Malayu – Islam Terpisahkah?

Dilema Melayu Islam…

Satu prejudis atau kenyataan?

Satu reality atau ilusi?

Mari kita bicarakannya lewat puisi

Berwancana di persada kata nan indah

Mengungkai masalah di sulaman madah

Agar dapat segalanya direnungi…

Tanpa emosi berapi-api


Pertama mari kita fikirkan…

Agama kita sama, syahadah kita serupa

Tapi mengapa mesti berpecah?

Kedua mari kita renungkan…

Bangsa kita sama, darah kita serupa

Tapi mengapa mesti bertelagah?

Darah dan syahadah boleh terpisah?


Justeru sepatutnya dengan keduannya

Lebih mudah menyatukan kita

Kerana agama dan bangsa kita sama

Akidah kita Islam, kabilah kita Melayu…

Tapi kenapa sukar benar untuk bersatu?


Dalam realitinya sungguh berbeza

Agama didakwa punca sengketa

Cintakan Islam telah dipolitikkan

Kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan…

Islam disinonimkan dengan parti

Wajarkah begitu?


Cintakan bangsa turut dipersalahkan

Kasihkan watan dituduh asabiah

Melayu dan Islam bagai bertentangan

Kedua-duanya saling berkonflik

Islam menggugat semangat patriotic

Benarkah begitu?


(nukilan daripada karya Pahrol Muhammad Juoi, Dilema Melayu – Islam, Kurang Fikir atau Kurang Zikir)



(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)
HAZABE"
SALAM UKHWAH"

Wasiat Ibn Arabi Agar Tidak Memusuhi Ahli Tawhid

Berhati-hatilah engkau agar jangan memusuhi ahli lâ ilâhâ illâ Allâh, kerana ia memiliki pertolongan yang umum dari Allah. Mereka adalah para wali Allah (1). Jika mereka melakukan kesalahan dan mendatangkan ke bumi ini kesalahan yang tidak menyebabkan mereka menyekutukan Allah sedikit pun, maka Allah menemui mereka dengan membawa ampunan(2). Barangsiapa yang telah ditetapkan pertolongan atas dirinya, maka ia tidak boleh diperangi. Barangsiapa memusuhi Allah, maka Allah pasti mengingatkan balasannya di dunia dan di akhirat. Dan setiap orang yang tidak Allah beritakan permusuhan kepadaNya, janganlah kau jadikan musuh. Setidaknya engkau tidak mengenalinya, maka biarkanlah urusannya(3). Jika terbukti ia adalah musuh Allah, yang sudah pasti orang musyrik, maka berlepas dirilah darinya. Timbangan mu ini adalah dengan firman Allah SWT, “ Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu adalah bapak-bapak mereka,”- (Al-Mujadillah 57;22).


Ketika engkau tidak mengetahui hal itu, seeloknya janganlah memusuhi hamba-hamba Allah, dan jangan pula memusuhinya kerana apa yang diucapkannya(4). Engkau hanya boleh membenci perbuatannya, bukan dirinya. Sementara itu, yang dibenci dari musuh Allah adalah dirinya. Bezakanlah antara orang yang dibenci akan dirinya ya’ni musuh Allah, dan orang yang dibenci kerana amal perbuatannya iaitu orang mukmin, atau yang tidak engkau ketahui kesudahan orang non-muslim pada waktu itu(5). Berhati-hatilah dengan firman Allah dalam suatu hadis sohih, “ Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka pasti Aku isytiharkan perang atasnya.”. Jika ia tidak mengetahui perihal dirinya (wali) dan lantas memusuhinya, maka bererti ia tidak memenuhi hak Allah dalam penciptaannya (wali). Sebab, ia tidak mengetahui ilmu Allah tentang dirinya (wali) dan Allah pun tidak menjelaskan kepadanya, sehingga ia berlepas diri darinya serta menjadikannya sebagai musuh. Jika ia mengetahui keadaaan lahiriah dirinya, sekalipun ia musuh Allah dan engkau tidak mengetahuinya, maka bersahabatlah dengannya untuk menegakkan hak Allah dan jangalah memusuhinya. Bergaulah dengan hamba-hamba Allah dengan penuh kasih sayang, sepertimana Allah jua memberikan rezeki kepada orang-orang kafir dan musyrik di antara mereka melalui pengetahuanNya.


Serahkanlah segala urusan kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa engkau berada didalam apa yang telah ditetapkan olehNya. Tebarkanlah kasih sayangmu kepada seluruh hidupan dan makhluk. Janganlah kita menyangka bahawa hidupan lain tiada manfaatnya bahkan mereka itulah (hidupan lain) mempunyai banyak manfaat dan kebaikannya. Janganlah engkau pandang apa yang ada padanya pada waktu itu sampai jelas bagimu siapa orang-orang yang benar dan engkau ketahui siapa orang-orang yang berdusta. Maka ketika itu, pastikanlah pada dirimu untuk menjadikan mereka sebagai musuh perintah Allah bagimu, di mana Allah telah mencegahmu dari mengambil musuh-Nya sebagai pemimpin. Jika keyakinan lemah memaksamu untuk berhubung dengan mereka, maka jauhilah mereka tanpa menaruh kecintaan sedikit pun kepada mereka. Tetapi, untuk menolak kejahatan yang berasal darimu secara damai, serahkanlah segala urusan kepada-Nya dan bergantunglah dalam setiap keadaan kepadaNya sampai engkau menemuiNya.


1. Mereka yang diberi pertolongan oleh Allah


2. . Konsep yang ditekan disini bukanlah kita selayaknya menghukum seseorang itu sesat dan kafir sehingga terkeluar dari agama selagi mana belum terbukti kesahihan beritanya. Penekanan tentang aspek penyujian jiwa dan pembersihan sifat-sifat yang tercela dalam diri adalah kunci utama untuk membentuk peribadi yang sentiasa membentuk mahabbah dalam masyarakat.


3. Pembuktian keIslaman seseorang adalah berdasarkan penilaian ilmu dan bukannya andaian mahupun agakkan. Sungguhpun demikian, bukanlah hak kita untuk menentukan keimanan seseorang tapi ia adalah suatu langkah yang munasabah untuk menjauhkan diri kita dari belengu golongan-golongan yang sesat.


4. Seelok-eloknya, serahkanlah segala urusan pada Allah SWT, dan sentiasalah berhusnul dzan dan berdoa agar kita dan mereka ditempatkan dalam golongan-golongan yang beramal soleh dan diterima disisi Allah.


5. Sungguhpun sudah jelas perbuatan seseorang itu melanggar syariat Allah, bukanlah hak kita menafikan peranannya yang lain selaku hamba Allah di muka bumi ini. Kerana setiap yang dijadikan oleh Allah adalah suatu kejadian yang penuh dengan rahsianya yang tersendiri.


Rujukan;

Wasiat-wasiat Ibn ‘Arabi, yang diterjemah dari buku Al-Wâshâyâ li Ibn al-‘Arabi


(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)


HAZABE"SALAM UKHWAH"

Aura Kebangkitan Mahasiswa siri ke-2

Alhamdulillah, sekali lagi pena tajam menyentuh makalah. Pemikiran kritis kembali berjuang. Baru saja usai menulis catatan pertama, telah timbul suara-suara sumbang yang menggamit suasana. Kalau dahulu suara itu hanya bisikan halus yang berlalu begitu sahaja, tapi kini, ia menjadi topik hangat dalam setiap pertemuan. Ku kira, natijah pada penulisan ini ada pro dan kontranya. Namun kalau dilihat dari kebaikannya, banyak yang boleh diperkatakan. Namun kalau dilihat dari keburukannya, memang sukar untuk dinafikan kewujudan masalah utama iaitu ilmu.

Permulaan yang penuh konflik

Tidak sampai seminggu diletakkan dalam “Facebook”, kelihatan ia seperti ‘sparkplug’ yang menyebabkan mereka tidak duduk diam. Baik dari sudut kepimpinan mahupun yang menyokong dibelakang. Bagai cacing kepanasan; begitulah perumpamaan yang ingin ku gambarkan. Ada yang masuk menghentam tanpa usul periksa, dan ada yang menfitnah tanpa dipanggil berbincang. Yang aneh, tiada seorang pun wakil yang berani menjawab tentang penulisan tersebut. Apakah mereka tiada jawapan bagi semua itu? Atau mungkin, mereka hilang hujah untuk menegakkan benang yang basah? Apa pun, sudah dikatakan, ‘aura’ itu semakin hangat, malah bakal mencetus gelombang kesedaran pada mahasiswa-mahasiswa yang lain. Biar saja mahasiswa memainkan peranannya. Amanah yang disandarkan bukan kemegahan tapi ia adalah bebanan untuk berkhidmat. Mereka punya amanah atas pilihan mahasiswa, maka mahasiswa pula perlukan mereka untuk memberikan ‘nyawa’ pada universiti.

Pada perkiraan aku, kelihatan perjuangan mereka semata-mata atas nama ‘semangat’ tapi tiada tempat yang boleh dijadikan sandaran. Yang sana sibuk dengan program “kawan-kawan”, yang sini sibuk dengan perbincangan “baitulmuslim”. Di sana ada yang berbicara tentang “makan-makan” , disini sibuk dengan bicara “sayang-sayang”. Duhai, korupsi apa yang melanda universiti ini, tanpa ada yang serius memikirkan masa depan mahasiswa dan universiti. Universiti bukan hanya tempat persinggahan untuk mencari ‘lesen’ untuk bekerja, tapi ia adalah tempat untuk membina ‘manusia’, membina ‘insan’. Tapi apakan daya, barukan hendak mula memberi tahu, sudah dilabel dengan gelaran pelbagai. Permasalahan peribadi dijadikan umpatan, sedangkan sahabat-sahabat yang lain masih dahagakan pencerahan. Kematangan bagaimanakah yang mereka miliki. Baitulmuslim? Alhamdulillah, kalau sudah berfikir keaarah itu, namun amanah yang digalas dibahu bukan hanya mainan untuk berbangga berbuat tak tahu.

Ramai yang bertanya dalam diam atau terang, kenapa aku sibuk memikirkan persoalan ini dan itu. Namun jawapanku hanya satu, “Ku kasihi mereka kerana mereka tidak tahu”. Mereka tidak tahu, dimana sumber untuk dijadikan rujukan, mereka tidak tahu bagaimana layaknya sebuah madrasah ilmu, mereka tidak tahu bagaimana layaknya menjadi para pencinta ilmu, mereka tidak tahu bahawa semangat saja belum cukup untuk terus maju, mereka tidak tahu bahawa dunia ini perlukan mereka yang bermutu. Mereka tidak tahu, namun aku hadir untuk memberitahu.

Namun, ruangan apa lagi yang ku ada, selain daripada penulisan yang penuh dengan cetusan idea untuk memberitahu. Biarpun akan ada sebahagian yang akan mencela dan menfitnah, namun ku biar saja mereka dengan semangatnya yang sementara itu. Hairan dan aneh, bila pertama kali aku diraikan dalam perbincangan mereka, namun akhirnya aku disisihkan dalam keadaan yang tertanya-tanya. Dikatakan pula aku ni ‘pengcacai’ yang cuba merosakkan keadaan, malah tak kurang yang melabel dengan nama haiwan. Sungguh, kezaliman apa lagi yang mereka akan perjuangkan, sedangkan mahasiswa memerlukan mereka. Amanah yang digalas bukan nama semata-mata, tapi ada perjuangan yang perlu diselesaikan.

Bila Ukhuwah disandarkan pada manifestasi Jemaah

Keadaan yang lebih parah bakal merobek kasih sayang sesame muslim adalah apabila kasih sayang itu terhad pada perjuangan firqah. Apa makna ukhuwah bagi mereka agaknya? Kalau dilihat mereka yang bermaksiat itu, diberinya gelaran pelbagai, kalau dilihat mereka yang pandai berhujah itu, dijauhkan tak diambil kesempatan. Inikah ukhuwah yang dislogankan. Belum menyentuh bab yang sensitive lagi iaitu ‘usrah’. Nah, ini pun satu tamparan yang hebat lagi dasyat. Namun ku biarkan ia berlalu, takut-takut kebaikan yang ku inginkan, namun kejahatan yang penuh kebencian yang ku dapat. InshaAllah, akan dirungkaikan satu persatu kemudiaannya.

Ukhuwah adalah satu sandaran pada perjuangan panjang. Ukhuwah adalah sandaran pada idea masa depan. Ukhuwah adalah platform yang kekal bila engkau dijatuhkan. Mereka yang memimpin harus kembali menoleh kebelakang, adakah sesiapa pimpinan bawahan yang tiada mampu berjalan beriringan? Mereka yang memimpin harus jua tunduk kebawah, melihat orang bawah yang sukar mendaki keatas. Mereka yang memimpin harus jadikan ukhuwah sebagai tulang belakang perjuangan mereka, barulah kelihatan mahasiswa disini punya potensi untuk dibawa kehadapan. Perasaan ingin membantu dan meningkatkan kebolehan bersama adalah perjuangan ukhuwah. Perjuangan boleh sahaja dipolitikkan namun ukhuwah akan tetap mendampinginya.

Namun, keegoan mengaburi mata mereka. Mereka gagal melihat potensi pada sahabat yang lain. Mereka lebih suka mencari-cari keburukan dan mengaib-aibkan orang daripada mencari solusi masalah mahasiswa. Ego, kunci utama pintu permusuhan. Biarpun berkali-kali sandaran ukhuwah dijadikan perhubungan, namun ego telah membunuh semangat ukhuwah mereka. Mereka rela bergabung dengan kumpulan yang suatu ketika dahulu dilabelkan oleh mereka sebagai ‘liberal’ (tanpa mengetahui makna liberal) semata-mata untuk menjatuhkan orang yang membangkitkan kesedaran mahasiswa. Ya, liberal adalah label mereka pada orang-orang yang sukakan hiburan, sukakan ‘couple’ , tak suka usrah dan sebagainya tanpa mereka fahami makna liberal sebenar. Ini juga adalah kezaliman ilmu kerana tidak memahami intipati perbahasan liberal. Akhirnya, perjuangan suci tadi telah dinodai oleh perasaan fanatik dan ektrem pada mencapai matlamat, sehingga tiada lagi rupa agama pada perjuangan mereka.

Akhirnya, tiada apa lagi penambahbaikan yang berlaku, selain ‘menghapuskan’ mereka yang suka untuk ‘memberitahu’ supaya kebatilan akan tetap diperjuangkan meski kebenaran dihadapan mereka. ‘Keselesaan’ untuk memikul amanah akan tetap dipertahankan selagi mana amanah itu adalah umpama bebanan kecil bagi mereka. Tradisi akan terus diperturutkan, biar keselesaan itu masih ada. Inikah namanya perjuangan mahasiswa?


(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)
HAZABE
"SALAM UKHWAH"

Aura kebangkitan Mahasiswa di Bangi

Salam ukhuwah dan salam perjuangan.

Biar saja tinta berkata-kata, biar mudah diungkap dalam bahasa jiwa. Jangan biar lidah bebas menutur dusta, kelak merana menderita manusia. Alhamdulillah, satu semester semakin hampir berlalu, suasana peperiksaan mewarnai kalbu. Disana disini, manusia sibuk menghadap buku, menelaah pelajaran semata-mata untuk peperiksaan yang menunggu. Ku biarkan suasana itu berlalu, tanpa dihiraukan kerana ada perkara besar yang bakal tercetus. Aura kebangkitan ‘Mahasiswa’.

Alhamdulillah, satu semester disini sudah cukup aku untuk aku membuat kesimpulan umum bahawa :-

1. Sistem disini agak perlahan ditambah dengan pengurusan pentadbiran yang lemah

2. Pelajar disini tidak punya ruang untuk bersuara apatah lagi untuk mengetengahkan idea-idea baru.

3. Pimpinan pelajar hanya sibuk dengan program “syok sendiri” tanpa memikirkan objektif yang jelas dan manfaat pada semua.

4. Suasana disini hanya ibarat kilang yang menghasilkan produk separa kualiti kerana kurangnya penglibatan ilmiah dalam kalangan pelajar.

5. Mentaliti pelajar bukan masalah umum, tapi mentaliti pimpinan pelajar yang bermasalah.

6. Ketandusan pelajar-pelajar pada aktiviti yang bersifat ‘dwi-program’ yakni penggabungan antara intelektualism dan activism.

Mungkin banyak lagi kelemahan yang ingin dinukilkan disini, tapi seperti ku katakan biar saja tinta berkata-kata, memberi renungan pada semua.

Bukan permusuhan pada mereka yang ‘terasa’ yang ku hulurkan, hanya penambahbaikan pada system yang ada. Kalau ‘orang bermasalah’ yang ada dalam system, akhirnya system itu juga akan bermasalah. Namun, mengenal ‘orang bermasalah’ bukan mudah, seperti menilai warna yang samar. Kalau kain yang putih akan jelas tampak padanya tompok-tompok hitam, tapi kalau kain yang hitam punya tompok kelabu, agak sukar untuk kita mengenal pastinya.

Antara Tradisi dan Kontemporari

Semakin lama ku disini, akhirnya semakin mampu ku rungkai jua permasalah umum pada organisasi disini. Keselesaan pimpinan pelajar untuk mengikut tradisi adalah punca utama kelembapan proses pendidikan disini. Pendidikan yang dimaksudkan bukanlah pendidikan ‘literal’ tapi merangkumi spiritual dan fizikal. Aspek terlalu berpegang pada tradisi menyebabkan kita sering menyalahkan mentality para pelajar, sementara itu kita juga gagal untuk mengetengahkan idea-idea baru untuk dibangunkan bersama dalam suasana universiti yang seharusnya bangkit untuk melahirkan cendiakawan-cendiakawan untuk keperluan semasa. Mengapa terjadi sedemikian? Kuasa dan pengaruh adalah jawapannya. Masing-masing berjuang demi kuasa, kedudukan dan pangkat tanpa punya idea baru untuk digagaskan. Mahasiswa pula terlalu selesa membiarkan ketidakadilan ini berlaku. Apa yang pasti, kedudukan seseorang itu tidak diletakkan pada tempatnya, tidak juga diraikannya malah dipinggirkan dan disisihkan. Apa yang sedih ketidakadilan ini dilakukan pada mereka yang merupakan ‘ahli usrah’ yang dipanggil naqib, munaqib. Orang yang jahil diangkat, asalkan sudi menjadi ‘orang suruhan’. Orang yang mengkritik, membawa pembahuruan disingkirkan, biar apa cara sekalipun.

Tidakkah mereka sedar bahawa keadilan itu adalah bawaan utama ajaran Islam. Islam turun ke muka bumi dengan konsep keadilan. Islam memakmurkan dunia dengan keadilan. Islam juga mengetengahkan keadilan pada system manusia. Biar apa pun, ‘syabas’ kerana mereka berjaya melaungkan slogan ‘PERJUANGAN ISLAM” tanpa memahami apa intipati perbahasan akhlak, akidah, dan tasawwuf. Kadang-kala ku merenung dan memikirkan sejenak, adakah ini intipati perbincangan dalam usrah? Adakah ini yang diajar oleh As-syahid Hassan Al-Banna, tokoh yang mereka jadikan ikutan? Adakah ini yang dibawa dalam organisasi mereka? Semoga Allah mengampuni dosa mereka dan melembutkan hati mereka.

Landasan program dan modus operandi jua dipaksikan pada tradisi. Segala cadangan dan usul yang diketengahkan segera ditolak tanpa pernah mencuba mahupun diteliti dengan alasan system bermasalah, pelajar bermasalah bla.bla.. Akhirnya, tiada lagi suara-suara baru yang kedengaran dek meluat mendengar jawapan negative dari mereka yang punya kuasa. Soalnya, apakah ini jua keadilan? Kalau disentuh tentang bajet dan dana pelajar, ku kira sungguh terang-terangan, bahawa ketidakadilan berlaku. Pelajar terpaksa membayar duit aktiviti, tanpa adanya aktiviti. Kalau yang ada pun tidak banyak, dan terlalu spesifik pada sesetengah individu. Adapun, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pula tidak berbentuk ‘reformation’ tapi “extinction”; tidak memberi manfaat pada peserta kerana banyak program yang bersifat ‘sukaneka’ dan berhibur.

Bicara ilmiah

Sungguh pun aura kebangkitan dirasa, namun paksi pada semua ini adalah Ilmu. Orang yang jahil akan sukar menerima pandangan ilmiah bukan kerana terlalu berat untuk dihadam, tapi terlalu jahil untuk memahami. Sungguhpun kebolehan seseorang pada menerima sesuatu ilmu itu adalah berbeza-beza, tapi orang yang ikhlas dalam ‘mencerah’kan dirinya akhirnya akan memahami apa intipati perbahasan ini. Bukanlah nukilan ini untuk mencari persetujuan semua tapi sebagai pencetus idea bagi mereka yang terlalu ghairah memainkan sentiment agama dalam gerakan mereka sehingga menyebabkan rupa ‘agama’ itu tidak lagi indah dek kerana ‘keegoan’ mereka dalam manifestasi perbuatan mereka sehari-harian.

Sebagaimana sabda Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam:

Barangsiapa yang Allah menghendaki padanya kebaikan maka Dia akan menjadikannya mengerti masalah agama.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda pula:

Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, hanya saja mereka mewariskan ilmu. Maka barangsiapa mengambilnya berarti ia mengambil nasib (bagian) yang banyak.” (HR. Abu Dawud dan At Tirmidzi)

Sebagaimana telah kita ketahui bahwasanya yang diwariskan oleh para nabi adalah ilmu syariat Allah dan bukan yang lainnya. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:11)

Penuntut Ilmu Hendaklah Menghiasi Dirinya Dengan Adab-Adab Sebagai Berikut:

Pertama: Mengikhlaskan Niat Hanya Karena Allah

Hendaklah dalam menuntut ilmu niatnya adalah wajah Allah dan kampong akhirat, sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam:

Barangsiapa menuntut ilmu-yang mestinya untuk mencari wajah Allah-, tiadalah ia mempelajarinya melainkan hanya untuk mendapatkan bagian dari dunia, pasti ia tidak akan mendapatkan bau surga pada hari kiamat.” (HR. Ahmad dll). Ini adalah ancaman yang keras. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal :25)

Apabila ilmu telah kehilangan niat yang ikhlas; berpindahlah ia dari ketaatan yang paling afdhal menjadi penyimpangan yang paling rendah. Diriwayatkan dari Sufyan ats Tsauri rahimahullah berkata: “Tiadalah aku mengobati sesuatu yang lebih berat dari niatku.”

Dari Umar bin Dzar bahwasanya ia berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku! Mengapa orang-orang menangis apabila ayah menasehati mereka, sedang mereka tidak menangis apabila orang lain yang menasehati mereka?” Ayahnya menjawab:” Wahai puteraku! Tidak sama ratapan seorang ibu yang ditinggal mati anaknya dengan ratapan wanita yang dibayar (untuk meratap). (Hilyah Tholibil ‘Ilmi, Bakr Abu Zaid hal: 9-10)

Kedua: Membanteras Kebodohan Dirinya dan Orang Lain

Hendaklah dalam menuntut ilmu berniat untuk memberantas kebodohan dari dirinya dan dari orang lain, karena pada dasarnya manusia itu jahil (bodoh), sebagaimana firman Allah:

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” (QS. An Nahl:78)

Imam Ahmad rahimahullah berkata:

“Ilmu itu tiada bandingannya bagi orang yang niatnya benar.” Mereka bertanya: ”Bagaimanakah hal itu?” Beliau menjawab: “Berniat memberantas kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.” (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal 26-27)

Ketiga : Membela Syariat

Hendaklah dalam menuntut ilmu berniat membela syariat, karena kitab-kitab tidak mungkin bisa membela syariat. Tiadalah yang membela syariat melainkan para pengemban syariat. Disamping itu, bid’ah juga selalu muncul silih berganti yang ada kalanya belum pernah terjadi pada jaman dahulu dan tidak ada dalam kitab-kitab sehingga tidak mungkin membela syariat kecuali para penuntut ilmu. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal 27-28).

Alangkah banyaknya kitab dan alangkah banyak pula perbedaan didalamnya! Seorang muslim tidak lagi tahu apa yang harus ia ambil dan apa yang harus ia tinggalkan? Dari mana memulai dan dimana berakhir! (Wasiyyatu Muwaddi’, Husain Al ‘Awayisyah hal :29-30).

Keempat : Berlapang Dada Dalam Masalah Khilafiyah (Perbedaan Pendapat)

Hendaklah selalu berlapang dada dalam menyikapi perbedaan pendapat yang bersumber dari ijtihad. Yaitu permasalahan yang memungkinkan seseorang berpendapat dan terbuka kemungkinan untuk berbeda. Adapun siapa saja yang menyelisihi jalan salafush shalih dalam masalah aqidah maka hal ini tidak bisa diterima dan ditolelir. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal 28-29) . Baca pula untuk masalah ini kitab Perpecahan Umat, karya: Dr Nasir al ‘Aql, penerbit Darul Haq Jakarta.

Kelima : Mengamalkan Ilmu atau Zakat Ilmu

Hendaklah para penuntut ilmu mengamalkan ilmunya, baik berupa aqidah, ibadah, akhlak, adab dan muamalah, karena hal ini adalah merupakan hasil dan buah dari ilmu itu. Pengemban ilmu itu seperti pembawa senjata; Bisa berguna dan bisa pula mencelakakan sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam:

Al Qur’an itu membelamu atau mencelakakanmu.” (HR. Muslim)

Membelamu apabila kamu amalkan dan mencelakakanmu apabila tidak kamu amalkan. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:32)

Karena keutamaan ilmu itulah ia semakin bertambah dengan banyaknya nafkah (diamalkan dan diajarkan) dan berkurang apabila kita saying (tidak diamalkan dan diajarkan) serta yang merusaknya adalah al kitman (menyembunyikan ilmu). (Hiyah Tholibil Ilmi, Bakr Abu Zaid hal :72)

Keenam : Berdakwah Kepada Allah

Allah berfirman:

Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS. Ali Imran:104)

Hendaklah mendakwahkan ilmunya kepada Allah dalam berbagai kesempatan, baik di masjid, di majlis-majlis, di pasar dan diberbagai kesempatan. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal :37-38).

Ketujuh : Hikmah

Hendaklah menghiasi dirinya dengan hikmah. Apabila kita menempuh cara ini pastilah kita mendapatkan kebaikan yang sangat banyak, sebagaimana firman Allah:

“Dan barangsiapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak.” (QS. Al Baqarah:269)

Al Hakim (orang yang bijaksana) adalah orang yang menempatkan sesuatu pada tempatnya. Allah telah menyebutkan tingkatan-tingkatan dakwah dalam firman-Nya :

Serulah (manusia) kejalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (QS. An Nahl:125)

Dan Alla menyebutkan pula tingkatan keempat tentang berdebat dengan ahli kitab dalam firman-Nya:

ayat65.jpg

Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang dzalim diantara mereka.” (QS. Al ‘Ankabut:46)

(Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:37-38)

Kedelapan : Sabar Dalam Menuntut Ilmu

Hendaklah sabar dalam menuntut ilmu, tidak terputus (ditengah jalan) dan tidak pula bosan, bahkan terus menerus menuntut ilmu semampunya. Kisah tentang kesabaran slafush shalih dalam menuntut ilmu sangatlah banyak, sebagaimana diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu anhuma bahwa beliau ditanya oleh seseorang: “Dengan apa anda bisa mendapatkan ilmu?” Beliau menjawab: “Dengan lisan yang selalu bertanya dan hati yang selalu memahami serta badan yang tidak pernah bosan.” (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:40 dan 61)

Bahkan sebagian dari mereka (salafus shalih) merasakan sakit yang menyebabkannya tidak bisa bangun dikarenakan tertinggal satu hadits saja. Sebagaimana terjadi kepada Syu’bah bin al Hajjaj rahimahullah, ia berkata: “Ketika aku belajar hadits dan tertinggal (satu hadits) maka akupun menjadi sakit.”

Barangsiapa mengetahui keutamaan ilmu dan merasakan kelezatannya pastilah ia selalu ingin menambah dan mengupayakannya, ia selalu lapar (ilmu) dan tidak pernah keying sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam: “ Ada dua kelompok manusia yang selalu lapar dan tidak pernah kenyang: orang yang lapar ilmu tidak pernah keying dan orang yang lapar dunia tidak pernah keying pula.” (HR. Al Hakim dll dengan sanad tsabit) (Hilyah al ‘Alim al Mu’allim, Syaikh Salim al Hialaliy hal 22-23)

Abu al ‘Aliyah rahimahullah menuturkan:”Kami mendengar riwayat (hadits) dari Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam sedang kami berada di Basrah (Iraq), lalu kamipun tidak puas sehingga kami berangkat ke kota Madinah agar mendengar dari mulut mereka (para perawinya) secara langsung.” (‘Audah ila as Sunnah, Syaikh Ali Hasan al Atsariy hal 44).

Kesembilan : Menghormati dan Menghargai Ulama

Hendaklah para penuntut ilmu menghormati dan menghargai para ulama dan berlapang dada dalam menyikapi perbedaan pendapat diantara mereka serta memberi udzur (alasan) kepada para ulama yang menurut keyakinan mereka telah berbuat kesalahan. Ini adalah masalah yang sangat penting, karena sebagian orang sengaja mencari-cari kesalahan orang lain untuk menjatuhkan mereka dimata masyarakat. Ini adalah kesalahan terbesar. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal 41).

Hendaklah menghormati majlis (ilmu) dan menampakkan kesenangan terhadap pelajaran serta mengambil faedahnya. Apabila seorang syaikh (guru) melakukan suatu kesalahan atau kekeliruan maka janganlah hal itu membuatnya jatuh dihadapanmu, karena hal ini menjadikanmu tidak lagi mendapatkan ilmunya. Siapasih orang yang tidak pernah berbuat kesalahan.?

Jangan sekali-kali memancing kemarahannya dengan “Perang urat syaraf”, yaitu menguji kemampuan ilmu dan kesabarannya. Apabila hendak berguru ke orang lain maka mintalah ijin kepadanya, karena hal ini menjadikannya selalu menghormatimu, semakin cinta dan saying kepadamu.” (Hilyah Tholibil ‘Ilmi, Bakr Abu Zaid hal:36).

Kesepuluh : Memegang Teguh Al Kitab dan As Sunnah

Wajib bagi para penuntut ilmu untuk mengambil ilmu dari sumbernya yang tidak mungkin seseorang sukses bila tidak memulai darinya, yaitu:

1. Al-Qur’anul Karim; Wajib bagi para penuntut ilmu untuk berupaya membaca, menghafal, memahami dan mengamalkannya.

2. As Sunnah As Shahihah; Ini adalah sumber kedua syariat Islam (setelah Al Qur’an) dan penjelas al Qur’an Karim.

3. Sumber ketiga adalah ucapan para ulama, janganlah anda menyepelekan ucapan para ulama karena mereka lebih mantap ilmunya dari anda.

(Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hl :43,44, dan 45)

Kesebelas : At Tatsabbut dan Ats Tsabat

Termasuk adab terpenting yang wajib dimiliki oleh penuntut ilmu adalah; At Tatsabbut. Yang dimaksud dengan At Tatsabbut adalah berhati-hati dalam menukil berita dan ketika berbicara.

Adapun ats tsabat adalah sabar dan tabah untuk tidak bosan dan marah, dan agar tidak mengambil ilmu hanya secuil-secuil saja lalu ia tinggalkan, karena hal ini berdampak negatif dan menyia-nyiakan waktu tanpa faedah. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hl :50)

Keduabelas : Berupaya Untuk Memahami Maksud Allah dan Rasul-Nya

Termasuk adab terpenting pula adalah masalah pemahaman tentang maksud Allah dan juga maksud Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam; Karena banyak orang yang diberi ilmu namun tidak diberi pemahaman. Tidak cukup hanya menghapal al Qur’an dan hadits saja tanpa memahaminya, jadi harus dipahami maksud Allah dan Rasul-Nya Shalallahu ‘Alaihi Wassalam. Alangkah banyaknya penyimpangan yang dilakukan oleh kaum yang berdalil dengan nash-nash yang tidak sesuai dengan maksud Allah dan Rasul-Nya Shalallahu ‘Alaihi Wassalam sehingga timbullah kesesatan karenanya. Kesalahan dalam pemahaman lebih berbahaya dari pada kesalahan dikarenakan kebodohan. Seorang yang jahil (bodoh) apabila melakukan kesalahan dikarenakan kebodohannya ia akan segera menyadarinya dan belajar, adapun seorang yang salah dalam memahami sesuatu ia tidak akan pernah merasa salah dan bahkan selalu merasa benar. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal :52)

Inilah sebagian dari adab yang harus dimiliki oleh para penuntut ilmu agar menjadi suri tauladan yang baik dan mendapatkan kesuksesan di dunia dan di akhirat, amien.

Rujukan:

Al Qur’anul Karim dan Terjemahannya, hadiah dari kerajaan Saudi Arabia.

Kitab Al Ilmi, karya Syaikh Muhammad bin Shalih al Utsaimin

Hilyah Tholibil Ilmi, karya Syaikh Bakr bin Abdillah Abu Zaid

Hilyatul ‘Alim Al Mu’allim Wa Bulghatu Ath Thalib Al Muta’allim, karya Syaikh Salim bin Ied al Hilaliy

‘Audah ‘Ila As Sunnah, karya Syaikh Ali Hasan al Attsariy

Washiyyatu Muwaddi’, karya Syaikh Husain bin ‘Audah al ‘Awayisyah


(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)

"SALAM UKHWAH"

Bayu pantai tidak sentiasanya aman….



Desiran angin berlalu, setenang hati yang tiada gundah gelisah, sabar menghadapi ujian melanda, tiada lain yang diharapkan melainkan pada Yang Esa. Ombak pantai lembut menampar pantai, laksana belaian kasih dalam jiwa, biar dilanda angin taufan yang kencang, tiada mampu ia menggugat cinta.


Pesan ibu, “Kasih Allah itu melebihi kasih manusia, kalau dicari yang lain, tiada dapat ia ditandingi. Kalau dilari, masih ia setia menanti, kerana Allah itu Maha Pengasih jua miliki segala nilai “pemberi” kerana DIa Maha Mengetahui apa yang diperlukan oleh hambaNya.” Kalau dirosak kasih manusia, belum tentu terubat pedih sanubari, tapi kalau dinodai cinta Allah, kekal Dia Maha Pengampun, Maha Memahami setiap kelakuan hambaNya. Benar, kasih Allah tiada yang dapat tandingi, meskipun darjatNya nun jauh melangkau akal manusiawi, namun KasihNya hangat dirasai meskipun jiwa yang kufur menafi.


Kalau memberi ‘kasih’ itu salah, bagaimana lagi mahu engkau cari? Kalau menasihati itu suatu yang diingkari, siapa lagi mahu membetuli diri? Kalau ukhuwah itu dicela dibenci, ikatan bagaimana yang kau nanti?


Meski diberi suluhan nur mahabbah, tiada berkesan buat si pemilik hati. Barangkali kealpaan manusia pada hakikat pemilik hati-hati manusia melalaikannya. Barangkali jua, ia ujian buat si pemberi cahaya. Untuk apa mendambakan kejayaan usaha murni, kalau berpaksi pada kehormatan diri? Benar, manusia alpa selalunya hanyut dalam kesombongan diri, kerana disangka usaha itu adalah yang mulia, kerana itu tiada mungkin ia akan gagal melainkan bertemu kejayaan semata.


Kata orang, bayu malam lebih aman dari siangnya. Kata orang, sedamai desiran angin bayu meniup lembut, begitulah setenang jiwa yang halus bertutur. Sungguh indah perumpaan orang dahulu kala, namun masih punya falsafah disebaliknya. Setenang sungai yang mengalir, jangan lupa bahaya didalam. Selembut bayu meniup, jangan lupa putaran angin yang kencang merubah alam. Tragedi tsunami, suatu contoh mudah. Disangka ombak besar berubah corak, berubah bertukar menjadi bencana yang ganas memberontak. Begitulah kehidupan manusia sejagat.


Sehari-hari aku melihat warna-warni pudar memancar. Entah bila akan ia bertukar menjadi terang sediakala. Kalau pemantulan cermin sudah berhabuk tak dijaga, mungkin selamanya itulah cahaya kelam lambang manusia semakin hilang pedoman. Semakin ia dibiar tak terjaga, begitulan nilai cahaya pada pandangannya.



"SALAM UKHWAH"

Berhabuk bukan kerna Debu...tapi

Salam ukhuwah buat yang sudi bertandang ke blog yang semakin pudar warnanya dek kerana aktiviti yang mencengkam masa sehingga terlupa ada medan yang sudah disemai benihnya, hanya menununggu tuaian hidup subur tanpa melupakan penjagaannya.

Rinduku untuk menulis kembali terdetik bila melihat, penulisan itu hanyalah medium yang ada untuk ku melakar sedikit titisan ilmu Illahi serta secebis pengalaman nurani yang dikais dalam perjalanan panjang mencari yang Hakiki.

Salahkah kita menggapai impian sehingga terlupa sinar yang menerang dari belakang? Salahkah untuk mencipta harapan sambil maju tanpa menoleh kebelakang? Impian dan harapan sudah pasti menjadi matlamat hidup insan, namun impian dan harapan jua boleh jadi memudarkan semangat juang. Kalau sikap apati masih membelengu diri, masakan ingin melihat dunia bersatu hati.

Blog ini bakal terisi, inshaAllah, istiqamah ku pohon dari Illahi, agar ku sinari cahaya hati buat mereka yang tercari-cari. Blog ini akan ku hiasi, dengan warna-warna kehidupan memori manusia yang teraba-raba dalam kegelapan. Blog ini akan ku lakari dengan bahasa indah memukau jiwa seperti ukhuwah yang dipaksi dalam dada.
Kerana aku, pencinta ukhuwah, kerana aku penerus rantai mahabbah. :-)



(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)
HAZABE"SALAM UKHWAH"

Hati ini untuk siapa?





Untuk apa berdoa?


Andai diri terasa berkuasa.



Untuk apa mencari redha?


Andai diri gila dunia.



Untuk apa mendambakan cinta?


Andai diri dibiar ternoda.



Kalau hati gundah tercalit nafsu, iman yang bagaimana ingin di tuju,


Kalau hati sudah hilang perasaan malu, pada siapa ingin mengadu.



Celakalah buat diri yang tiada sedar,


Celakalah buat diri yang sudah hilang arah tuju.



Kemuliaan dicari, kehinaan yang ditemui.


Kasih sayang ditunggu, kebencian yang datang dahulu.



Duhai, inikah namanya sebuah pencarian Illahi?



(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)
HAZABE"SALAM UKHWAH"