CENGKERANG BUSUK

Ku hidu, Ku cium baunya,

Dari jauh warna kesamaran sukar dinyata,

Deria yang tiga ku guna buat meneroka rahsia,

Di setiap butiran pasir ku temui ia..



Hairan, pelik, aneh…

Kerana baunya ku langkahi jua,

Kerana warnanya ku meneliti ia,

Kerana naluri ku terhijab oleh suatu rahsia,

Hakikat kejadian pada pandangan yang hina.



Bila manusia mulianya pada mata,

Segalanya hina tanpa ada harga,

Yang dicari segalanya dibuat mahkota,

Yang buruk dibuang dicampak dalam lembah nista.



Cengkerang busuk, jijik dirasa,

Sesekali dilihat ia, tiada yang sudi mendekati,

Hanya yang abadi terus meneliti,

Mencari-cari dan masih terus mencari,

Kulit keras lambang rahsia sejati,

Biar busuk dihidu jangan jelik dikaji,

Rahsia alam penunjuk kebesaran Yang Maha Tinggi.


Pasir Tumboh

13 Januari 2010


(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)

HAZABE
"SALAM UKHWAH"

No comments: