Malayu – Islam Terpisahkah?

Dilema Melayu Islam…

Satu prejudis atau kenyataan?

Satu reality atau ilusi?

Mari kita bicarakannya lewat puisi

Berwancana di persada kata nan indah

Mengungkai masalah di sulaman madah

Agar dapat segalanya direnungi…

Tanpa emosi berapi-api


Pertama mari kita fikirkan…

Agama kita sama, syahadah kita serupa

Tapi mengapa mesti berpecah?

Kedua mari kita renungkan…

Bangsa kita sama, darah kita serupa

Tapi mengapa mesti bertelagah?

Darah dan syahadah boleh terpisah?


Justeru sepatutnya dengan keduannya

Lebih mudah menyatukan kita

Kerana agama dan bangsa kita sama

Akidah kita Islam, kabilah kita Melayu…

Tapi kenapa sukar benar untuk bersatu?


Dalam realitinya sungguh berbeza

Agama didakwa punca sengketa

Cintakan Islam telah dipolitikkan

Kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan…

Islam disinonimkan dengan parti

Wajarkah begitu?


Cintakan bangsa turut dipersalahkan

Kasihkan watan dituduh asabiah

Melayu dan Islam bagai bertentangan

Kedua-duanya saling berkonflik

Islam menggugat semangat patriotic

Benarkah begitu?


(nukilan daripada karya Pahrol Muhammad Juoi, Dilema Melayu – Islam, Kurang Fikir atau Kurang Zikir)



(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)
HAZABE"
SALAM UKHWAH"

No comments: