Tiada KaTa SelaIN Puji daN sujUDku pAdaMU

alhamdulillah, tirai program jalinan ukhwah yang ke-3 telah pun berlabuh buat sementara waktu. insyaAllah ini bukanlah program yang terakhir tapi ia adalah penanda aras untuk saya dan sahabat qiadah meningkatkn dan mempratikkan mutu pengurusan dan penganjuran..sememangnya tak ada kata yang lebih indah melainkan puji dan syukur pada Dia yang telah mengabulkan doa hambaNya ini..semoga ia menjadi pengajaran buat insan kerdil ini untuk terus memahami dan mngenal erti sebenar ukhwah fillah. kekuatan islam bukan bergantung kepada secanggih mana teknologi yang mereka ada mahupun seramai mana umat islam yang ada semata-mata tapi yang lebih penting, berapa ramai yang bertakwa kepada Allah. apabila seseorang mengenal iman dan takwa akan lahirlah perasaan cinta dan sayang akan saudaranya yang lain. ukhwah adalah satu ungkapan yang tidak boleh diungkapkan semata-mata tapi hanya mampu dilahirkan melalui perbuatan. ( "tidaklah beriman seseorang itu sekiranya dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya"-hadis riwayat bukhari dan muslim)
sekadar perkongsian buat teman-teman bagaimana perancangan dan urusan yang telah dijalankan sebelum bermulanya program..
1) pelan ranncangan telah bermula pada bulan jun ( sewaktu induksi)
2) mesyuarat dan pertubuhan ajk pelaksana ( ogos )
3) pembentangan kertas kerja kepada JAKIM ( september )
4) Mesyuarat dan pemurniaan modul ( oktober-disember)
inilah beberapa turutan perancangan dan pelaksanaan sebelum PJU bermula..

( sedang sibuk membuat memeriksa maklumat-maklumat yang diperlukan )
sebelum menjejak kaki ke Bangunan JAKIM



(Di Bahagian Dakwah JAKIM)
bersama akhi hanif (naib pres PKPIM) dan akhi Ikhwan (Pres APIS)


(taklimat akhir sebelum PJU di KLCC )

dan.......akhirnya


lumrah manusia..
hidupnya sentiasa ingin berteman
biar dimana sering terkenang
persaudaraan dan juga persahabatan
yang jarang kita temui yang begitu tenang
kerana iman dan takwa milikMU tuhan
hanya kepadaMU aku pintakan
seorang teman yang sentiasa dalam ketakwaan
yang mampu merungkai segala cabang dan permasalahan
demi diri yang kerdil ini untuk berjuang
dalam lapangan amal islam
semoga kita terus beriltizam
untuk mencari indahnya makna sebenar Keredhaan..
-uhibukafillah-

(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)

HAZABE
"SALAM UKHWAH"

10 comments:

Ibnu Ahmad Zhaki said...

Akh, gambar ana dalam post ini ialah gambar ana yang sedang menahan pendarahan selepas cabut gigi, sebab tu nampak macam menyimpan sesuatu dalam mulut. :)

Kenangan tetap kenangan. Moga menjadi amal soleh yang membawa ke syurga ALLAH.

Harithmkt90 said...

Insyaallah nta menjadi daie yang terbaik dan kita sentiasa dirahmati Allah..mmoga tahun depan sebagai pengganti ikhwan..buatla amanah bersungguh2...jgn takut kutukan manusia yang penting kita mulia di hadapan pencipta.

pulasari said...

Program Jalinan Ukhwah. Menarik!

faizah said...

salam..
terkilan x dapat join....

mujaheedah90 said...

insyaALLAH..
tajdid niat slalo..
prtolongan ALLAH tu sntiasa brsama..
w/pon agak klam kabot uruskn pju,tp alhamdulillah,nkmat ukhwah trasa..
insyaALLAH,bljar dri kesilpan
=)

LOO (o_o) said...

oh,sampai kronologi pju pun dicatat.ana pun tak ingt bila kita stat rangka pju.
ana melihat kerlipan bintang dan sinaran rembulan di sini :)

FAKHRUL said...

hazz-ikhwan: terima kasih syeikh atas kepercayan nta, ana sentiasa menyokong nta..

hazz-harith: tahniah akhi, ats plan dan modul yang disediakan bg pju..ada harapan jd pengarah tahun depan...

hazz-pulasari: terima kasih ats sumbangan nta..nta banyak juga membantu apis..

hazz-faizah: insyaAllah ia bukanlah program penghabisan..mudahan APIS akan menyediakan banyak lagi program yang bersifat ilmiah..

FAKHRUL said...

hazz-mujaheedah: semoga segala usaha kita ditumpukan pada rahmat dan kasih sayangNYA..

hazz-loo: terima kasihla kerana sudi melawat..

Pemikir 21 said...

Fakhrul, gua cayala sama lu beb!!

Majulah MPH cawangan Sunway utk semua, yeah!

(erk..mampos ak kena marah ngan ikhwan nanti ni......harharhar)

shamel said...

weyh ko nak maen futsal gtaw r!