Hari raya haji yang lalu menjadi kenangan yang paling manis kerana raya tahun ini saya bersama keluarga merayakan bersama-sama saudara-mara sebelah mak yang boleh dikatakan ramailah juga. adik-beradik sebelah mak ada 12 org, memang manis bila terkenangkan balik. kami sekeluarga mnjalankan ibadah korban dan juga akikah buat adik sepupu yang baru berusia 4 bulan.
tahun ni, semuanya bergotong-royong meraikan hari raya haji. adik-adik kecil yang dah berapa lama tak jumpa sepupunya riang tak terkata, apatah lagi bila air hujan masa tu, baru nak surut. Memandangkan kampung saya terletak di tanah yang rendah, maka mudah untuk dinaiki air, tapi nasib baik, masa raya tu, air dah surut. adik sepupu yang 'mengidam' nak mandi agak masam mukanya, mana taknya, dah siap suruh ayahnya beli google, pelampung..(mcm nak pergi mandi laut) lucu pulak rasanya..
(ni la budak nakal tu, cian tak boleh mandi,)
(ni la budak nakal tu, cian tak boleh mandi,)
(adik sepupu yang sorg dah tak sabar nak berlatih tarik tali..)
(sedang berusaha menjatuhkan ish..ish)
(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)(sedang berusaha menjatuhkan ish..ish)
memang agak meriah, lagi terhibur bila melihat telatah adik-adik yang teruja melihat ibadah korban..
(ni lah dia adik sepupu saya, cute kan, dah kena 'konyok' pun tak menangis)hanya sekadar paparan yang ingin saya kongsi, namun di sebalik keriuhan suasana takbir yang bergema rasa rindu menerpa kepada seseorang yang saya kagumi yang baru 4 bulan meninggalkan kami, dipanggil untuk berehat sementara menunggu saat bumi dihancuri, masakan tidak kami tangisi, seseorang yang sentiasa berjemaah sehingga pagi, saban waktu dan saban hari, masjid adalah rumahnya yang kedua...itulah datuk saya yang saya redha pemergiannya dalam keadaan yang paling indah.. lumrah alam yang telah ada sejak azali, dilahirkan dan dimatikan, itulah takdir setiap makluk. setiap yang hidup pasti merasai mati.
HAZABE
"SALAM UKHWAH"
No comments:
Post a Comment