Hati ini laksana lautan yang dalam,
Bergelora berkocak tanpa sebarang sempadan,
Dalamnya luas, tiada yang mampu teroka,
Kerana airnya dalam, sukar diduga.
Bila mana manusia cuba mencari cinta,
Tersepit diantara suka dan duka,
Apakah ini cinta sepenuh jiwa,
Yang menjanjikan jaminan bahagia semata.
Bila hati berombak bergelora mencari makna suci,
Tersepit diantara cinta manusia dan cinta Illahi,
Apakah ia dikira musyrik,
Tidak membeza yang mana yang perlu dicari.
Kerdilnya manusia, bila ia diuji,
Karam di tengah lautan yang tak bertepi,
Kerana tiada yang mampu mengajari,
Hanya Dia, yang mampu tunjuki.
Bila dirasa cinta itu suci,
Salahkah ia mencari cinta insani,
Lumrah manusia memang tidak boleh lari,
Kerana itu dijadikan perempuan dan juga lelaki.
Cinta bagaimana yang dikira suci?
Cinta Rabiatul pada Allah yang Maha suci,
Atau cinta suami kepada isteri?
Mungkin juga cinta anak kepada penawar hati?
Yang mana yang mesti dicari?
Andai diri tak punya kekuatan imani.
Bila mana ditolak hati ini ini pada alam duniawi,
Menutup terus dari dinodai,
Yang diyakini cinta agung pada Dia yang suci,
Kekosongan jiwa semakin dirasai,
Lantaran ramai yang masih terus menyayangi dan disayangi,
Kerana kita tidak mampu untuk terus berseorang diri.
Ku dambakan hanya
lah cinta Illahi,
Tidak dinafi cinta mereka yang disanjungi,
Namun salahkah aku, wahai Rabbul Izzati,
Dalam diri, dikongsi cinta Engkau dan cinta insani,
Aku syirikkah, aku munafikkah?
Gerun aku bila memikirkan masalah,
Bila ia berkait dengan jiwa yang resah,
Tanpa petunjuk, Allah yang maha Gagah,
Aku sentiasa buntu umpama bayi yang lemah.
Dikala mencari, ku temui suatu hikmah,
Manusia dijadikan sebagai makhluk yang indah,
Dibezakan dan diberi rahmah,
Kerana itu diberi perasaan yang gentar dan gundah,
Bila dicari suatu yang tidak pernah diubah,
Yang diharap dapatlah ia terus berada di jalan yang diamanah.
#
Sengaja saya postkan kata dan juga persoalan, agar dapat dikongsi bersama sahabat yang punya hati dan rasa. Mengapa dikejar hakikatnya cinta, sedangkan kita tidak pernah menyucikan jiwa, tidakkah kalian semua gentar, bila disekutukan cinta manusia dan cinta DIa.
Kembalikanlah diri kita pada DIa, semoga kita semua bersatu dibawah kepercayaan pada yang Maha Esa, ku bimbangi bukanlah hukum semata, tetapi kedudukan kita suatu masa, bila jiwa tidak lagi bernyawa, bila hati tidak lagi punya rasa, bila roh tidak dibumi yang seketika, apakah kita masih punya masa, kembali kepada suatu akidah yang dicinta, yang dipelihara dan dijaga, kerana itu teruslah berusaha…(selamat mencari kecintaan yang didamba)
#
(Pesanan buat mereka yang bergelar daie, pendakwah muda yang angkuh dan takkabaur, menidakkan ulama yang mulia, yang bersangka merekalah yang punya rasa, padahal jahil murakkab yang tidak pernah ditanya)