Ukhuwah dicari bukan untuk dimiliki bukan juga untuk dijual beli tapi untuk berkongsi dan sedia untuk memberi.
monash university student
Percaya atau tidak, inilah hakikat dan kebenaran yang tidak dapat dipalsukan lagi..setelah hampir 12 tahun menuntut ilmu bermula di sekolah rendah agama, sekolah kebangsaan sehingga lah ke peringkat foundation di kolej swasta, saya kini bergelar pelajar u @ siswazah.. tentu ramai yang berkata, apa yang nak dihairankan setakat bergelar pelajar u. Bukan saya hendak menghina atau memuja tapi dari pandangan saya tentulah terdapat perbezaan yang ketara baik dari segi cara hidup, cara belajar, cara bergaul dan pelbagai lagi. Hari pertama saya menjejak kaki di monash universiti, bermacam ragam dan gaya manusia yang bergelar siswazah. Dari segi pakaian, tak usah nak di fikirkan, mengalahkan budak kecik yang belum baligh lagi. Dikiri dan kanan penuh dengan manusia yang zahirnya berpakaian tapi hakikatnya hanya membaluti bahagian yang penting sahaja. adakah ini yang mereka belajar dan diajar ketika hampir 12 tahun sebelum mencapai tahap yang begitu mengaibkan. maafkan saya, tapi apa yang saya tulis bukan merujuk kepada sesetengah kaum atau bangsa tapi saya menulis mengenai pelajar yang di dalam 'ic'nya tertulis agama islam, dan dalam sijilnya ada pengajian islam, malah telah berjaya dengan cemerlangnya dalam islamic studies ( LAN compulsory subjects). persoalannya adakah sistem yang ada sekarang hanya mewajibkan pelajar belajar agama dan menduduki peperiksaan agama Islam sebagai syarat subjek teras yang mesti diambil tanpa menekankan praktikal dan kefahaman yang mendalam dalam Islam. Setiap orang tentu mempunyai jawapan dan alasan yang tersendiri, dan terserah kepada individu bagaimana mereka mengulasnya. Apa yang saya cuba tekankan ialah manusia sekarang sama ada sedar atau tidak, tidak jauh bezanya dengan zaman jahiliah yang hidupnya berlandaskan nafsu dan menolak hukum Allah, andai kata seseorang benar-benar beriman kepada Allah, beriman kepada Rasul dan beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada rasul, sudah tentu mereka tidak berani mempersoalkan apa yang termakhtub dalam kitab Allah, tidak berani mempersoalkan apa yang diajar oleh Rasulullah, sebaliknya mereka patuh dan taat kepada Allah. Semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan-golongan yang rugi seperti yang diterangkan didalam Al-Quran..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment