain, itulah yang bakal disokong. Namun ada juga keliru adakah ianya perjuangan agama atau bahasa? Kenapa perlu perjuangan agama? Dan kalau ianya perjuangan bahasa, dimana rasa hormat pada bahasa, mengapa keluar kata-kata yang menghina bahasa sendiri? Huh! Terlalu neutral barangkali persoalannya? Huh! Biarpun berjela jawapan diberi, masih tidak mampu menyedapkan hati, kerana lumrah manusia, suka mencari kelemahan diri. Ceteknya pemikiran mereka. Semangat machivellian terus bertapak dalam diri. Mengapa disuruh burung merpati terbang tinggi, kalau tidak bukan kerana surat untuk diberi, mengapa diri tidak pernah menginsafi, kalau bukan ego menguasai diri.

Duhai anak bangsa sehati sejiwa,

Kita bernaung dalam litupan langit yang sama,

Dijadikan dari bahan yang sama,

Diberikan cahaya yang sama,

Namun,

Adakah engkau sudah lupa,

Ilmu itu bukan untuk dibangga,

Tapi dikongsi untuk dilaksana,

Biarpun pahit, tapi akhirnya manis dirasa,

Kerana hikmah ilmu memang indah untuk dibaca.

Sahabat ,

Kita sebagai generasi pemuda,

Masa depan dihadapan perlu waspada,

Jangan hanya semangat semata-mata,

Ilmu pelindung di hari muka,

Lihatlah masyarakat sebagai mad’u kita,

Menyeru mereka untuk sedar sentiasa,

Tiada siapa yang begitu sempurna,

Melainkan Rasulullah pembawa berita.

Sekadar perkongsian untuk pembaca, andai ada yang bisa terasa, ampun maaf dipinta, bukan niat untuk menyalahkan sesiapa tapi untuk berkongsi idea semata-mata. Yang hak tetap akan dimenangkan, dan yang batil akan terus dikalahkan.



(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)

HAZABE
"SALAM UKHWAH"

1 comment:

LOO (o_o) said...

sheikh join perhimpunn itu kah..bgus sheikh!! jika dilihat taraf pndidikan msyrkyt luar bndr,apalg msyrkt bumiputera asli..pastinya ia satu penyeksaan bg mrk.krajaan patut tinggal bersama mrk wpun seketika untuk rasai kesusahn n pnderitaan mrk bukan sahaja dr segi pelaksanaan sistem ini,malah dr segenap aspek..