Halus dan teratur. Itulah ungkapan yang bisa saya ungkapkan kepada kata-kata seorang intelektual, yang menegaskan akan kepentingan ilmu. Biarpun ber’tittle’ Sarjana Muda, ataupun Sarjana, atau pHD namun usaha untuk menuntut ilmu itu perlu ada. Ilmu bukan dinilai diatas sebuah gelaran mahupun pangkat tetapi lebih kepada usaha untuk memaksimumkan keupayaan kita sebagai seorang individu. Tidak perlu bermegah-megah dengan pencapaian yang ada sebaliknya rendahkanlah diri kita untuk terus mendalami Ilmu. Itulah antara hujah dan ucapan diungkapkan oleh Pro-Canselor UUM, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh pada Majlis Konvokesyen kali ke-22 di UUM, Kedah.
Beliau juga antara lain menekankan aspek ‘worldview’ yang sepatutnya dihayati oleh golongan-golongan muda supaya lebih terdedah kepada dunia sebenar. Selain itu, beliau ada juga berpesan agar, para pemegang ijazah tidak perlu berasa sombong dan bongkak dengan pencapaian yang ada, sebaliknya keluarlah dari kepompong pemikiran yang sempit misalnya kita berasal dari kampung, maka kitalah yang bakal menerobos minda pemikiran kekampungan itu. Kita berasal dari bandar-bandar, maka kitalah yang meluaskan lagi pemikiran “kebandaran” kita. Mungkin inilah aspek ‘worldview’ yang dimaksudkan beliau.
Tan Sri juga berpesan, kita perlu belajar dari sejarah bukan disebabkan kerana keterpaksaan tapi disebabkan oleh sense of history. Apa tu? Terlalu dalam maksudnya yang saya anggap sebagai suatu kata yang memerlukan kita menilai balik sejauh mana kefahaman kita dalam sejarah membantu meningkatkan kualiti seorang individu. Penilaian dan pengislahan perlu berlaku dengan seiring agar usaha untuk melahirkan individu berkualiti tidak akan terhenti. Sense of history. ?? hmm.
Apabila difikirkan kembali, sejauh mana silibes sejarah yang diajar di sekolah-sekolah telah berjaya mendidik anak-anak bangsa untuk menjadi insan berkualiti. Huh, begitu besar sebenarnya cabaran buat seorang pendidik. Pendidikan yang berteraskan oleh rasa keterpaksaan tidak akan ke mana tapi pendidikan diaatas dasar keilmuan dan kesedaran yang tinggi bakal menampakan kejayaan yang besar. Kejayaan dalam melahirkan insan kamil, insan yang bermutu dan berkualiti.
(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)
HAZABE
"SALAM UKHWAH"
HAZABE
"SALAM UKHWAH"
No comments:
Post a Comment