Bila Butiran Tasbih Terungkai

Kalam manusia sukar disalah tafsir, menakalkan rasa jiwa dalam bahasa indah beribu rahsia. Biar rambut sama warnanya tapi hati tetap punya pengertian berbeza. Kehidupan ini coraknya pelbagai, dalam perjalanan manusia menuju pencarian yang kekal. Namun di setiap episod siri kehidupan, terselit luka dalam berdarah lama terpendam.


Segumpal tanah ditabur buat merata lubang terbuka bersambung. Kalau bisa dijadikan lohong, terus digali dalam kasih yang suci abadi. Biar segalanya berlalu pergi, meninggalkan episod terakhir dalam memori diri.


Dosa silam terus ditangisi namun jangan hilang rasa penyesalan diri. Air mata darah hanya diam tak beerti, semangat baru jangan dipendam lagi. Kalau itu sudah suratan Illahi, pejuang sejati bakal terus gagah berdiri.


Butiran tasbih terus dikait buat meneliti hakikat zikri. Saat kukuh ia berselawat memuji nabi, digenggam ia jangan dilepasi. Namun seteguh mana tali yang panjang menyambung, kalau akhirnya putus disubur tasbih dan tahmid.


Pintu gerbang akan kekal berdiri, tanda penyatuan sahabat sejati. Jangan takut pada harapan yang tinggi, janji Allah akan sentiasa ditetapi.


Pasir Tumboh,

14 Januari 1010


(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)

HAZABE
"SALAM UKHWAH"

No comments: