Peperiksaan lagi…

Biarpun sibuk dalam membuat revision, saya mencuri masa menulis blog, sekadar mencari ketenangan. Entah kenapa rasa seperti diri ini berpura-pura memohon doa agar diberikan jalan yang terbaik untuk menghadapi peperikasaan. Mungkin, sahabat-sahabat pun begitu juga. Bila menjelang peperiksaan, mulalah mencari tikar sejadah, mencari kitab al-quran, berwirid panjang, solat hajat dan pelbagai cara lagi. Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa menjelang musim peperiksaan sahaja semua jadi seperti ‘ahli sufi’. Mungkin bukan semua yang saya maksudkan. Tetapi inilah hakikat, rasa diri ini seperti munafik berpura-pura beramal soleh, tetapi bila dah lulus cemerlang, mula lah jadi seperti kacang lupakan kulit. Ada yang sanggup kata, ‘alhamdulillah, tak sia-sia usaha aku selama ini.’ Tapi bila nak ajak pergi jemaah lepas tu, masyAllah, liat macam kuih dodoi… Sedarlah kita wahai umat Muhammad, tidak semestinya kejayaan itu baik bagi kita, mungkin itulah ujian yang Allah nak beri untuk melihat hamba-hambanya yang ikhlas dalam beramal. Namun tidak semestinya ujian Allah itu hanya datang dalam bentuk kesusahan tetapi mungkin dalam keadaan kita merasa diri ini terlalu selesa mengejar tuntutan dunia. Ini hanyalah sekadar keluhan jiwa yang kadang-kala terasa terlalu malu untuk menadah tangan memohon keampunan apatah lagi meminta-minta meskipun Allah berfirman, “ Berdoalah kepadaKu nescaya akan Ku perkenankan bagi mu,’’ (Al-Mu’min; 60). Malah Allah juga mengingatkan “Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal,” (al-Maidah;23)

Disini saya juga ingin mengajak sahabat-sahabat melihat peperiksaan dari perspektif yang berbeza. Selalunya orang melihat kejayaan seseorang itu diukur dengan berapa banyak ‘A’ yang diperolehi dalam peperiksaan tetapi persoalannya adakah kita hendak mengatakan bahawa pelajar yang tidak berjaya itu telah GAGAL. Adakah kita hendak mengatakan mereka,( pelajar yang gagal) itu masa depannya gelap?? Amat malang sekali orang yang hidupnya hanya berorienrasikan peperiksaan. Tetapi marilah kita melihat dalam dunia reality, ibubapa lebih gemar menghantar anak-anak ke kelas tusyen daripada menghantar mereka ke kelas fardu ‘ain. Ibu bapa lebih rela merotan anak-anak yang gagal dalam peperiksaan, daripada anak-anak yang tidak bersolat. Reality adalah reality. Penyelesaianya???? Emm, masakan budak belasan tahun seperti saya perlu memberitahu penyelesaiannya..lihat lah alam, bertadaddaburlah dengannya, lihatlah hati, bertanyalah kepada iman, buka lembaran Al-quran, bacalah tafsiranya. Sekali lagi bukan diri kerdil untuk memperlekehkan tujuan peperiksaan, jika tiada peperiksaan, kita tidak tahu sejauh mana potensi diri kita. Umpama hidup ini, jika getah itu tidak pernah ditoreh belum tahu ada susunya. Begitulajh juga kita, jika tidak pernah diuji, sejauh manakah kemampuan kita.. namun, segalanya-galanya bermula dari Dia, dia yang menentukannya. Dalam surah al-Ikhlas, ayat ke-2, Allah berfirman, Allah adalah tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.

Sedarlah wahai sahabatku, meskipun dunia memandang secara luaran tetapi Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Orang yang jiwanya dibesihkan taqwa, fikiranya disucikan iman, dan akhlak diwarnai oleh kehidupan, pasti ia akan mendapat cinta Allah dan cinta manusia.

No comments: