Sedang sibuk ‘mengulangkaji’ subjek structure analysis, untuk exam keesokkan harinya, saya mencuri masa untuk menulis blog sekadar untuk mencari ketenangan dalam jiwa yang memberontak. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran bukan untuk mencari alasan terhadap suatu yang berlaku tapi untuk mencari penjelasan yang jitu untuk memuaskan jiwa yang buntu.
Apabila berbicara tentang ‘exam’ atau nama popularnya ‘peperiksaan’ ramai pelajar mengeluh kerana kepuasan yang dicari bukan suatu yang pasti apatah lagi andainya berjam-jam menelaah namun rezeki yang dihajati tidak kesampaian. Keputusan yang tidak seberapa menambahkan lagi kekecewaan dalam diri sehingga akhirnya rasa ‘buruk sangka’ kita pada Allah swt membatalkan penyerahan segala-galanya pada Dia yang kita imani. Sering kali saya cuba memujuk diri dan rakan-rakan- segala yang terjadi ada hikmahnya, namun berapa ramai yang memahami makna ‘hikmah’ , cubaan dan cabaran dalam kehidupan. Kesalahfahaman akan makna menyebabkan jiwa kosong mencari nilai penghayatan dalam diri seterusnya menghilangkan langsung kehadiran keyakinan kita semua akan qada dan qadar Allah swt.
Sedih melihat ramai rakan-rakan yang orientasi pembelajarannya semata-mata kerana peperiksaan, seolah-olah itulah kepuasan yang tidak dapat tidak mesti dicapai. Malam dan siang menghadap buku-buku sekular, sehingga langsung terlupa apakah hakikat hidup ini hanya untuk mencari kepuasan pandangan manusia. Bagi mereka sudah memadai andainya keputusan itu mampu ‘melabel’kan mereka sebagai pelajar cemerlang, dengan kata lain, keputusan peperiksaan adalah segala-galanya yang mesti dikecapi untuk menjamin kehidupan masa depan yang lebih cerah. Dimanakah nilai penyerahan diri dan masa depan kita kepada Allah swt?
Seharusnya peperiksaan bukan suatu yang mutlak yang harus dijadikan kayu ukur ‘kecemerlangan’ seseorang tapi ia sebagai motivasi bagi kita untuk sentiasa memperbaiki kefahaman kita dalam konsep ke arah mendalami ilmu pengetahuan yang bersifat universal. Bukanlah ia, -“peperiksaan”- itu perkara yang mengawal segala-galanya hatta jaminan masa depan kita, tetapi ia adalah suatu anjakan kearah penguasaan ilmu yang bersifat alami. Andai semua manusia hanya memberi fokus kepada ilmu agama, siapa lagi yang akan mendalami ilmu-ilmu kehidupan? – Dalam sesetengah keadaan, ilmu-ilmu duniawi ini adalah penting agar tidak timbul ‘fitnah’ pada umat Islam. Pernah dulu Imam al-Ghazali menggesa agar umat Islam mempelajari ilmu duniawi-(perubatan) kerana pada masa itu ahli-ahli perubatan yang beragama Islam amatlah sedikit, sehingga ramai yang merujuk kepada ahli perubatan agama lain, melihat keadaan itu, gesaan Imam al-Ghazali adalah untuk mengelakkan timbulnya fitanah pada umat Islam yang ketika itu banyak yang memberi fokus kepada ilmu-ilmu agama.
Namun, apa yang berlaku pada hari ini tidak seindah khabar. Ramai yang tidak berani untuk cuba lari daripada hakikat ini-kecemerlangan peperiksaan adalah segala-galanya. Saya mengkritik kerana jiwa memeberontak mencari sebatian dalam hakikat kepuasan yang sebenar sebagai seorang yang bernama ‘insan’. Dalam buku Risalah untuk Kaum Muslimin-(Prof Naqiub), makna insan dihuraikan sebagai ‘keadaan yang berhutang’ atau dalam makna lain ‘menaklukkan diri untuk mengikut perintah’. Kita seolah-olah lupa apakah tujuan dan matlamat utama diri ini dijadikan. Dalam surah Ad-Dhariyat,ayat 56, Allah berfirman ‘tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat (menyembah diri) kepada Ku’. Bukan lah Allah suatu yang berhajat yang memerlukan penyembahan makhluk tapi hakikatnya kita yang ‘berhutang’ yang perlu dan wajib mentaatinya sebagai bukti keimanan kita kepada Allah. Umpama seperti hamba yang perlu patuh dan taat pada tuanya.
Mungkin inilah contoh lansung serangan pemikiran ‘propaganda barat’ yang berjaya didoktrin dalam minda dan pemikiran pelajar muslim. Dalam sesetengah keadaan, kita tidak ubah seperti ‘robot’ yang hanya mampu mengenali dan memahami makna ilmu dalam ‘programming’ yang dicana oleh pemikir barat. Skop kefahaman yang begitu terkongkong menyebabkan kita gagal dalam ‘mengislam’kan ilmu duniawi yang sepatutnya dikembalikan kepada pengabadian kita kepada Allah swt. Hakikat ilmu begitu indah untuk dikaji, kerana ianya bukan berasal dari buku-buku sekular mahupun dari teori-teori barat, tetapi ianya adalah dari Allah swt. Saya menulis hanya sekadar luahan rasa dan gelora jiwa yang inginkan suatu yang membawa kita semua menyedari dan menghayati makna ‘insan’. Andai Islam adalah akar bagi segala tujuan penghidupan, mengapa tidak kita cuba mencarinya dalam alam disekeliling kita.
HAZABE
"SALAM UKHWAH"
4 comments:
salam ziarah
dah nak exam yer tuan presiden
semoga berjaye la ye..
meme la sume orghe ngaji sbb exam
tapi kadang2 nok oyak ko ore
ore tok pehe pon gapo tujuan kito ghaji
ape yang penting kite tau ape yang kite cari
semoga sukses ya!
mengislamkan ilmu duniawi..maknanya seperti dunia jambatan akhirat.Kejar akhirat,dunia pasti akan ikut.Semua selagu kan?
Ramai di antara kita yang masih kuat berpegang bahawa usaha itulah satu-satunya penentu kejayaan. Sedangkan usaha itu adalah satu peluang bagi kita memperoleh pahala dan redha Allah. Tugas memberi kefahaman tentang Qadar Allah telah jatuh ke atas bahu-bahu orang mukmin bagi menghapuskan sembahan manusia kepada perkara lain selain Allah swt.
hazabe-faizah
terima kasih, demo pun samo gok..all d best in ur business.
hazabe-iqbalsyaraie
insyaAllah itu semua selagu namun indah khabar dari rupa, indah teori dari praktikal, indah bahasa dari makna..itu semua selagu, lagu yang dimainkan dalam rentak tempo 'western' yang slow rock.
hazabe-anonymous
sebab itu para daie, murrobbi, pendakwah perlu sedar akan hakikat ini, semuanya kembali kepada suatu permasalahan akar..masalah akidah yang rapuh.( kita asyik bertikam lidah dalam bab2 fiqh, tapi tak pernah cuba menekankan bab2 tauhid, kalau nabi muahammad saw berdakwah di Mekah 13 tahun semata-mata untuk mempetulkan keyakinan masyarakat, apatah lagi manusia biasa mcm kita. )
Post a Comment