suatu perjalanan..




Segala puji bagi Dia yang Maha Pemberi Petunjuk kepada hamba-hambaNya yang sentiasa lalai dan leka dengan dugaan yang mendatang. Puji dan syukur ku panjatkan pada Dia, Tuhan yang menjadikan alam ini. Setelah hampir 4 bulan saya bercuti (sem break) kini terpaksalah pula mengadap buku Engineering, menyiapkan diri untuk melangkah ke alam ‘kampus’. Apa pun perjuangan masih perlu diteruskan, seperti kata sahabat saya “ Study no 1 tetapi perjuangan bukan no 2,” . Agak sukar untuk saya memahaminya tetapi terpulang bagaimana seseorang membahagikan masanya untuk memenuhi amanah yang diberikan padanya. Setelah beberapa hari berkampung di Pondok Seri Permai, Pasir Puteh, Kelantan, maka saya kira cukuplah segala perancangan yang telah dirancang sebelum cuti sem, dan bagi saya, meskipun hanya beberapa hari saja sempat saya menagih ilmu di sekolah pondok, tetapi begitu banyak kesan yang mendalam bagi diri saya. Cuti semester kali ni adalah yang paling sibuk pernah saya lalui. Sehinggakan masa bersama keluarga pun terpaksa dikorbankan. Apa yang menyedihkan bila mak selalu cerita adik saya kerap kali bertanya bila saya akan pulang ke rumah..luluh hati saya bila dengar cerita mak. Tak sangka adik saya dalam diam2 memendam perasaan rindu pada abangnya. Maafkan abang yer, dik. Sememangnya memang payah nak menerangkan pada adik yang masih kecil tentang maksud pengorbanan dalam perjuangan. Biarlah, suatu masa nanti, akan saya terangkan semuanya sekali betapa beratnya tugas menafkahkan diri dalam usaha nk mencari keredhaan illahi. Ramai juga tertanya-tanya buat apa nk pergi pondok? Kalau nak belajar agama kt masjid-masjid kan ada…hmm biarlah apa orang nk persoalkan, bagi saya cukuplah saya tahu dan yakin apa yang terbaik buat saya. Memandangkan hanya beberapa hari di situ (pondok), saya tak sempat nak menghabiskan perbahasan kitab usul tahkik, kitab yang membincangkan salah satu cabang agama, iaitu akidah. Bagi saya itulah bnda utama yang perlu kita yakini dan fahami sebelum kita memahami makna Islam yang menyeluruh. Itulah satu-satunya yang membezakan kita (orang Islam) dengan orang kafir. Tapi pada masa kini, aneh bin ajaib, bila melihatkan senario yang berlaku. Apatah lagi yang melakukannya adalah golongan-golongan yang terpelajar, yang mendapat didikan agama sejak kecil, yang diterapkan semangat cintakan Islam dalam diri masing-masing. Senario yang saya maksudkan ialah di mana umat Islam bertelingkah antara satu sama lain sehinggakan ada yang sanggup laknat-melaknat dan caci-mencaci sesama saudara seakidahnya itu. Heran yer. Kalau diteliti buku “ Madha Ya’ni Intima’I Lil Islam (Apa Ertinya Saya Mengganut Islam)-Fathi Yakan” yang saya kira ramai yang telah m’khatam buku ini, telah ditulis bagaimana seorang muslim harus bersifat lemah-lembut dan sabar serta menjauhi sangka buruk dan sifat mengumpat. Tetapi apa yang saya lihat, pada hari ini caci-mencaci bukanlah suatu perkara yang asing. Hatta kalau diteliti balik, orang yang mencaci bukanlah orang yang calang-calang tetapi orang yang berilmu. Bukanlah saya nak menyamakan seseorang itu sehingga bertaraf mengkafirkannya, tidak ada prinsip Ahli sunnah wal jamaah membolehkan mengkafirkan seseorang yang tidak sealiran dengannya. Apa yang ingin saya persoalkan dimanakah nilai-nilai Islam yang boleh kita banggakan lagi jika perlakuan kita pada hari ini tidak ada bezanya dengan orang yang tidak diberi hidayah oleh Allah. Jika dahulu orang tertarik pada ajaran Islam kerana akhlak yang mulia yang ditunjukkan oleh seorang muslim, namun kini, dimanakah nilai-nilai peribadi muslim yang dahulu kita banggakan? Teringat saya akan suatu cerita yang diceritakan oleh Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki di dalam kuliahnya, bagaimana Ibn Ar-rabbi seorang alim, dihina, dicaci oleh seorang lelaki pada zamanya sehinggalah lelaki tadi meninggal dunia. Sepanjang penghinaan dan cacian yang diluahkan oleh lelaki tersebut, dia hanya menerimanya dengan hati terbuka, dengan rasa penuh sabar. Apabila lelaki tadi meninggal, Ibn Ar-rabbi pergi menyempurnakan jenazahnya sehinggalah dikebumikan. Apabila pulang ke rumah, Ibn Ar-rabbi menguncikan dirinya di dalam bilik, berzikir, berdoa akan keselamatan lelaki tersebut sehingga pembantunya terpaksa memanggilnya makan kerana beberapa lama dia tak menjamah makanan. Tapi Ibn Ar-rabbi menjawab, “aku tidak akan keluar dari bilik ni, selagi Allah tidak mengampunkan dosa lelaki yang suka mencaci dan menghina aku itu,”. Akhirnya dengan inayah dan rahmat Allah taala, akhirnya doa Ibn Ar-rabbi dimakbulkan, dan dia pun kemudian keluar ke bilik menjalani kehidupannya seperti biasa. Subhanallah. Inilah cerita yang betul2 menyentuh hati saya, yang boleh kita ambil manfaat darinya. Ingatlah andainya kita menjadikan Rasulullah sebagai contoh tauladan bg kita, jauhkanlah diri kita dari sikap dan tabiat yang bukan dari akhlak islamiah yang boleh mencemarkan agama Islam. Bahkan Rasulullah sendiri pernah bersabda “ Sesungguhnya orang-orang yang melaknat orang lain tidak akan memberi syafaat kepada orang lain dan tidak akan menjadi saksi pada hari kiamat-hadis muslim”. Suka untuk saya mengajak sahabat-sahabat yang membaca post pada kali ini, letakkan segala harapan dan doa kepada Allah kerana Dia yang lebih layak menghina dan menghukum hambanya. Siapalah kita untuk kita mencaci saudara kita yang seakidah, yang sujud pada arah kiblat yang sama.

Ku lihat bintang berseri-seri di malam hari,
Tapi ku tertanya-tanya di manakah ‘seri’ itu?
Pada bentuknya atau pada namanya,
Kerana ku bimbangi ‘seri’ itu akan hilang,
Kerana kabus sering kali menghalang,
Bila, dimana, ia bakal mendatang.

Ku cium haruman mawar membunga,
Warnanya merah terang membara,
Sentiasa menggoda teruna dan dara,
Awas, itu bukannya bunga biasa,
Duri di badan tajam membinasa,
Mengawal diri, hancur dek masa.

Angin bertiup nyaman menyegar,
Ketenangan dirasa semakin sukar,
Entah apa yang sedang tercalar,
Ku lihat suasana alam sekitar,
Rupanya kumbang sayap bergetar,
Membawa berita tidak serupa khabar.

(sekadar bingkisan kenangan aku dalam perjalanan mencari Ilmu)
dari Kuala Terengganu - Pasir Puteh, Kelantan

(inilah motor yang aku guna )
-motor Honda Wave 100 -


di kaki bukit...



(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)

HAZABE
"SALAM UKHWAH"

Meniti Usia Yang Berlalu

‘abe, hepi befday..” “weh, sori2,aku lupa sesuatu, selamat hari jadi.”, selamat mendewasakan diri sempena hari kelahiran ke-20 ….hmm mcm2 lagi la bntuk ucapan yg ku (aku gunakan bahasa ‘aku’ untuk post kali ni) terima dari mereka yg mengenali diri ini. Aku sendiri pun terlupa yg 12hb 2 adalah hari jadi aku dek kerana sibuk melayan “kerisauan hati” yang x sudah2 muncul dan pergi. Sudah 20 tahun diri ini dilahirkan di bumi yang hanya hamparan mahligai bayangan yang tentu sekali menarik perhatian jiwa muda yang hatinya tidak diisi dengan zikrillah, nafsunya tidak ditarbiyyah oleh iman, dirinya tidak dikekang oleh agama. Amat mudah terpesong dari ajaran agama yang sebenar. Persoalan baru pula bermain kepala, apakah sebenarnya yang dimaksudkan ajaran agama yang sebenar?? Aku yakin, kalau ditanya pada setiap orang, belum tentu mereka mampu menjawab persoalan ini. Bagi aku, soalannya mudah, tapi jawapannya memerlukan huraian dan hujah2 yang mendalam untuk memahamkan seseorang itu. Secara umum, belum tentu, setiap orang mampu nk memberikan kefahaman yang mendalam meskipun yang menerangkan adalah alim ulama. Tapi yang pasti, hanya masa yang akan memberikan ruang untuk kita semua memahami apa yang diajar ataupun diterangkan. Suka aku katakan, bukanlah aku seorang yang memahami agama dan alim dalam segala hal, tapi sekadar ingin memberi pandangan. Usia yang semakin meningkat, menjadikan aku lebih berhati-hati dalam segala hal meskipun ada yang aku mungkin terlepas pandang.


Beberapa hari kebelakangan ni, aku membayangkan kehidupan peribadiku yang lalu yang aku malu untuk bercerita. Terlalu kerdil diri ini dalam nak memahami makna hidup. Hidup sebagai seorang hamba, hidup sebagai seorang anak, hidup sebagai seorang masyarakat, hidup sebagai seorang yang mengembara. Dalam pencarian yang jauh, yang ku temui hanyalah pengalaman. Pengalaman yang bukanlah seberapa tapi memang benar benarlah kata-kata pujangga, belajarlah daripada pengalaman. Dalam kata-kata ini, aku kira, terdapat maksud yang mendalam yang memerlukan kita hayati bersama, yang sering kali kita alpa dan leka dalam nk menghargainya . Apa yer? Itulah sejarah. Sejarah tidak mampu membohongi kita, tapi kita yang selalu membohongi fakta sejarah. Sejarah mungkin tidak mampu terpadam dengan mudah tapi kita yang mudah lupa sejarah dan terus membunuhnya. Namun hakikatnya, penerimaan dan penafsiran seseorang itu dalam nk menghayatinya adalah sesuatu yang berbeza kerana kita adalah individu yang berbeza.


Sekadar perkongsian untuk sahabat yang sudi mengunjungi blog ini. Aku berterima kasih bagi mereka yang mengingati tarikh tersebut (x perlu aku nk explain apa bnda tu). Siapalah aku pada pndangan kalian. Mungkin aku belum memahami makna ukhwah sebenar, seperti nama blog ni, tapi aku sendiri sedang mencipta maknanya melalui pengalaman. sehingga kini, aku tercari-cari siapakah sahabat sejati, untuk ku kongsi kelemahan diri. Aku bukanlah seorang insan yang ingin disanjungi dan dikasihi tapi cukuplah sekadar doa dan kata semangat dari mu buat diri ini.


(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)

HAZABE
"SALAM UKHWAH"

Diantara pilihan-pilihan itu..

Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Bagaimanaka cara untuk mengatasi masalah ni?

Kondusi:

Syeikh, ana nk tanya satu bnda. Enta ni kalau nak makan, cara yg macam mana enta suka? Satu, enta makan dengan sudu dgn alasan kita ‘america’ ( dah moden) atau enta rasa makan guna tiga jari (konon2 nk ikut sunnah) atau enta guna dua-dua cara sekali gus? Hmm, nampak susahkan..

Makan dengan sudu: org sebegini adalah org yang cuba mencipta kelainan dengan mengambil cirri-ciri budaya lain, tapi pada masa yg sama tegas dengan pendiriannya

Makan dengan Tangan: org sebegini sukar untuk menerima perubahan tp pada masa yang sama tercari-cari makna perubahan yang sesuai tanpa meninggalkan pegangan sendiri

Kedua-duanya sekali: org sebegini sukar dijangka dan sukar juga difahami tanpa alasan yang kukuh. Dia yakin apa yang dia lakukan.


Keimpulannya:

Buat apa susah-susah nk fikir, gunakan segala kaedah dan kesesuaian masing-masing. Matlamat tetap sama, angkat tangan suapkan dalm mulut, dan…bereh, Alhamdulillah, matlamat tercapai.

Perut kenyang, hati girang…haha


Sekadar pengubat duka yang melanda. Cerita yang kurang menarik mungkin. Siapa pun belum mampu untuk meramal dan menjangka apa yang bakal dihadapinya pada esok hari. Sebatang sungai itu akan terus mengalir biarpun terpaksa melanggar halangan yang begitu besar dilaluannya, tapi sungai itu akan terus berhenti dan bertangkung sehingga busuk airnya kerana dihalang oleh sesuatu yang terus meletakkan beban besar dilaluannya tanpa memberi peluang untuk sungai itu kembali berfungsi. Alangkah sedihnya kau, tidak lagi mampu menabur bakti untuk terus memberi dek tersekat oleh beban itu. Tanpa diberikan peluang, engkau terus tersepit. Jadilah air yang hanya akan menerima dari hulu tetapi tidak mampu sampai ke muara. Apakah salah kau wahai sungai? Suatu ketika engkau ditunjukkan jalan yang lurus tetapi engkau diuji dengan halangan berliku namun engkau gagahkan diri untuk terus maju. Kemajuan itu akhirnya tersekat dan terus dihimpit kerana hadirnya sang ‘beban’ yang melambatkan pengaliran kau. Kini apa yang engkau mampu lakukan?? Memilih di antara dua jalan, samada diam mengumpul gelombang atau terus maju mejangkaui halangan melalui celah disekelilingnya? Kalau pilihan dikau adalah yang pertama, engkau memang wajar, kerana mungkin itu akan menghasilkan kejayaan yang besar namun apakah itu satu kepastian? Sedangkan orang disekeliling memerlukan dirimu. Andai pilihan dikau adalah pilihan yang kedua, itu juga adalah keputusan yang wajar, namun air yang terhasil bukan lagi air yang bersih suci tidak juga sejernih mutiara air, tidak ramai yang mampu mengecapi dirimu kerana engkau kelihatan kurang bermutu. Apa pun andaian, yang bakal menentukan hanya Dia, Rabbul Alami.. lumrah alam memang begitu, tidak bermakna kekenyangan tanpa didahului dengan kelaparan, tidak bermakna kejayaan tanpa dimulai dengan kesusahan. Yang pasti, pilihan adalah milikmu, wahai sungai. Jadilah engkau sebagai sesuatu yang sedia untuk terus memberi biarpun diri sering diuji. Selagi ada masa yang terus berganti engkau lah harapan kami.

(sekadar kiasan dalam bercoteh)


(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)

HAZABE
"SALAM UKHWAH"

Muktamar Sanawi APIS kali ke-2


1 Februari 2008 / 5 Safar 1430H

Muktamar Sanawi APIS kali ke-2 telah pun selamat dijalankan. Biarpun dalam usia yang muda, APIS begitu positif bergerak meskipun dalam arus kebangkitan suara mahasiswa. APIS kini lebih terbuka dan bakal menyusul perjuangan dakwah selari dengan pergerakan jemaah islam yang lain. Cuma bezanya adalah sasaran utama dan caranya. APIS atau alumni pelajar Islam SBP adalah suatu wasilah untuk kita lebih fokus kepada sasaran kita iaitu pimpinan badan dakwah dan rohani (BADAR) dan juga pimpinan pelajar yang lain. Selain memberi fokus kepada SBP, menjadi agenda APIS untuk menyampaikan dakwah di peringkat yang lebih tinggi iaitu di IPTA mahupun IPTS. Apa yang pasti, APIS akan bersama dengan mahasiswa memperjuangkan hak-hak pelajar. Itu lah sedikit sebanyak mengenai ALUMNI PELAJAR ISLAM SBP. Tahniah dan takziah saya ucapkan pada pimpinan yang baru dan persiapkanlah diri kita semua dalam memperjuangkan keadilan dan menegakkan syiar islam di muka bumi ini. Tahniah diucapkan pada ajk pelaksana yang telah berjaya menganjurkan muktamar sanawi ini. Segala pengorbanan kalian hanya dapat dibalas oleh DIa yang Maha Pemurah.


Tak mampu ku tangisi ataupun kesali,

Taklifan diberi atas kepercayaan diri,

Amat sukar untuk ku atasi tanpa bantuanMu Illahi,

Menuju perjuangan mencari erti


Inilah ketakutan yang sering ku mimpi,

Tersepit di tengah-tengah fahaman ideologi,

Ku tercari-cari di mana solusi,

Dalam hati ku temui kejahilan diri


Ya Allah ya rabbul Izzati,

Aku mohon kekuatan dari MU yang Illahi,

Agar aku mampu terus berdiri,

Mendepani halangan dari setiap segi,

Agar perjuangan tidak terus terhenti,

Syiar Islam bakal diuji


Wahai sahabat yang ku sayangi,

Pada dikau, aku lah yang dicari,

Tapi layakkah diri yang hina ini,

Memimpin organisasi yang kian tinggi.


Sekadar luahan hati dan rasa, semoga kita jelas apa yang kita lakukan ini. Bangkitlah mengumpul kekuatan sebelum diuji dalam kelalaian, inilah dunia.

“welcome to the real world”

(Barisan Kepimpinan Baru yang Bakal menjalankan amanah yang ditaklifkan dalam syura)

(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)

HAZABE
"SALAM UKHWAH"