Mari sama-sama Kita berdoa..

Doa Qunut Nazilah
Insya ALLAH, sama-sama kita selalu melafazkan doa ini dengan penuh khusyu' sekurang-kurangnya lima kali sehari selepas setiap solat fardhu. Inilah sumbangan kita kepada saudara-saudara kita di Gaza khususnya dan di Palestin secara umumnya, kita laksanakan apa yang termampu. Ingatlah, akan dipersoalkan kelak apa yang kita laksanakan untuk membantu saudara Islam kita di sana nanti. Maksud hadits; Bukan daripada golongan orang Islam mereka yang tidak mengmbil berat urusan umat Islam yang lain.


DOA QUNUT NAZILAH

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan Yang Maha Gagah, Wahai Tuhan Yang Maha Keras, Wahai Tuhan Yang Maha Membalas, Wahai Allah!!

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Wahai Allah, Tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), Tuhan yang menggerakan langit, Tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau Berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba Kamu.

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار

Ya Allah! Rezkikan kepada kami syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين


(diambil dari laman http://syams86.multiply.com/journal/item/50/DOA_QUNUT_NAZILAH)


HAZABE
"SALAM UKHWAH"

TAhuN MasiHI atAU TaHUN HiJraH

Salam Ukhwah…

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan pada Mu, ya Rabb, kerana diberikan kesempatan untuk masih lagi bernafas dan memperbaiki diri yang da’if lagi hina ini, semoga tahun 1430 Hijrah kali ini, menjadikan aku seorang yang lebih matang dan bersedia untuk menjadi salah seorang mujahid yang hidupnya hanyalah mencari keredhaanNYA, Pemilik hati-hati manusia…

Tahun hijrah atau tahun masihi, hmm... mungkin ramai yang tidak tahu kita sedang berada di tahun hijrah yang keberapa berbanding tahun masihi. Sememangnya ramai anak muda yang sibuk menantikan detik 12 tgh malam 1/1/2009 berbanding detik 7.30 malam (maghrib) I muharam dek kerana kejahilan yang telah ditanam dan dibentuk oleh golongan kufar dalam diri setiap remaja. Kita lebih suka merayakan tahun baru masihi sehingga kita lupa sejarah permulaan tahun hijrah umat islam dahulu. Bila ditanya kenapa adik seronok sangat mlm ni ( menanti detik 12 mlm 1/1/09)..katanya “ala bang, mesti la seronok, leh tengok bunga api, tengok awek2 cun tepi jalan, lepak ngan diorang, masa ni la nak enjoy.” Memang tak dinafikan, sememangnya ramai anak muda yang hendak release tension, jumpa member, lepak-lepak dan tak kurang juga ‘berdating’ bersama ‘kekasih’ yang setiap malam ber’sms’ di tikar ‘tido’.

Ingin saya berkongsi sedikit tamrin murahil yang saya dan beberapa sahabat ( shamel dan lutfi) pergi yang dianjurkan oleh PKPIM pada malam 1 Jan tersebut..(tamrin murahil ni lebih kurang kita melihat dan meninjau keadaan sebenar kehidupan masyarakat dengan lebih dekat)



Sebelum 12 mlm……..

Kami berkumpul di anjung rahmat untuk mendengar beberapa taklimat dan nasihat yang perlu kami ambil berat kerana biasanya pada malam tahun baru akan ada orang mabuk, bergaduh, dan lain-lain lagi la. So apa pun selesai jer taklimat kami berkumpul di depan anjung rahmat, membaca doa bersama-sama dan group saya ( shamel,lutfi) dan beberapa orang yang lain diarah ke bangsar dan group yang lain ada yang pergi ke bukit bintang plaza..

( taklimat daripada akhi Hasnul Hanif)

(khusyuk mendengar taklimat)

(hmm...sbnrnya tak sabar2 nak sambut tahun baru)


(bacaan doa yang diketuai oleh Akhi Aziz, amir uia gombak)


Bangsar ‘pelegi’

'ya Allah, itulah ungkapan pertama bila melalui jalan telawi (depan pub), ada la sorang india tu main suka2 jer nak sembur orang, baru jalan sikit kat dalam, dah ada orang mabuk gaduh-gaduh, tak lama polis datang, nasib baik yang ada kt situ orang india dan cina yang ramai. ‘malay’?? ada la gak, tapi ramai yang lepak kat Mc D. Misi kami nak berbual dengan malay tak dapat, sebab tak ramai, lagipun kami tak lama kat situ, sebab ramai yang mabuk. Kami pun ke Bukit Bintang…



(gambar di pavilion. kt belakang tu awek2 tgh berdating)

Bukit Bintang..

ini lagi dasyat, baru jer nak parking kereta, dah nampak orang baru lepas gadu-gaduh, tu pun tak selesai lagi. Hmm, memang orang sekarang suka gaduh ker?? Kat situ memang ramai malay, saya pun dapat la berbual dengan satu geng tu, nampak mcm budak lagi. Diaorang tu rupanya dari Klang, jauh tu…datang ngan moto. Diaorang datang lepak-lepak jer kt KLCC..habis ajer sembang ngan diaorang,(nak berlakon la katakan...) saya ni dengan muka ‘macho’ paw adik tu rokok (konon nk rokok ar )…diaorang pun bagi, lepas tu kami ‘blah’, tapi yang sedihnya, ........rokok saya tak berasap.( mcm mana la aku leh paw rokok tak berasap ni..dah la takder lighter, kantoi2 ..tp buat macho ar..) baru jalan sikit jumpa ngan geng ‘PANG’, rambut yang tegak mcm ekor cicak tu.. saya pun tanya, ‘dik, da lighter tak?’’ salah sorang dari geng tu pun bagi la lighter..TAPI… alahai, lighter pun canggih, berjam jugak nak nyala lighter..( aisey, malu wo..nasib baik tak kantoi, kalau tak dah kena belasah dah) ..nk tunggu berasap, saya sedut la sikit tapi dah nk batuk..punyala tahan sampaila geng tu blah..lepas tu batuk saya tak bhenti sampaila beberapa minit (ini lagi bahaya, nk isap tak pandai, shamel plak gelak2,..dia senang ar, muka pun dah bengis! Orang letih2 blakon sampai batuk2)..hmm pengalamn jadi budak ‘macho’ la sekejap malam tu. Mcm2 yang kami jumpa, pondan,bohsia,bohjang, semuanya sepakej…last skali, kami nak try sembang dengan adik perempuan yang lepak kt situ (mulanya kami tak tahu diaorng ni geng apa tp tengok dia senang2 aje cium pipi laki2 yang lalu tepi jalan yang suruh diaorang ni cium....mcm tak pcaya,melayu pulak tu,) saya cubalah tegur geng adik2 perempuan tu,3 orang sume….tapi ( ceh, kena reject la plak..) mgkin saya ni bengis kot..agaknya la.. itu la beberapa lakonan yang saya lakonkan mlm tu..


memang agak best menjadi mata-mata dalam kelompok masyarakat yang sememangnya realiti dan mereka yang saya anggap ‘adik’ saya yang memerlukan petunjuk untuk kembali kepada kebenaran. Saya tahu mereka tidak sejahat yang disangka, tp mungkin kerana sibuk mencari ketenangan dan matlamat hidup, mereka sesat di suatu lorong yang masih lagi mempunyai cahaya penyuluh, yang masih belum di litupi kegelapan sepenuhnya. Mereka perlukan hanyalah sokongan dan bantuan untuk kembali ke landasan jalan kebenaran. Memang mudah untuk kita kata, mereka ini tak ada matlamat hidup, hilang prinsip agama, tak ada pegangan moral, tapi cubala kita tenung mata mereka, fahami hasratnya, salami jiwanya, InsyaAllah, mereka adalah aset negara yang berharga, mereka perlukan hanyalah seseorang yang boleh membimbing mereka dari mula mereka merangkak hinggalah mereka mampu berlari. Itulah dia, saudara kita, yang sememangnya sedang menanti kita semua..


(adik-adik yang sempat saya temubual)

(kawasan bukit bintang )


(selamat tinggal bukit

bintang)


(berehat sekejap di kg baru sebelum pulang ke tempat masing-masing)


bukan sekadar perkongsian, tapi inilah iktibar yang boleh kita ambil…benarlah sabda Nabi Muhamad S.A.W , “ di akhir zaman nanti, sesungguhnya kamu (umat islam) akan ikut jalan mereka yang dahulu sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehinggalah mereka masuk ke lubang biawak sekalipun nescaya kamu ikut mereka!. Sahabat ada bertanya; “Ya Rasulullah, adakah Engkau maksudkan itu Yahudi dan Nasrani?”. Jawab Nabi; “Siapa lagi!” (ertinya Yahudi dan Nasrani) – riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Apa yang dikhabarkan Nabi SAW itu benar-benar terjadi, siapa lagi yang kita ikut, cara merayakan tahun baru masihi, cara berpakaian, cara hidup, hatta cara pemerintahan sekalipun, kita lebih suka mengikut cara barat (Yahudi dan Nasrani)

Dalam Al-Quran juga Allah SWT mengingatkan; ‘Selama-lamanya tidak akan redha (berpuas hati) oleh orang Yahudi dan Nasrani itu, selagi kamu (umat Islam) tidak mengikut langkah millah (cara hidup) mereka.” (al-Baqarah 2:120)

Sekadar peringatan buat kita semua…masih banyak lagi yang kita bakal hadapi dalam lapangan amar makruf nahi mungkar..

Aku perlukan bukanlah sejumlah wang yang ditabur untuk kepentingan peribadi,

Bukan jua jawatan untuk beramal jamaie,

Apatah lagi puji—pujian dari sekelompok insani,

Tapi aku perlukan doa dan kata semangat

dari sahabat yang ku rindui,

Ilmu ukhrawi dan duniawu dari mu murabbi,

Kekuatan mental dan emosi yang ku bimbangi,

Pada MU ku pintakan Ya RabbulIzzati,

agar diberi kesungguhan dalam diri,

untuk bersama dalam perjuangan ini,

agar ku sentiasa berada dalam redhaMu, ya Illahi.



(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)

HAZABE
"SALAM UKHWAH"