Betul ker ni?? Abg biar betul, segan la, lagipun saya jer yang paling muda.. Sekali lagi saya cuba bertanya mendapat kepastian. Akhirnya saya bersetuju jugak untuk menemani Syeikh Dr. Muhamad Akram An-Nadwy, antara ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang giat menjalankan penyelidikan mengenai perawi-perawi hadis dalam kalangan wanita. Beliau merupakan antara tenaga pengajar di Oxford Centre for Islamic Studies di England. Kami menjemputnya di ISTAC, dimana beliau menginap beberapa hari selama berada di Kuala Lumpur. Dalam kereta, kami (saya, Akh Naim, Akh Reimy) berbual-bual dengan Syeikh Akram. Beliau banyak menceritakan pengalaman beliau semasa di England dan serba sedikit sejarah pendidikan beliau. Beliau sebenarnya berasal dari India, dan meneruskan pengajian di Oxford hampir 18 tahun dan masih lagi menjalankan penyelidikan mengenai perawi hadis dari kalangan wanita. Mungkin ramai yang tidak tahu ada kalangan perawi-perawi itu adalah wanita, yang kita kenal selama ini hanyalah seorang iaitu Saiyidina Aisyah r.a. Alhamdulillah, banyak juga yang dikongsi bersama. Tak sia-sia saya ikut.
Dalam hati saya bermonoloq, ‘kenapa ulama-ulama pada masa kini tidak lagi dikenali apatah lagi didengari nasihat dan kata-katanya?” Hati kecil bertanya, mencari jawapan yang konkrit. Tak siapa mampu menjawabnya. Pedulikan, masakan manusia itu sempurna. Huh, letih saya memikirkannya. Apalah taraf kita sehingga golongan ulama diketepikan, manakala golongan yang sibuk ‘berhibur’ kita hormat mengalahkan orang tua sendiri. Kita caci dan kita maki ulama yang tidak sealiran pemikirannya dengan kita seolah-olah mereka itu hina. Kenapa begitu sekali? Persoalan demi persoalan yang menerjah di minda insan kerdil yang daif, semata-mata mencari jawapan. “Syeikh, jalan dakwah itu panjang dan berliku, lihat sahaja Rasulullah. Baginda terus berdakwah walaupun dibaling dengan batu sehingga berdarah kepala, baginda terus berjuang menegakkan kalimah Allah walaupun dihina dan dicaci. Perjuangan baginda sendiri, Allah berikan ujian, apatah lagi insan mulia yang menjadi penyambung wasilah perjuangan Rasulullah saw. Dakwah itu tetap tidak akan berhenti sehingga akhir zaman.” Kata sahabat saya yang cuba memujuk hati ini untuk redha menerima takdir. Namun masakan ulama itu dihina begitu rupa, dan orang yang berkata demikian bukanlah calang-calang keilmuaannya tapi seorang ustaz yang tugasnya mendidik dan membimbing anak muda agar diberikan nafas jihad supaya membesar dengan jiwa syuhada. Adakah ini namanya dakwah. Adakah ini namanya tarbiyyah?
(saya bersama dgn Syeikh Akram dan Syeikh Hafidz, di sebelah kiri, akh azril, di hujung kanan, akh Naim dan akh Reimy)
Usai selepas membawa Syeikh Akram ke KDH (Kolej Dar al-Hikmah) , kami membawanya ke madrasah Al-Jenderami. Pertama kali menjejak kaki, terasa bara keharmonian yang berlegar di setiap sudut dan kawasan persekitaran. Penduduk disitu begitu ramah dan mesra, sehinggakan kami dilayan sebegitu indah. Diberikan penginapan untuk berehat di suatu bilik, juga dihidangkan makanan yang dibuat sendiri oleh mereka. Disitu, kami sempat berjumpa dan berbual dengan mudir Yayasan tersebut, Syeikh Muhammad Hafidz. Rupanya telah ramai ulama-ulama yang telah datang melawat Yayasan itu sebelum kami. Patutlah ada kelainan. Selepas berehat dan bersolat zohor yang diimamkan oleh Syeikh Muhammad Hafidz, kami terus bergerak ke Yayasan Sofa di N.9
(gambar : Syeikh Fuad dan Syeikh Akram)
(gambar : Dr Yusri, Pres ABIM dan Syeikh Akram)
Kami disambut oleh Presiden ABIM, Dr Yusri Muhammad dan terus dibawa di bilik VIP. Kalau bukan kerana ada orang di dalam bilik VIP, dah lama saya mengalirkan air mata apabila menerima ijazah bersanad hadis Nabi saw daripada syeikh Akram. Dia men’ijazah’kan saya, dan beberapa orang lagi (4 org kesemuanya) hadis musalsal bi-awwaliyyah. (Ya Allah, nikmat apa yang kau beri pada aku yang jahil dan hina ini). Tak ku sangka, jika selama ini saya tak pnah bercita-cita untuk menerima ijazah bersanad dari mana-mana ulama. Namun Alhamdulillah, kini terasa betapa segarnya rindu insan kerdil ini untuk sentiasa menatap mana-mana ulama yang penjadi penyambung perjuangan Rasulullah saw. Yang mereka ini punya ikatan yang kuat dengan Rasulllah kerana barakah ilmu yang diterima dari guru-guru mereka yang mursyid yang tidak pernah putus-putus sanadnya dari Rasulullah saw. Mungkin inilah antara salah satu mukjizat yang selalu disebut-sebut oleh tuan guru saya, Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki bahawa mukjizat Nabi Muhammad saw itu tidak dapat dibandingkan betapa banyaknya yang Allah kurniakan pada baginda saw dengan nabi-nabi sebelumnya. Allah pelihara setiap kata dan sunnah Rasulullah itu sehingga ia diikuti dan dipelajari oleh ummatnya sehingga keakhir zaman. Subhanallah.
Syeikh Abd Razak
Majlis pada malam itu diserikan dengan kehadiran ulama-ulama luar negara antaranya, Syeikh Dr. Abd Razak ibn Abdul Rahman al-Hassani dari Baghdad yang kini menetap dan mengajar di Gombak .Beliau juga meng’ijazahkan kami , hadirin yang hadir, hadis ‘tsulasiyyat’. Allahuakbar, betapa luruh dan gementar hati dan jiwa ini yang kian tenggelam dalam rasa syukur yang tak terhingga. Dalam hati, saya bermonoloq, adakah aku benar-benar layak untuk berada di majlis yang disertai dengan orang-orang soleh ini, yang cinta dan kasihnya tidak lain dan tidak bukan hanya kepada Allah dan Rasulullah saw?, adakah aku sudah cukup layak untuk menerima ijazah yang begitu besar maknanya bagi seorang hamba yang terkial-kial mencari makna sebenar erti kehidupan? Kerdilnya diri ini, Ya Allah. Betapa Zalimnya Diri ini jika Aku masih lagi Tidak Mampu bersyukur kepada MU…
Ulama lain yang hadir antaranya Syeikh Afeefuddin ibn Sayyid Abdul Qadir Mansuruddin Al-Gaylani, dari Iraq. Sejuk hati apabila memandang wajah ulama ini, tidak pernah lengkang senyuman diwajahnya walaupun saya tahu, beliau letih untuk hadir pada majlis kali ini. Senyuman yang memberi makna yang mendalam yang saya tafsirkan ia sebagai suatu ‘ungkapan syukur dan terima kasih’ kerana hadirin yang hadir begitu asyik mencari dan memperbaiki kelemahan diri, mencuba mencari makna sebenar cinta. Cinta. Cinta sebagai ummat Muhammad saw yang begitu rindu untuk bertemu dengan Baginda saw sebagaimana Baginda rindu untuk bersama-sama dengan ummatnya di akhirat nanti.
Mungkin inilah penggantian yang Allah berikan pada saya kerana tidak dapat bersama-sama dengan Majlis Maulud suatu ketika dahulu. (lihat post saya yang bertajuk MaulidurRasul) saya pernah bertanya pada kakanda Naim, kenapa saya dipilih untuk bersama-sama menemani ‘syeikh2’ ni? Namun jwb akh Naim, “sebab anta ada niat untuk bersama-sama ulama, sbb itu Allah permudahkan,” . Allahuakabar. Tak dapat saya lupakan hari tu, hari yang bermakna bagi insan yang begitu lemah jiwanya, keras hatinya tetapi dilembutkan oleh zikir dan selawat yang memecahkan kedegilan dan kejahilan hati. Moga-moga rahmat Allah sentiasa disisi mereka yang sentiasa mencari kebenaran hakiki. Amin..
(Syeikh Afeefuddin berketurunan Syeikh Abd Qadir al-Jailani)
Suatu petang jiwa ku berlabuh,
Umpama kapal yang diturunkan sauh,
Terkial-kial mencari tempat meneduh,
Kiri dan kanan ku tetap kukuh,
Namun ku bimbang hayatnya yang lusuh,
Kerana kejahilan diri menutupi cahaya penyuluh.
Ku pandang kanan dan kiri,
Ku lihat sinar cahaya mentari,
Yang kian malap kerana diselubungi,
Adakah masih sempat untuk aku berlari,
Mengejar cahaya yang indah sekali,
Agar aku tidak akan bergelap sekali lagi.
(post ini telah lama dikarang tapi lambat dipublish kerana beberapa sebab. Sekian ….)
HAZABE
"SALAM UKHWAH"
2 comments:
subhanallah
alhamdulillah
tak dapat nak nafikan, terbit rasa cemburu di hati an bila baca entry nta ni
beruntung lah nta sbb dapat bersama ulama'.
ulama' yg tersohor, dihormati.
moga Allah rahmati pertemuan itu,insyaAllah.
slm
dampingilah alim ulama' sungguhpun pencapaian kita jauh ketinggalan dr mrk mudah-mudahan keberkatan mereka sedikit sebanyak tumpah kpd kita.muliakn mrk ,kita akn dimuliakn Allah sebaimana yg dilakukan oleh pemmpin2 islam dahulu yg terkemuka spt sultan murad dan sultan alfateh yg mnjdkn ulama sbg pakar rujuk mrk dlm setiap tindakan.wslm
Post a Comment