Ringkasan Ceramah Maulidurassul

Pada 12 rabiulawal 1429/ 21mac 2008 bertempat di surah al ikhwan, sg buloh telah diadakan satu majlis sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Ceramah yang disampaikan oleh seorang ust, bernama Ahmad Kamal bin Mohd Nor banyak menceritakan sejarah kelahiran Rasulullah. Bgaimana diceritakan beliau sebelum kelahiran Rasulullah lagi, telah berlaku pelbagai peristiwa misalnya perlanggaran kota mekah oleh tentera bergajah dipimpin oleh Abrahah. Disaat Aminah, bonda Rasullullah mengandungkan baginda maka ketika itulah, kota mekah diserang oleh Abrahah. sebenarnya Abrahah adalah seorang yang tidak suka kepada Kaabah, dia cuba membina bangunan yang lebih cantik dr kaabah untuk dijadikan hiasan semata-mata untuk menarik orang ramai memujanya, tapi oleh kerana Kaabah merupakan tempat yang terpengaruh pada masa itu, dia membencinya dan berhasrat untuk merobohkannya. Apa yang menarik, ust ada juga menyebut, kita (pemimpin masa kini) sama sahaja seperti Abrahah, yang tahu membina rumah2 antau bangunan2 yang cantik tanpa ada faedah. seperti yang berlaku di Terengganu, yang tersegahnya kecantikan masjid kristal tp hanya semata-mata untuk perhiasan. berbalik pada ceramah tadi, disaat Abrahah nak merobohkan kaabah, dipanggilnya Abdul Muttalib, ditanyakan pada Abdul Muttalib, sebelum aku merobohkan Kaabah ini, adakah kau mempunayi permintaan, wahai Abdul Muttalib? Jwab Abdul Muttalib, "kembalikanlah semua unta2 ku." ,mendengar jawapan Abdlu Muttalib, Abrahah ketawa menyindir. "kau sedarkah apa yang kau katakan ini wahai Abu talib, tak sangka betapa lemahnya kau, kerana kau tidak mempertahankan rumah ibadat ini (kaabah) sebaliknya meminta aku kembalikan unta2 kau. jawab Abdul Muttalib, sesungguhnya unta2 itu adalh kepunyaan aku tp kaabah ini adalah milik Tuhan. Kalau kau berani silakanlah.. disaat itu, tiba-tiba datanglah sekumpulan burung2 Ababil burung utusan Allah yang membawa batu dari neraka lalu dicampakkan kepada tentera Abrahah. Akhirnya mereka tidak lebih seperti daun2 yang dimakan ulat2.
SUBHANALLAH...betapa besarnya kuasa Allah. Namun pada hari ini masih ada golongan yang tidak mengambil iktibar drpd peristiwa tersebut, malah ada yang terang2 merobohkan rumah ALLAH. sedangkan saya tidak pernah mendengar ada kaum India yang merobohkan kuil mereka, atau kaum Cina memusnahkan tokong mereka. Betapa hinanya kita kerana kita sendiri (org islam)brani merobohkan rumah ALLAH. tahukah kita betapa besarnya azab Allah pada orang yang cuba memperlekehkan Islam..marilah kembali kepada kesucian agama kita yang sebenar, yakni Agama Islam. Satu ungkapan dr seorang sahabat saya yang seringkali saya ingat ialah. A1 kita dalan sujek Agama tidak menjamin kita masuk syurga. kalau diberikan kertas soalan pada apek kutip derma tepi jalan pun, dia pun boleh score, namun sejauh manakah penghayatan Islam dlm diri seseorng??. wallahualm..

2 comments:

Imran Azmi said...

Assalamualaikum. Maafkan saya. Kalau tak silap saya, dalam kitab sirah seperti Raheeq al-Makhtum, yang berjumpa dengan Abrahah bukan Abu Talib tetapi Abdul Muttalib selaku ketua kabilah Quraisy. Peristiwa tersebut berlaku pada bulan Mac 571Masehi. Abu Talib adalah anak Abdul Muttalib, pada waktu baru berusia 22 tahun. Harap dapat diperhalusi.

Hazabe al-Kelantani said...

terima kasih atas teguran anta, ana akan m'perhalusi lagi setiap ayat yang ditaip..syukran jazillan.