Life is about planning..


When you are not planning to success you are planning to fail. Sound familiar?? Huh. Manusia hanya mampu merancang tapi Dia juga yang menentukan. Teringat saya apabila pergi menghantar seorang sahabat ke Perancis di KLIA bulan lalu, sempat juga saya berbual dengan ayahnya. Sahabat saya, Shahreza rupanya mempunyai seorang ayah yang juga pegawai kanan Tentera Laut. Sungguh tak disangka. Dalam asyik berbual, tiba-tiba ayahnya bertanyakan suatu soalan yang suatu ketika dahulu merupakan soalan yang wajib yang akan ditanya pada kanak-kanak yang bersekolah baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Ayah Reza bertanya pada saya, “what r u planning to be in the future?” . Terkelu saya seketika bila mendengar soalan itu, bukan kerana tidak memahami maksudnya tapi tidak menemui jawapan yang konkrit yang boleh diberi. Kalau suatu ketika dahulu, saya dengan bangga menjawab, saya akan menjadi seorang engineer, tapi sekarang… sekarang bukan itu yang saya kejar dan cita-citakan tapi lebih dari itu. Terdiam saya buat seketika, lalu sambung ayah Reza, u should already clear what u want to be and hw ur plan to realize ur dream.


(Syareza bersama ayahnya dan adik-adiknya)



Andai saya masih seorang remaja yang cintakan cita-cita duniawi, mungkin saja saya akan berkata, “yes, I’ll become

an engineer one time and at the same time I’ll create something to enhance the development of the ummah in the aspect of modernism.” Tapi itu bukanlah suatu jawapan yang lahir dari hati yang ikhlas kerana hakikatnya kita masih lagi tidak mampu untuk keluar dari pemikiran jahiliah yang bersifat duniawi. Saya tidak merendahkan orang yang mempunyai cita-cita dan terus berusaha untuk mencapainya tapi saya mempersoalkan kenapa perjuangan agama dikesan sampingkan dalam mengejar cita-cita andai pemikiran masih bersifat materialistic? Selalu kita dengar akan kata-kata dan bicara kosong yang sedap dan halus ditutur, “ I’ll become an engineer just to develop the country of Islam”, beside one might said, “I’ll do my best to strengthen the ummah by achieving a good result and gain a high class job to show that muslim can beat the rest.” Sound awesome right?


Kita tidak pernah terfikir apakah dengan pekerjaan yang eksklusif, yang ‘top’2 , kita sudah dikira berjuang untuk Islam, sudah bekorban untuk saudara-mara kita yang lain yang pada hakikatnya dan reality kita masih jauh untuk itu. Kapitalism yang mencengkam tidak pernah pula kita kaji. Urusan kerja, kewangan dan pelaburan, tidak pernah kita selidiki. Gaji dan pendapatan yang diberi tidak pula diteliti. Usaha dan sumbangan kita pada syarikat yang milik bangsa dan agama lain tidak pula kita hindari. Slogan boikot sering didengari tapi kita sendiri menolong mengaut untung untuk kepentingan diri.


Inilah yang scenario dan krisis pemikiran yang selalu disebut dan diketengahkan oleh saudara Wan Ahmad Faysal, seorang aktivis Islam yang juga pelajar Jurusan Kejuruteraan Kimia di UTP di dalam kertas Kerjanya yang bertajuk “Captive Mind” yang bermaksud Minda Tertawan dalam kalangan mahasiswa Islam. Mahasiswa kita sering kali leka dan alpa bahawa yang dikejar itu hanyalah bayangan minda yang sempit kerana pemahaman kepada maksud kejayaan dan pembangunan itu hanya dilihat dalam kaca mata yang bersifat materialistic. Kita seolah-olah lupa apakah ini yang kita inginkan untuk Islam.- Melihat Islam maju dari sudut pembangunan duniawi, dengan menggunapakai sistem barat yang secara haknya, menguntungkan mereka bukan negara Islam itu sendiri. Kita lupa Islam tidak pernah menganjurkan untuk meninggalkan dunia sama sekali tapi permodenan yang jahil sehingga meninggalkan pembangunan diri dalam hal-hal keagamaan menyebabkan manusi ego dan sombong sehingga agama ini diasingkan dari sudut pembangunan.


Lihat sahaja di university tempatan dan swasta, berapa ramai diantara mahasiswa sibuk untuk menyiapkan assignment sehingga tidur lewat dan akhirnya lupa untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba. Solat dan amalan fardhu yang lain bukan lagi suatu kewajipan sebaliknya menjadi suatu sampingan. Apakah semua ini boleh dinilai sebagai jihad? Erti jihad masih jauh dari sudut pelaksanaanya. Tidak payah kita berslogan dakwah, andai tanggungjawab masih diremehkan, usah berslogan jihad, andai tidak pernah cuba untuk melakukannya.



Orang berkata “syeikh, enta ni fikir complicated sangat la, relax la.” Huh. Sering kali saya mengeluh, apakah salah untuk saya terus berfikir, mencari makna dan pengertian sebenar kepada agama dan pembangunan. Untuk apa kita berdakwah, dan apa yang kita dakwahkan andai kefahaman dan pemikiran masih lagi mengagungkan agama lain. Kita tidak pernah cuba untuk mengaku bahawa kita dipengaruhi oleh pemikiran ala-western kerana kita sudah selesa dengan pembawakan dakwah yang bersifat zahiriah walhal serangan pemikiran yang bersifat halus tidak pula kita kaji dan dekati. Bukan niat untuk menghina mereka yang sudah bergelar daie, mahupun murrobi tapi kerana keasyikan dan kealpaan kita dalam mengajak orang melakukan kebaikan, kita terlupa untuk memahami maksud sebenar dakwah. Apakah dakwah hanya membawa manusia melakukan kebaikan semata-mata? Ataupun hanya menggalakkan mereka untuk beribadat kepada Allah semata-mata? Persoalan yang masih lagi dibelenggu dalam diri kerdil ini? Kekeliruan bukan kerana mencari kesempurnaan yang total, tapi untuk mencari redha Tuhan Yang Esa.


Kerinduan untuk melihat Kesatuan Ummat menyebabkan jiwa memberontak. Mengapa ummat Islam masih lagi berpecah belah? Persoalan ranting yang akan membawa kepada permasalahan akar yang perlu kita semua fikirkan. Yes, I should be agree with the word, “When you are not planning to success you are planning to fail”, but it should be islah and bring the good to the ummah. One should start to plan something to avoid the loss of Islam.