woi, bangun,bangun,bangun...


"woi, bangun..dah azan isyak dah ni...bangun la. kita pergi jemaah sama-sama..."

Entah mengapa saya berasa sangat letih sehingga tertidur sebaik sahaja berwirid selepas solat maghrib..mungkin terlalu memerah otak dari semalaman sehingga tertidur keletihan.
Namun saya begitu berterima kasih pada kawan serumah kerana mengingatkan saya agar menunaikan solat isyak berjemaah. Begitulah suasana di rumah sewa saya yang baru. Setiap kali azan berkumandang, ahli rumah saya akan bersiap-siap untuk ke masjid yang berdekatan.
Memang berat sekali nak buka mata, rasa seperti bisikan syaitan sudah berjaya menggoda jiwa. apakan daya, terlalu letih sehinggakan nak buka mata pun tak mampu. ye la, terlalu banyak masa dihabiskan di depan buku..namun panggilan illahi telah pun tiba untuk menunaikan tangungjawab saya sebagai hambaNYA.

Kini genap 2 bulan kami menetap di rumah sewa yang berdekatan dengan masjid dan juga Sunway Pyramid..alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar..tiada masalah yang menganggu pelajaran kami lebih-lebih lagi dengan owner rumah sewa kami..
Apa yang nak saya sampaikan ialah rasa kesyukuran yang amat sangat kerana berjaya mempengaruhi kawan-kawan serumah untuk tidak sesekali meninggalkan jemaah..sejak dahulu ( semasa membuat foundation) hingga sekarang, pertemuan dan perjumpaan kami, sering kali saya gunakan untuk mengajak kawan-kawan agar perhatin dan sedar akan tangungjawab kita sebagai muslim. Bukan sekadar tangungjawab menunaikan ibadah semata-semata tapi ibadah menyeru manusia amar makruf dan nahi mungkar. Dan alhamdulillah, sedikit sebanyak usaha saya menampakkan hasilnya.
Jika dahulu, ramai yang cuba melarikan diri apabila berbicara mengenai Islam, kehidupan saudara-saudara kita yang seakidah di pelusuk dunia, dan peranan kita sebagai seorang muslim. Tapi kini, perubahan demi perubahan untuk membaiki diri dan sekaligus umat Islam menjadi semakin ketara dan senario ini dapat dilihat sebagai contoh keputusan piliharaya yang diadakan baru-baru ini. Umumnya kini lebih ramai yang menyokong sebarang bentuk perjuangan yang menjurus kepada pembaikan ummah dan sudah tentu umat Islam.
Kadang-kadang kita melihat seseorang itu secara luaran sahaja dan dengan terburu-buru membuat andaian tentang mereka sehingga lupa bahawa diri kita juga ada kelemahan. Sememangnya bukan hak kita untuk mempersalahkan mereka yang hanyut dalam perjalanan mencari ketenangan. Dek kerana kekurangan tarbiyah, mat rempit hanyut dalam perlumbaan haram, mat ganja khusyuk 'membancuh' dadah, mat disko ber'qiam' di kelab malam serta pelabai ragam manusia yang dapat kita lihat pada masa kini. Bukan untuk menghina golongan 'MAT' ni tapi bukanlah caranya kita, orang Melayu apatah lagi orang ISLAM mencari keseronokan sehingga mengabaikan tangungjawab kita sebagai seorang hamba kepada Penciptanya.
Menjadi tanggungjawab kita untuk terus menyampaikan kebenaran Islam kepada orang ramai, tetapi apa yang lebih penting ialah, kita juga perlu sama-sama mebaiki diri dan memantapkan jati diri kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Kadang-kadang individu itu sendiri sudah memiliki fikrahnya sendiri cuma mereka tidak tahu bagaimana untuk membangkitkan fikrah itu agar menjadi seseorang yang turut menyumbang kepada pembangunan ummah. Terkenang kata-kata dari seorang sahabat, Islam itu tidak memerlukan kita, tanpa Kita, Islam tetap akan menang pada suatu hari nanti, cuma adakah kita juga termasuk dalam golongan-golongan yang berjuang untuk menegakkan Islam di bumi Allah ini. Semoga Allah memudahkanya.


No comments: