Antara cinta manusia dan cinta Illahi.




Hati ini laksana lautan yang dalam,

Bergelora berkocak tanpa sebarang sempadan,

Dalamnya luas, tiada yang mampu teroka,

Kerana airnya dalam, sukar diduga.



Bila mana manusia cuba mencari cinta,

Tersepit diantara suka dan duka,

Apakah ini cinta sepenuh jiwa,

Yang menjanjikan jaminan bahagia semata.

Bila hati berombak bergelora mencari makna suci,

Tersepit diantara cinta manusia dan cinta Illahi,



Apakah ia dikira musyrik,

Tidak membeza yang mana yang perlu dicari.

Kerdilnya manusia, bila ia diuji,

Karam di tengah lautan yang tak bertepi,

Kerana tiada yang mampu mengajari,

Hanya Dia, yang mampu tunjuki.




Bila dirasa cinta itu suci,

Salahkah ia mencari cinta insani,

Lumrah manusia memang tidak boleh lari,

Kerana itu dijadikan perempuan dan juga lelaki.



Cinta bagaimana yang dikira suci?

Cinta Rabiatul pada Allah yang Maha suci,

Atau cinta suami kepada isteri?

Mungkin juga cinta anak kepada penawar hati?

Yang mana yang mesti dicari?

Andai diri tak punya kekuatan imani.




Bila mana ditolak hati ini ini pada alam duniawi,

Menutup terus dari dinodai,

Yang diyakini cinta agung pada Dia yang suci,

Kekosongan jiwa semakin dirasai,

Lantaran ramai yang masih terus menyayangi dan disayangi,

Kerana kita tidak mampu untuk terus berseorang diri.



Ku dambakan hanya

lah cinta Illahi,

Tidak dinafi cinta mereka yang disanjungi,

Namun salahkah aku, wahai Rabbul Izzati,

Dalam diri, dikongsi cinta Engkau dan cinta insani,



Aku syirikkah, aku munafikkah?

Gerun aku bila memikirkan masalah,

Bila ia berkait dengan jiwa yang resah,

Tanpa petunjuk, Allah yang maha Gagah,

Aku sentiasa buntu umpama bayi yang lemah.



Dikala mencari, ku temui suatu hikmah,

Manusia dijadikan sebagai makhluk yang indah,

Dibezakan dan diberi rahmah,

Kerana itu diberi perasaan yang gentar dan gundah,

Bila dicari suatu yang tidak pernah diubah,

Yang diharap dapatlah ia terus berada di jalan yang diamanah.



#Suatu rasa yang lahir dari suara hati kecil ini yang mengatakan;- bukanlah ia dinamakan indahnya cinta, andai kita tidak pernah digoda, laksana lautan yang tenang seketika, sebelum dilanda tsunami yang punya kuasa. Bila mana cinta di’dunia’kan, manusia lalai dan juga leka, kerana disangka itulah ia, suatu permata yang hilang seketika. Namun adakah mereka punya rasa, pada mereka Allah yang punya kuasa, dimana cintanya kita pada DIA, sekali pun dicari tak dijumpa. Renungan dan juga persoalan yang semakin ku temui suatu jawaban. Sesekali ku bukanlah punya pengertian tapi dilanda suatu rasa yang penuh ujian. Dimana rasa kecintaan pada Tuhan yang Maha Esa? Selagi diri dipenuhi cinta dunia. Dimana puji dan syukur kita? Selagi hati sentiasa lalai dan lupa.

Sengaja saya postkan kata dan juga persoalan, agar dapat dikongsi bersama sahabat yang punya hati dan rasa. Mengapa dikejar hakikatnya cinta, sedangkan kita tidak pernah menyucikan jiwa, tidakkah kalian semua gentar, bila disekutukan cinta manusia dan cinta DIa.



Kembalikanlah diri kita pada DIa, semoga kita semua bersatu dibawah kepercayaan pada yang Maha Esa, ku bimbangi bukanlah hukum semata, tetapi kedudukan kita suatu masa, bila jiwa tidak lagi bernyawa, bila hati tidak lagi punya rasa, bila roh tidak dibumi yang seketika, apakah kita masih punya masa, kembali kepada suatu akidah yang dicinta, yang dipelihara dan dijaga, kerana itu teruslah berusaha…(selamat mencari kecintaan yang didamba)


#Kita (umat Islam) selalu berpecah dan berbalah, kerana disangka merekalah mulia, menidakkan mereka yang berbeza cara, tapi sedarkah mereka dalam alam dunia yang fana, tiada yang mampu menghukum suatu jiwa selain Allah yang Maha Kuasa. Teringat saya pada kata-kata syeikh Fuad bilamana menerima ijazah hadis Musasal bil Mahabah selepas tamat satu kitab yang disyarahkannya, HUKUM DITEGAKKAN TAPI ALLAH DITINGGALKAN, SUNNAH DIHIDUPKAN TAPI NABI DIKETEPIKAN.. Omongan kosong mereka yang tak punya jiwa , dikata punya kasih dan juga sayang, padahal diri tidak pernah cuba untuk digoda, kerana dirasa mereka sudah punya iman.

(Pesanan buat mereka yang bergelar daie, pendakwah muda yang angkuh dan takkabaur, menidakkan ulama yang mulia, yang bersangka merekalah yang punya rasa, padahal jahil murakkab yang tidak pernah ditanya)





(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)

HAZABE
"SALAM UKHWAH"

7 comments:

Ladyship Atie said...

persoalan cinta manusia yang 'bosan' untuk difikirkan apablia kita yakin akan cinta Ilahi.

mungkin kalau manusia bersungguh-sungguh mencari cinta Ilahi sehingga satu tahap mereka ketemu, baru mereka akan faham mengapa rabiatul adawiyah sanggup menghabiskan seluruh hidupnya kerana ingin bercinta dengan Allah.

indahnya kalau kita mampu menjadi seperti itu.

terlalu jauh...

acapviv said...

salam ziarah..
sgt mendalam dan menyentuh hati..
keep up the good works ;)

Laili Harlina Khairuddin said...

salam...
zuppp..
smpai ke hati..
hehe...
"Pesanan buat mereka yang bergelar daie, pendakwah muda yang angkuh dan takkabaur, menidakkan ulama yang mulia, yang bersangka merekalah yang punya rasa, padahal jahil murakkab yang tidak pernah ditanya"
syukran atas pringatan ni ^_^

Hazabe al-Kelantani said...

hazabe-atie
mungkin apalah darjat kita untuk mnjadi pencinta Illahi..selagi niat dibaiki, kasih dicari, amal di sisi, mudah-mudahan Allah permudahi..

hazabe-acap
bagi mereka yg punya hati yg suci, rasa penyesalan itulah tanda kita yang diamati, buat bekalan di akhirat nanti..
doa banyak2 semoga menemui kebenaran hakiki

hazabe-mujaheedah90
tak ramai yang sedar akan hakikat ini, kembalilah memuliakan ulama penerus perjuangan nabi Muhamad saw. apalah darjat kita dgn mereka , yang lebih kenal agama dari kita..
semoga tsabat dlm perjuangan..
salam ukhuwah

SRISUFI said...

salam adik hazabe...

terima kasih kerana sudi bertamu. Maafkan akak agak lambat bertamu...apapun blog kamu sangat bagus...


teruskan...

(dapat dari dinda Nuhara ye...akak link kamu nanti)

Hazabe al-Kelantani said...

hazabe-kanda sufi

Terima kasih kak,
sudi jugak akak ziarah blog saya, mohon berikan tunjuk ajar..

(ye,saya dapat link dari nuhara, adinda akak)

thanks once again.

faizah said...

huhu
saya tidak percaya jika tiada manusia yang memikirkan persoalan cinta
seperti juga orang lain persoalan ini turut saya rasai...
namun,
apabila ilmu ada di dada
kepercayaan kita pada agama teguh
perasaan cinta pada manusia semakin pudar
pada saya make it flow
bukan maksud menghalang mencari cinta
tapi carilah apabila sudah tiba masanya
lagi bagus sesudah kita temui cinta agama dan cinta hakiki
barulah dapat dirasai cinta manusia