Paradoks

Dalam himpunan ramai,

Aku hadir menumpang mencari damai,

Dari jauh kelihatan bayangan indah membawa sinar,

Susuk tubuhnya yang ku rindui semakin hampir dihadapan,

Dalam senyuman manis dia menyapa,

Buat hadirin yang hadir dia menyampai amanat berharga.


Qasidah, berzanji, tilawah, umpama lagu merdu pembuka selera,

Menjamu jiwa yang kian hanyut kembali terjaga,

Suasana inilah yang ku nantikan,

Ku idamkan ia sebagai nyanyian masa depan ku.

Ku impikan ia sebagai nyanyian lena ku,

Ku harap ia sentiasa jaga dalam hati kerdil ku.


Sekujur tubuh kemas memakai jubah indah,

Hati berdebar-debar menanti kata-kata hikmah,

Setiap kali dia menuturkan bicara,

Sedang itu jua, sir ku terbuka.


Aku jadi malu pada diri sendiri,

Berkumpul dalam himpunan manusia solehin,

Jua bersama ulama yang ariffin,

Dalam kekerdilan diri yang tiada ilmu,

Pantaskah aku berada bersama mereka yang sudah bertemu cinta Agung?

Namun ku gagahi jua, melawan nafsu yang kian menguasai aku,

Kerana saat dan ketika itu,

Tiada lain yang ku inginkan melainkan dapat berhimpun dengan orang-orang yang soleh.


(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)
HAZABE"SALAM UKHWAH"

No comments: