Tiada KaTa SelaIN Puji daN sujUDku pAdaMU

alhamdulillah, tirai program jalinan ukhwah yang ke-3 telah pun berlabuh buat sementara waktu. insyaAllah ini bukanlah program yang terakhir tapi ia adalah penanda aras untuk saya dan sahabat qiadah meningkatkn dan mempratikkan mutu pengurusan dan penganjuran..sememangnya tak ada kata yang lebih indah melainkan puji dan syukur pada Dia yang telah mengabulkan doa hambaNya ini..semoga ia menjadi pengajaran buat insan kerdil ini untuk terus memahami dan mngenal erti sebenar ukhwah fillah. kekuatan islam bukan bergantung kepada secanggih mana teknologi yang mereka ada mahupun seramai mana umat islam yang ada semata-mata tapi yang lebih penting, berapa ramai yang bertakwa kepada Allah. apabila seseorang mengenal iman dan takwa akan lahirlah perasaan cinta dan sayang akan saudaranya yang lain. ukhwah adalah satu ungkapan yang tidak boleh diungkapkan semata-mata tapi hanya mampu dilahirkan melalui perbuatan. ( "tidaklah beriman seseorang itu sekiranya dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya"-hadis riwayat bukhari dan muslim)
sekadar perkongsian buat teman-teman bagaimana perancangan dan urusan yang telah dijalankan sebelum bermulanya program..
1) pelan ranncangan telah bermula pada bulan jun ( sewaktu induksi)
2) mesyuarat dan pertubuhan ajk pelaksana ( ogos )
3) pembentangan kertas kerja kepada JAKIM ( september )
4) Mesyuarat dan pemurniaan modul ( oktober-disember)
inilah beberapa turutan perancangan dan pelaksanaan sebelum PJU bermula..

( sedang sibuk membuat memeriksa maklumat-maklumat yang diperlukan )
sebelum menjejak kaki ke Bangunan JAKIM



(Di Bahagian Dakwah JAKIM)
bersama akhi hanif (naib pres PKPIM) dan akhi Ikhwan (Pres APIS)


(taklimat akhir sebelum PJU di KLCC )

dan.......akhirnya


lumrah manusia..
hidupnya sentiasa ingin berteman
biar dimana sering terkenang
persaudaraan dan juga persahabatan
yang jarang kita temui yang begitu tenang
kerana iman dan takwa milikMU tuhan
hanya kepadaMU aku pintakan
seorang teman yang sentiasa dalam ketakwaan
yang mampu merungkai segala cabang dan permasalahan
demi diri yang kerdil ini untuk berjuang
dalam lapangan amal islam
semoga kita terus beriltizam
untuk mencari indahnya makna sebenar Keredhaan..
-uhibukafillah-

(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)

HAZABE
"SALAM UKHWAH"

Hari Raya Haji yang ku kenangkan...

sekadar perkongsian,
Hari raya haji yang lalu menjadi kenangan yang paling manis kerana raya tahun ini saya bersama keluarga merayakan bersama-sama saudara-mara sebelah mak yang boleh dikatakan ramailah juga. adik-beradik sebelah mak ada 12 org, memang manis bila terkenangkan balik. kami sekeluarga mnjalankan ibadah korban dan juga akikah buat adik sepupu yang baru berusia 4 bulan.
tahun ni, semuanya bergotong-royong meraikan hari raya haji. adik-adik kecil yang dah berapa lama tak jumpa sepupunya riang tak terkata, apatah lagi bila air hujan masa tu, baru nak surut. Memandangkan kampung saya terletak di tanah yang rendah, maka mudah untuk dinaiki air, tapi nasib baik, masa raya tu, air dah surut. adik sepupu yang 'mengidam' nak mandi agak masam mukanya, mana taknya, dah siap suruh ayahnya beli google, pelampung..(mcm nak pergi mandi laut) lucu pulak rasanya..
(ni la budak nakal tu, cian tak boleh mandi,)


(adik sepupu yang sorg dah tak sabar nak berlatih tarik tali..)

(sedang berusaha menjatuhkan ish..ish)
memang agak meriah, lagi terhibur bila melihat telatah adik-adik yang teruja melihat ibadah korban..
(ni lah dia adik sepupu saya, cute kan, dah kena 'konyok' pun tak menangis)

hanya sekadar paparan yang ingin saya kongsi, namun di sebalik keriuhan suasana takbir yang bergema rasa rindu menerpa kepada seseorang yang saya kagumi yang baru 4 bulan meninggalkan kami, dipanggil untuk berehat sementara menunggu saat bumi dihancuri, masakan tidak kami tangisi, seseorang yang sentiasa berjemaah sehingga pagi, saban waktu dan saban hari, masjid adalah rumahnya yang kedua...itulah datuk saya yang saya redha pemergiannya dalam keadaan yang paling indah.. lumrah alam yang telah ada sejak azali, dilahirkan dan dimatikan, itulah takdir setiap makluk. setiap yang hidup pasti merasai mati.

(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)

HAZABE
"SALAM UKHWAH"

Cuti Semester bermula

salam, mungkin dah beberapa minggu blog ini tidak bertinta dan diisi. Kesibukkan yang dihadapi saya mungkin juga disebabkan oleh pengurusan yang tidak sistematik dan juga kelemahan saya dalam mengikuti jadual yang saya buat..mungkin inilah kesannya. apa pun suka untuk saya berkongsi rancangan yang telah saya rancang selepas exam final sem yang agak memening lalatkan saya kerana exam yang...(fuh, mcm tak blaja apa-apa pun) payah tu. nak menyesal pun tak ada gunanya.
plan saya semasa cuti yang hampir 3 bulan ni telah saya usahakan dan sebahagiannya dalam proses. antaranya:-
1. bekerja sambilan
- alhamdulillah saya telah mendapat kerja di MPH bookstore)
2. mendalami ilmu bahasa Arab ( kini sedang menyudahkan modul 1 di UM)
3. menghafaz ( sedang dalam proses belajar qiraat dan tajwid yang betul)
4. membaca seberapa banyak buku yang pelbagai
5. mendalami ilmu agama ( pondok sri permai, pasir puteh kelantan) akan datang
6. menyiapkan satu program tahunan APIS( MUKTAMAR ke -2)

mungkin setakat tu yang saya rancangkan..biarpun nampak sikit tapi, nak ikut pun payah..apa pun tak ada yang mustahil bagi Dia yang Mengusai segala-galanya. hanya perlu minta dari Tuan empunya diri, semoga Dia permudahkan..

semoga kita berkasih sayang kerana Allah)

HAZABE
"SALAM UKHWAH"

Jom Ramai-ramai ke Program Jalinan Ukhwah



Anjuran Bersama
APIS & JAKIM
dengan Kerjasama
PKPIM


Tema: "Kemantapan Ukhwah Pencetus Kegemilangan Ummah"

Tarikh: 19-21 Disember 2008

Peserta: Terbuka kepada segenap lapisan pelajar lepasan SBP dan pelajar semasa.

Anjuran: Alumni Pelajar Islam SBP (APIS)

Tempat: Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Sabak Bernam, Selangor.

Dengan kerjasama: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

RM 25 sahaja | Terhad untuk 150 peserta terawal sahaja

Sila serahkan nama sebelum atau selewat-lewatnya : 12 Disember 2008

Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran boleh dirujuk kepada:

FAKHRUL HAZIM BiN AZMI : 013-3935958

SITI AISYAH BINTI IDRIS : 013-2997138

Maklumat lanjut, sila klik Program Jalinan Ukhwah Edisi 2008.

Pelbagai pengisian yang sangat menarik dan berguna bakal diberikan sepanjang program. Peluang untuk meluaskan kenalan daripada SBP lain, meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam khususnya kepada para lepasan SPM 2008. Jangan lepaskan peluang ini. Berdaftarlah dengan segera !
(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)

HAZABE
"SALAM UKHWAH"

Undangan ke Kuliyah Ruhaniyyah




(semoga kita berkasih sayang kerana Allah)

HAZABE
"SALAM UKHWAH"

Peperiksaan lagi…

Biarpun sibuk dalam membuat revision, saya mencuri masa menulis blog, sekadar mencari ketenangan. Entah kenapa rasa seperti diri ini berpura-pura memohon doa agar diberikan jalan yang terbaik untuk menghadapi peperikasaan. Mungkin, sahabat-sahabat pun begitu juga. Bila menjelang peperiksaan, mulalah mencari tikar sejadah, mencari kitab al-quran, berwirid panjang, solat hajat dan pelbagai cara lagi. Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa menjelang musim peperiksaan sahaja semua jadi seperti ‘ahli sufi’. Mungkin bukan semua yang saya maksudkan. Tetapi inilah hakikat, rasa diri ini seperti munafik berpura-pura beramal soleh, tetapi bila dah lulus cemerlang, mula lah jadi seperti kacang lupakan kulit. Ada yang sanggup kata, ‘alhamdulillah, tak sia-sia usaha aku selama ini.’ Tapi bila nak ajak pergi jemaah lepas tu, masyAllah, liat macam kuih dodoi… Sedarlah kita wahai umat Muhammad, tidak semestinya kejayaan itu baik bagi kita, mungkin itulah ujian yang Allah nak beri untuk melihat hamba-hambanya yang ikhlas dalam beramal. Namun tidak semestinya ujian Allah itu hanya datang dalam bentuk kesusahan tetapi mungkin dalam keadaan kita merasa diri ini terlalu selesa mengejar tuntutan dunia. Ini hanyalah sekadar keluhan jiwa yang kadang-kala terasa terlalu malu untuk menadah tangan memohon keampunan apatah lagi meminta-minta meskipun Allah berfirman, “ Berdoalah kepadaKu nescaya akan Ku perkenankan bagi mu,’’ (Al-Mu’min; 60). Malah Allah juga mengingatkan “Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal,” (al-Maidah;23)

Disini saya juga ingin mengajak sahabat-sahabat melihat peperiksaan dari perspektif yang berbeza. Selalunya orang melihat kejayaan seseorang itu diukur dengan berapa banyak ‘A’ yang diperolehi dalam peperiksaan tetapi persoalannya adakah kita hendak mengatakan bahawa pelajar yang tidak berjaya itu telah GAGAL. Adakah kita hendak mengatakan mereka,( pelajar yang gagal) itu masa depannya gelap?? Amat malang sekali orang yang hidupnya hanya berorienrasikan peperiksaan. Tetapi marilah kita melihat dalam dunia reality, ibubapa lebih gemar menghantar anak-anak ke kelas tusyen daripada menghantar mereka ke kelas fardu ‘ain. Ibu bapa lebih rela merotan anak-anak yang gagal dalam peperiksaan, daripada anak-anak yang tidak bersolat. Reality adalah reality. Penyelesaianya???? Emm, masakan budak belasan tahun seperti saya perlu memberitahu penyelesaiannya..lihat lah alam, bertadaddaburlah dengannya, lihatlah hati, bertanyalah kepada iman, buka lembaran Al-quran, bacalah tafsiranya. Sekali lagi bukan diri kerdil untuk memperlekehkan tujuan peperiksaan, jika tiada peperiksaan, kita tidak tahu sejauh mana potensi diri kita. Umpama hidup ini, jika getah itu tidak pernah ditoreh belum tahu ada susunya. Begitulajh juga kita, jika tidak pernah diuji, sejauh manakah kemampuan kita.. namun, segalanya-galanya bermula dari Dia, dia yang menentukannya. Dalam surah al-Ikhlas, ayat ke-2, Allah berfirman, Allah adalah tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.

Sedarlah wahai sahabatku, meskipun dunia memandang secara luaran tetapi Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Orang yang jiwanya dibesihkan taqwa, fikiranya disucikan iman, dan akhlak diwarnai oleh kehidupan, pasti ia akan mendapat cinta Allah dan cinta manusia.

Dirinya itu…..

Salam,

Ini adalah sedikit perkongsian pengalaman saya bertemu dengan seorang anak kecil yang masih belum mengenal erti hidup, erti kasih sayang, erti rindu apatah lagi erti sifat kehambaan. Suatu petang sedang asyik bermain bola tiba-tiba dia datang. ‘bang, boleh tak saya nak main sekali?’’ pertanyaan yang yang berunsur permintaan, maka kami benarkan dia bermain. Sejak peristiwa itu, sering saya memerhatikan dia. Seorang kanak-kanak yang aktif tapi malangnya mudah dibuli kerana sifatnya yang begitu mudah mempercayai orang lain. ’‘bang, saya letih la main kejar-kejar bola, ‘pass’la kt saya..begitulah dia setiap kali dia ingin bermain bola, sering kali dibuli, bukan sahaja oleh abang2 tapi oleh adik-adik yang masih muda yang sepatutnya menghormati dirinya. Tapi dalam hatinya tidak pernah menyimpan dendam, biarpun dibuli. Mungkin jiwa yang murni itu belum lagi dicemari.

Suatu petang, saya mendekati dia yang siap ber’uniform’ jersi kelihatan menyepak bola yang pecah, dalam hati saya merintih, ‘kesiannya dia’. Kebetulan waktu itu azan asar berkumandang, ‘dik..dik, dah azan ni, kenapa tak balik solat asar dulu? Lepas ni boleh la main.”kata saya. “buat apa solat, kt rumah saya pun tak solat,” terkejut hati saya mendengar jawapannya. Dalam hati timbul rasa ingin mengenali dirinya yang mendalam. “kenapa tak solat, mak tak suruh solat ker??” tanya saya. “TAK,”..

Kesian dirinya, hidup dalam keadaan kekurangan jati diri dan tarbiyah. Bermacam soalan yang saya tanya. Dari perbualan itu, dapatlah saya tahu bahawa kanak-kanak malang itu baru berumur 13 tahun, sudah berhenti sekolah, sebabnya tdak pula saya tanya. Dia lah yang sulong dalm keluarga yang terpaksa menjaga adik-adiknya dirumah apabila mak dan ayahnya bekerja. Dalam hati, saya berasa kagum, dalam usia yang muda sudah pandai dia memikul tanggungjawab yang begitu berat. Mungkin bagi sestengah orang ini adalah pengalaman yang biasa, tapi bg saya ini lah pgnlaman yang begitu bermakna. Lihatlah secara mendalam, dia tidak berilmu kerana didkan ayah dan mak yang kurang menititberatkan pelajaran, sebaliknya bg sesetengan orang, mereka tidak berilmu kerana diri merasa terlebih ilmu sehingga pandai menyuntik dadah sendiri, bagi dia ( budak itu) dia tidak mampu untuk mendalami ilmu asas kehidupan kerana dia dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan, tapi bgi kita, kita sudah mampu menjelajah dunia sehingga mencari jalan yang ingin menhancurkan hidup. Bukan semua orang bernasib baik, lihat dia dari kaca mata seorang abg kepada seorang adik, seorg kawan kpd kawn, seorang ayah kpd anak, seorang hamba kepada hamba yan lain. Mgkin masa depannya tidak secerah diri kita yang memiliki seghalanya, tp siapalah dia yang memerlukan bantuan dari semua pihak yang prihatin. Inilah scenario hari ini, ketika mana semua orang bersuka ria masih ada yang berduka, ketika semua orang menjamu selera masih ada yang melapar dahaga, ketika ramai yang merasa lega masih ramai yng hdp menderita…lihatlah masyarakat kita yang masih perlu dibimbing semoga Allah memberikan kita semua hidayah-NYA…

Ya, Allah,

Aku mohon kekuatan untuk membantu lebih ramai lagi saudara seakidah ku yg masih mencari-cari erti sebenar penghidupan sebelum mereka bertemu nikmat iman dan islam…. Amin..

APIS COOKIES

Alhamdulillah, sempena bulan yang penuh rahmat dan barakah, APIS kini dalam usaha mencari dana dan segala puji bagiNYA yang mempermudahkan segala urusan. Kini APIS COOKIES telah berjaya dilancarkan dan akan di promosikan ke setiap cawangan APIS, mudah-mudahan keuntungan yang diperolehi memberi nafas baru kepada APIS selaku gerakan islam yang memerlukan modal untuk mengadakan pelbagai aktiviti....



sesiapa yang berminat, boleh hubungi ahli APIS yang berhampiran...

# cuba dulu baru tahu.

woi, bangun,bangun,bangun...


"woi, bangun..dah azan isyak dah ni...bangun la. kita pergi jemaah sama-sama..."

Entah mengapa saya berasa sangat letih sehingga tertidur sebaik sahaja berwirid selepas solat maghrib..mungkin terlalu memerah otak dari semalaman sehingga tertidur keletihan.
Namun saya begitu berterima kasih pada kawan serumah kerana mengingatkan saya agar menunaikan solat isyak berjemaah. Begitulah suasana di rumah sewa saya yang baru. Setiap kali azan berkumandang, ahli rumah saya akan bersiap-siap untuk ke masjid yang berdekatan.
Memang berat sekali nak buka mata, rasa seperti bisikan syaitan sudah berjaya menggoda jiwa. apakan daya, terlalu letih sehinggakan nak buka mata pun tak mampu. ye la, terlalu banyak masa dihabiskan di depan buku..namun panggilan illahi telah pun tiba untuk menunaikan tangungjawab saya sebagai hambaNYA.

Kini genap 2 bulan kami menetap di rumah sewa yang berdekatan dengan masjid dan juga Sunway Pyramid..alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar..tiada masalah yang menganggu pelajaran kami lebih-lebih lagi dengan owner rumah sewa kami..
Apa yang nak saya sampaikan ialah rasa kesyukuran yang amat sangat kerana berjaya mempengaruhi kawan-kawan serumah untuk tidak sesekali meninggalkan jemaah..sejak dahulu ( semasa membuat foundation) hingga sekarang, pertemuan dan perjumpaan kami, sering kali saya gunakan untuk mengajak kawan-kawan agar perhatin dan sedar akan tangungjawab kita sebagai muslim. Bukan sekadar tangungjawab menunaikan ibadah semata-semata tapi ibadah menyeru manusia amar makruf dan nahi mungkar. Dan alhamdulillah, sedikit sebanyak usaha saya menampakkan hasilnya.
Jika dahulu, ramai yang cuba melarikan diri apabila berbicara mengenai Islam, kehidupan saudara-saudara kita yang seakidah di pelusuk dunia, dan peranan kita sebagai seorang muslim. Tapi kini, perubahan demi perubahan untuk membaiki diri dan sekaligus umat Islam menjadi semakin ketara dan senario ini dapat dilihat sebagai contoh keputusan piliharaya yang diadakan baru-baru ini. Umumnya kini lebih ramai yang menyokong sebarang bentuk perjuangan yang menjurus kepada pembaikan ummah dan sudah tentu umat Islam.
Kadang-kadang kita melihat seseorang itu secara luaran sahaja dan dengan terburu-buru membuat andaian tentang mereka sehingga lupa bahawa diri kita juga ada kelemahan. Sememangnya bukan hak kita untuk mempersalahkan mereka yang hanyut dalam perjalanan mencari ketenangan. Dek kerana kekurangan tarbiyah, mat rempit hanyut dalam perlumbaan haram, mat ganja khusyuk 'membancuh' dadah, mat disko ber'qiam' di kelab malam serta pelabai ragam manusia yang dapat kita lihat pada masa kini. Bukan untuk menghina golongan 'MAT' ni tapi bukanlah caranya kita, orang Melayu apatah lagi orang ISLAM mencari keseronokan sehingga mengabaikan tangungjawab kita sebagai seorang hamba kepada Penciptanya.
Menjadi tanggungjawab kita untuk terus menyampaikan kebenaran Islam kepada orang ramai, tetapi apa yang lebih penting ialah, kita juga perlu sama-sama mebaiki diri dan memantapkan jati diri kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Kadang-kadang individu itu sendiri sudah memiliki fikrahnya sendiri cuma mereka tidak tahu bagaimana untuk membangkitkan fikrah itu agar menjadi seseorang yang turut menyumbang kepada pembangunan ummah. Terkenang kata-kata dari seorang sahabat, Islam itu tidak memerlukan kita, tanpa Kita, Islam tetap akan menang pada suatu hari nanti, cuma adakah kita juga termasuk dalam golongan-golongan yang berjuang untuk menegakkan Islam di bumi Allah ini. Semoga Allah memudahkanya.


Program MISG-Evo dan Iftar Jama'ie Ramadhan & Persoalan Fiqiah, PKPIM


During this coming blessed month of RAMADHAN… WHY NOT JOIN US???

A programme specially tailored for overseas students and foundation students...

In United Kingdom, Ireland , New Zealand, Egypt , Russia , United State, Aussie , Indonesia
And many more…

With our trainers:

Sis. Mazita
BPP Dublin College, Ireland

Bro. Zawawi
Univ of Notthingham , UK

Bro. Ibrahim
Univ of Warwick , UK

And the special Master Trainer, Bro. Rizal

The fee is ONLY RM 33

Lets’ strengthen our brotherhood for the sake of ummah..

Tentative

5 September 2008 (Jumaat)
Program pada malam pertama adalah di:
Surau ABIM,
Anjung Rahmat, Batu 6,
Gombak

Program MISG-Evo dan Iftar Jama’ie Ramadhan & Persoalan Fiqiah, PKPIM

Masa

Aktiviti

Aktiviti

5.00 ptg

Pendaftaran MiSG-Evo

Pendaftaran Iftar Jama’ie

6.00 ptg

Ceramah Siri 1: Pengertian Ramadhan

7.20 mlm

Iftar Jama’ie & Solat maghrib

7.45 mlm

Ceramah Siri 2 : Ramadhan & Persoalan Fiqiah

8.35 mlm

Solat Isya’ & Solat Sunat Terawikh 11 Rakaat

10.00 mlm

Ucapan Perasmian:

Tn. Hj Yusri Muhammad

Presiden ABIM

Bersurai

10.45 mlm

“Kenali Diri, Kenali Sahabat”


11.30 mlm

Kembara Mimpi



6 September 2008 (Sabtu)
5.00 pg Qiamullail & sahur
8.00 pg Bertolak ke KEM SRI RAUDHAH
9.30 pg
Slot 1: 4W1H: Purpose Of Our Creation
Slot 2: Potential Leader: The officer's of God
2.00 ptg Slot 3: "Ma Bi Anfusihim" : Our potential
5.00 ptg Slot 4: Learn From God
7.30 mlm Iftar & Solat maghrib & bacaan mathurat
8.30 mlm Solat Isyak & Solat sunat terawikh
9.30 mlm Slot 5
: I Concious
11.30 mlm Kembara mimpi


7 September 2008 (Ahad)

5.00 pg Qiamullail & sahur & Solat Subuh dan Kuliah Subuh
9.00 pg Slot 5 : Perkongsian

Menyemai Ukhwah, Merimbun Da’wah di Luar Negara
10.30 pg Bersama Tokoh
Tn Hj Ahmad Azam Abdul Rahman
12.00 tghri POA
1.00 ptg Solat Zuhur
2.00 ptg Pembentangan POA
3.00 ptg Resolusi dan Ucapan Penutup
4.00 ptg Bersurai

For enquiry and registration: Sis. Azmiza- 019 951 4389, Bro. Fairuz-019 6523 115, Sis
. Mariati- 016 854 9012


sesiapa yang berminat, boleh hubungi mereka seperti nombor diatas, insyaAllah, banyak manfaat yang boleh dikongsi bersama...

Muktamar PKPIM






Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke atas Dia, Tuhan sekalian alam, yang berkuasa ke atas setiap makhluk di dunia ini, yang memberi kekuatan keatas hambaNya yang lemah ini untuk hadir buat kali pertama dalam sejarah hidup, ke Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) PKPIM kali ke-47. Sememangnya pelbagai input dan mesej yang berguna yang saya dapat melalui muktamar pada kali ini. Biar pun dalam kekalutan membuat persediaan sebelum mid-semester, alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga hadir ke muktamar PKPIM yang diadakan di KISAS. Sudah tentu, kehadiran saya menjadi persoalan bagi sesebuah persatuan atau badan gabungan anak negeri (BGN) ke muktamar kali ini. Bagi keluarga besar PKPIM pusat sudah tentu nama APIS ( alumni pelajar Islam SBP) sudah sinonim dengan mereka. Biar apa pun ia, yang utama adalah betapa saya merasai begitu manis dan mesranya persaudaraan yang terjalin diantara rakan-rakan seakidah, sefikrah, yang semuanya mahu melihat bahawa syariat Islam tertegak di muka bumi ini. perhimpunan ini bukanlah suatu perhimpunan yang biasa tetapi menuntut hadirin yang hadir memuhasabah diri untuk memahami erti perjuangan yang sebenar, perjuangan yang menuntut kita ( pelajar Islam) berada di dalam organisasi yang memerlukan suatu sistem yang sistematik serta sentiasa melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
Seperti biasa, berlaku beberapa perubahan dalam tampuk kepimpinan exco kanan PKPIM pusat yang menampakkan bahawa sebenarnya PKPIM sedang melangkau ke arah pembaikan sistem organisasi dan sekaligus cuba memberi yang terbaik dalam lapangan amal jamaie ini. sesungguhnya barulah terasa betapa masih banyak yang perlu saya tahu dalam kehidupan yang berorganisasi ini. Namun yang lebih utama, APIS kini kelihatan semakin relevan dan sudah tentu menuntut saya dan ahli qiadah yang lain untuk terus istiqamah dalam perjuangan ini. APIS bukanlah suatu gerakan Islam yang lain, yang jauh dari erti perjuangan yang sebenar, yang membawa idealisme yang baru ataupun parti gerakan yang baru, tetapi APIS adalah suatu wadah yang cuba menghimpunkan pelajar-pelajar semasa dan lepasan SBP untuk mewujudkan satu hubungan ukhwah antara mereka sekaligus memupuk rasa perihatin mereka kepada Islam. Namun ada yang memandang serong keatas penubuhan ini, namun biar apa pun ia, saya menganggap ia adalah cabaran bagi perjuangan ini. Tidaklah bernama perjuangan kalau tiada cabaran. Mungkin inilah masa dan ketika untuk mereka ( golongan penggerak gerakan Islam) terus berada dalam landasan ini, dan tidak ada masa untuk kita semua menoleh ke belakang menyesali tindakan yang lampau. Apa yang penting ialah matalamat kita, sejauh mana kita berada dilandasan yang betul, dalam erti kata yang lain, biar apa pun nama gerakan kita, selagi mana ia mempunyai matlamat yang betul, selagi itulah kita bersama di bawah satu panji dan satu angkatan, mudah-muadahan segala amalan kita diberkati oleh Allah..

monash university student



Percaya atau tidak, inilah hakikat dan kebenaran yang tidak dapat dipalsukan lagi..setelah hampir 12 tahun menuntut ilmu bermula di sekolah rendah agama, sekolah kebangsaan sehingga lah ke peringkat foundation di kolej swasta, saya kini bergelar pelajar u @ siswazah.. tentu ramai yang berkata, apa yang nak dihairankan setakat bergelar pelajar u. Bukan saya hendak menghina atau memuja tapi dari pandangan saya tentulah terdapat perbezaan yang ketara baik dari segi cara hidup, cara belajar, cara bergaul dan pelbagai lagi. Hari pertama saya menjejak kaki di monash universiti, bermacam ragam dan gaya manusia yang bergelar siswazah. Dari segi pakaian, tak usah nak di fikirkan, mengalahkan budak kecik yang belum baligh lagi. Dikiri dan kanan penuh dengan manusia yang zahirnya berpakaian tapi hakikatnya hanya membaluti bahagian yang penting sahaja. adakah ini yang mereka belajar dan diajar ketika hampir 12 tahun sebelum mencapai tahap yang begitu mengaibkan. maafkan saya, tapi apa yang saya tulis bukan merujuk kepada sesetengah kaum atau bangsa tapi saya menulis mengenai pelajar yang di dalam 'ic'nya tertulis agama islam, dan dalam sijilnya ada pengajian islam, malah telah berjaya dengan cemerlangnya dalam islamic studies ( LAN compulsory subjects). persoalannya adakah sistem yang ada sekarang hanya mewajibkan pelajar belajar agama dan menduduki peperiksaan agama Islam sebagai syarat subjek teras yang mesti diambil tanpa menekankan praktikal dan kefahaman yang mendalam dalam Islam. Setiap orang tentu mempunyai jawapan dan alasan yang tersendiri, dan terserah kepada individu bagaimana mereka mengulasnya. Apa yang saya cuba tekankan ialah manusia sekarang sama ada sedar atau tidak, tidak jauh bezanya dengan zaman jahiliah yang hidupnya berlandaskan nafsu dan menolak hukum Allah, andai kata seseorang benar-benar beriman kepada Allah, beriman kepada Rasul dan beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada rasul, sudah tentu mereka tidak berani mempersoalkan apa yang termakhtub dalam kitab Allah, tidak berani mempersoalkan apa yang diajar oleh Rasulullah, sebaliknya mereka patuh dan taat kepada Allah. Semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan-golongan yang rugi seperti yang diterangkan didalam Al-Quran..

PROGRAM PENGUKUHAN FIKRAH


untuk makluman semua ahli apis, pihak MISG-ABIM UK-Eire telah
menganjurkan program 'pengukuhan fikrah'. Maklumat lanjut adalah
seperti berikut:

Tarikh: 8,9&10 OGOS 2008
Tempat: Anjung Rahmat
sasaran : 1) ahli MISG-ABIM UK-Eire
2) pelajar Malaysia di UK dan sedang bercuti
3) Ahli APIS yang bakal melanjutkan pelajaran ke UK dan yang
sedang bercuti.

# sesiapa yang berminat boleh hantarkan maklumat peribadi (nama,
ic,dan no tel) pada setiausaha apis. Harap maklum..


no tel s/u (Fakhrul: 017-2521302)

S/U


Aku merasa kasihNya DIA pada ku..

segala puji bagi MU, ya Allah, tuhan yang ku sembah dan ku puja..
setelah hampir 3 minggu bercuti sambil menunggu keputusan akhir 'foundation' akhirnya dengan izinNya saya lulus dengan cemerlang. Biarpun ketika trial keputusan saya tidak begitu memberangsangkan, syukurlah saya berjaya juga.. Tak ada kata yang mampu saya katakan melainkan mengucap rasa syukur kepada DIA, tuhan yang Berkuasa. Kejayaan itu, adalah umpama hadiah saya kepada mak dan ayah yang telah banyak berkorban untuk saya begiu juga lecturer yang tak putus-putus memberi tunjuk ajar.. Mungkin inilah permulaan dan motivasi bagi saya untuk melangkah lebih jauh.. Apa yang saya harapkan agar kejayaan ini menjadikan saya seorang yang lebih tawadduk dan rendah diri serta ikhlas dalam berjuang di jalan ALLAH..
saya memohon agar DIA menjauhkan saya daripada sifat takkabur, bongkak dan segala sifat mazmumah yang boleh menjauhkan saya daripada rahmatNYA..

peperiksaan final yang terlalu hampir..

sedar tak sedar sudah sampai ke penghujung final sem.. siapa pun tak menjangkakan masa sesingkat ini. 2 sem sudah hampir berlalu, dan dalam masa tu banyak perkara2 yang berlaku, suka duka pahit manis perjuangan menuntut ilmu di kolej yang majoritinya non-muslim. begitu la cabaran yang Dia berikan untuk menguji hamba-hambaNya yang bertakwa. pada trial yang lepas result saya tidak la seteruk mana dan tidak pula sebagus mana, cuma sudah cukup untuk lulus foundation, dan semua itu tidak menjamin apa2 kerana yang lebih penting adalah final exam yang bakal saya duduki pada minggu ini (16 Mei 2008). masa begitu singkat kan.. kadang-kadang rasa kurang persediaan dalam diri, mgkin kerana terlalu memikirkan kebarangkalian yang negatif.saya selalu memegang satu kata-kata yang menjadi prinsip saya selama ini "seseorang itu tidak akan gagal selagi dirinya masih belum mengatakan dia gagal, biar satu dunia kata dia gagal tp dia tetap rasa dia tidak gagal kerana kegagalan yang sebenar adalah apabila seseorang it gagal menjwab soalan SPM (soalan padang masyar) nanti.." ,kata-kata inilah yang menjadi penguat saya dlu kini dan selamanya. apa yang saya harapkan hanya la doa ibubapa, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan saya. saya sentiasa mendoakan agar kejayaan dalam peperiksaan kali ini memberi motivasi bg saya untuk terus berjuang dalam medium dakwah. kadang saya cemburu bila melihat ramai kwn2 yang non-muslim yang markahnya tinggi2 tp hati saya memujuk, tiada gunanya markah yang tinggi kalau tidak disertai dengan hati dan luhur pekerti yang mulia..dalam masa yang sama saya memikirkan betapa indahnya Islam, agama yang saya sanjungi..dalam setiap ketika Islam mengajar kita supaya terus berusaha tetapi hendaklah disertai dengan niat yang ikhlas dan tawakkal kepada Allah, pada masa yang sama janganlah kita lupa bahawa setiap kejayaan dan kegagalan adalah hak Allah. Dia berhak memberikanya dan Dia juga berhak menariknya kembali..
ketika ini, mula teringat kepada sekolah lama, yang pernah saya belajar. dalam minggu terakhir, kami akan bertemu dengan setiap guru2 memohon ampun dan doa guru-guru untuk menduduki peperiksaan yang penting. rindunya saya pada suasana itu. kini bukan seperti dulu, setiap orang berkejar-kejaran mengejar cita-cita, sesiapa yang berusaha dialah yang akan berjaya, usaha yang dilakukan tanpa bantuan guru-guru, semuanya adalah sendiri. mungkin inilah titik tolak kehidupan yang penuh pancaroba. mudah-mudahan Dia permudahkan setiap urusan hambaNya yang bertawakal kepadaNya..

masjid husna...

Baru-baru ini saya menghadiri sebuah majlis yang didakan di Masjid Husna di bandar Sunway, tidak jauh dr kolej saya..program yang bertemakan konsep dakwah dan peranan kita dalam dunia dakwah dianjurkan oleh sahabat perjuangan yang rata-rata adalah pelajar Taylor's college. saya tersentuh apabila seorang penceramah menyatakan bahawa betapa pentingnya akidah kita dalam perjuangan dakwah. Nikmat yang kita kecapai sekarang yakni nikmat Islam perlu diwarnai dengan nikmat Iman. Akhi Syarif( seorang penceramah jemputan) menekankan bahawa pentingnya konsep iman dalam memahami perjuangan dakwah yang sebenar. Kata-kata semangat yang terus keluar dari bibir beliau membuka mata saya untuk terus aktif dalam dakwah.(semoga Allah permudahkan). Apabila berada di situ, saya berpeluang mengenali ramai rakan-rakan yang sefikrah seperti saya yang ingin melihat Islam terus gah di muka bumi Allah, namun yang lebih penting adalah mengajak lebih ramai rakan-rakan kita yang telah jauh terpesong untuk kembali menghayati Islam yang sebenarnya. Islam bukanlah hanya satu agama tetapi ia adalah cara hidup. Selagi kita menganggap islam hanyalah sebuah agama, selagi tu syariat islam tidak dapat diamalkan.
siapa kata kita ni agama yang mundur, sedangkan banyak ilmu2 islam diambil oleh mereka,
siapa kata kita ni lemah, malah kita pernah menakluki 2/3 dunia ketika dahulu,
siapa kata kita ni jahil, sedangkan kita hidup berpandukan kalamullah dan beramal dengan sunnah rasulullah,
tiada agama seindah Islam,
tiada cara hidup sebaik Islam,
tiada syariat sesempurna syariat islamiah,
tiada perjuangan yang lebih suci melainkan perjuangan menegakkan ISLAM..

Ringkasan Ceramah Maulidurassul

Pada 12 rabiulawal 1429/ 21mac 2008 bertempat di surah al ikhwan, sg buloh telah diadakan satu majlis sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Ceramah yang disampaikan oleh seorang ust, bernama Ahmad Kamal bin Mohd Nor banyak menceritakan sejarah kelahiran Rasulullah. Bgaimana diceritakan beliau sebelum kelahiran Rasulullah lagi, telah berlaku pelbagai peristiwa misalnya perlanggaran kota mekah oleh tentera bergajah dipimpin oleh Abrahah. Disaat Aminah, bonda Rasullullah mengandungkan baginda maka ketika itulah, kota mekah diserang oleh Abrahah. sebenarnya Abrahah adalah seorang yang tidak suka kepada Kaabah, dia cuba membina bangunan yang lebih cantik dr kaabah untuk dijadikan hiasan semata-mata untuk menarik orang ramai memujanya, tapi oleh kerana Kaabah merupakan tempat yang terpengaruh pada masa itu, dia membencinya dan berhasrat untuk merobohkannya. Apa yang menarik, ust ada juga menyebut, kita (pemimpin masa kini) sama sahaja seperti Abrahah, yang tahu membina rumah2 antau bangunan2 yang cantik tanpa ada faedah. seperti yang berlaku di Terengganu, yang tersegahnya kecantikan masjid kristal tp hanya semata-mata untuk perhiasan. berbalik pada ceramah tadi, disaat Abrahah nak merobohkan kaabah, dipanggilnya Abdul Muttalib, ditanyakan pada Abdul Muttalib, sebelum aku merobohkan Kaabah ini, adakah kau mempunayi permintaan, wahai Abdul Muttalib? Jwab Abdul Muttalib, "kembalikanlah semua unta2 ku." ,mendengar jawapan Abdlu Muttalib, Abrahah ketawa menyindir. "kau sedarkah apa yang kau katakan ini wahai Abu talib, tak sangka betapa lemahnya kau, kerana kau tidak mempertahankan rumah ibadat ini (kaabah) sebaliknya meminta aku kembalikan unta2 kau. jawab Abdul Muttalib, sesungguhnya unta2 itu adalh kepunyaan aku tp kaabah ini adalah milik Tuhan. Kalau kau berani silakanlah.. disaat itu, tiba-tiba datanglah sekumpulan burung2 Ababil burung utusan Allah yang membawa batu dari neraka lalu dicampakkan kepada tentera Abrahah. Akhirnya mereka tidak lebih seperti daun2 yang dimakan ulat2.
SUBHANALLAH...betapa besarnya kuasa Allah. Namun pada hari ini masih ada golongan yang tidak mengambil iktibar drpd peristiwa tersebut, malah ada yang terang2 merobohkan rumah ALLAH. sedangkan saya tidak pernah mendengar ada kaum India yang merobohkan kuil mereka, atau kaum Cina memusnahkan tokong mereka. Betapa hinanya kita kerana kita sendiri (org islam)brani merobohkan rumah ALLAH. tahukah kita betapa besarnya azab Allah pada orang yang cuba memperlekehkan Islam..marilah kembali kepada kesucian agama kita yang sebenar, yakni Agama Islam. Satu ungkapan dr seorang sahabat saya yang seringkali saya ingat ialah. A1 kita dalan sujek Agama tidak menjamin kita masuk syurga. kalau diberikan kertas soalan pada apek kutip derma tepi jalan pun, dia pun boleh score, namun sejauh manakah penghayatan Islam dlm diri seseorng??. wallahualm..

Rasul ku, Muhammad S.A.W

setiap tahun pada 12 Rabiulawal merupakan hari yang bermakna bg org muslim kerana pada hari itu lahirnya seorang Rasul yang Agung yang merupakan rasul Ululazmi, seorang yang digelar Habibullah (kekasih Allah)yang membawa satu risalah yang mengubah masyarakat jahiliah. Sama ada kita sedar atau tidak, bagindalah manusia yang tiada tolok bandingnya, lihat saja kemuliaan akhlaknya, ketakwaannya, kepimpinannya, semua itu adalah contoh yang terbaik untuk umat sejagat. takkala kita beselawat, berzanji dan berzikir sempena memperingati kelahiran seorang tokoh ini dan jasanya kepda kita, masih ada segolongan manusia yang tidak kenal siapakah Muhamad, malah ada yang berani menghina Muhamad , nabi yang kita cintai.. menyebut pasal cinta malu rasanya untuk mengungkapkan cinta kepada baginda apabila kita sendiri sering melupakanya sedangkan di saat nyawa baginda ditarik oleh jibril, baginda sempat menyebut ummati, ummati,subhanallah..betapa besarnya cinta baginda pada kita, betapa kasihnya baginda pada kita. Tetapi kita...hanya tahu mengungkapkan rasa cinta tanpa pandai utk menghayatinya apatah lagi menzahirkanya. Marilah kita sama-sama menghayati erti cinta yang sebenar, dan menzahirkanya dalam kehidupan seharian kita. Tak ada lagi rasa cinta yang sejati melainkan cinta kita pda Allah dan RasulNya iaitu Muhamad bin Abdullah. Pernah satu ketika, dalam stu majlis brsama-sama Rasulullah,tiba-tiba para sahabat melihat air mata baginda bergenang di kelopak mata menyebabkan salah seorang tidak senang akan keadaan itu lalu bertanya kenapa baginda kelihatan sedih, lalu baginda Rasullullah menjawab aku rindu pada ummat-ummat ku di akhir zaman. Tidak puas hati dengan jawapan itu sahabat bertanya lagi, bukankah kami ini umat mu ya Rasullullah? jawab baginda."Tidak, kamu semua adalah sahabatku. mereka adalah orang yang tidak pernah melihatku tetapi mereka beriman dan mencintaiku, Aku terlalu rindu untuk bertemu dengan mereka," lihat la saja betapa baginda terlalu kasihkan kita, dan mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan org yang mencintai Allah dan RasulNya, InsyaALLAH.

Alhamdullillah...akhirnya...


Setinggi-tingggi kesyukuran kepda Allah taala kerana dengan limpah kurnia daripada Allah S.W.T, akhirnya muktamar sanawi buat kali pertamanya telah diadakan di dewan seminar 2, anjung rahmat, gombak. sememangnya sesuatu yang berharga yang tidak boleh dibandingkan dengan segala kemewahan yang ada, itulah ia aset iman dan islam. pertemuan yang bukan sahaja merapatkan hubungan silaturahim antara ahli malah ia juga menjadi tempat perbincangan, pertukaran idea, pendapat dan sebagainya yang secara tidak langsung menambahkan lagi ilmu kita yang 'kontang' ini. sebak hati saya kerana melihat sambutan yang boleh dikatakan agak memberangsangkan malah ada sms yang tidak henti-henti darpada ahli yang tidak dapat hadir meminta saya untuk menyampaikan butir-butir mesyuarat itu. ini semua menunjukkan betapa kita semua komited untuk brjuang demi islam..sememangnya kita sedar bahawa perjuangan yang bakal kita tempuhi ini bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi Allah menjanjikan kemenangan yang besar bagi orang-orang yang sabar. andai hari ini beratus ribu umat islam dibunuh di serata dunia, biarlah hari ini juga lahir berpuluh-puluh juta bakal syuhada yang akan menegakkan agama Allah di muka bumi ini. yakinlah, disebalik kesukaran itu, ada kesenangan. teruskanlah usahamu wahai sahabat ku, andai kau gugur di pertengahan perjuangan ini, akan ku sambut kibaran bendara islam yang terlucut untuk ku naikkan semangat jihad sekalian makhluk, andai kau rebah dalam mempertahankan agama yang tercinta ini, akan ku terus berdiri melawan musuh-musuh islam..andai aku diberi pilihan bagaimana ku mahu izrail datang menjmput ku, biarlah dijemputku dalam keadaan aku syahid memepertahankan agama, biarlah aku syahid dengan melahirkan sribu syuhada biarlah ku syahid dengan melahirkan seratus ilmuan, biarlah ku syahid dalam keadaan aku benar2 layak berada disisi Allah, Tuhan sekalian alam..AMEEN

Muktamar Sanawi Kali Pertama

Majlis Perhimpunan Agung Tahunan / Muktamar Sanawi Kali Pertama
Alumni Pelajar Islam SBP (APIS)


Hari : Sabtu
Tarikh : 7 Rabiul Awal 1429 Hijriah / 15 Mac 2008
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Kompleks Anjung Rahmat, Batu 6 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
Yuran : RM 10 ( termasuk makan tengah hari, bahan cetak)
Ucapan Perasmian oleh Saudara Mohd Hilmi bin Ramli, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Anda semua dijemput untuk menghadiri upacara penting ini. Terbuka kepada semua pihak, termasuk bekas pelajar SBP, pelajar SBP dan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SBP.
Untuk maklumat lanjut dan pengesahan kehadiran sila berhubung dengan Saudara Fakhrul : 017-2521302 (lelaki) dan Saudari Amirah : 016-6638174


" Melahirkan Muslim Profesional Berasaskan Kefahaman Islam Syumul."

Inilah jalan yang ku pilih...

mugkin inilah kali pertama aku menulis sesuatu di dalam blog ku ini..
sejujurnya sebelum ini aku hanya mampu memaparkan kata-kata yang berhikmah yang juga ku ambil daripada seseorang..tapi mungkin tiada maknanya andai bnda yang sama ku ulangi.
mungkin selepas ini, blog ini akan menjadi salah satu wadah untuk aku menyatakan matlamat ku, sebagai seorang dai'e yang ingin melihat Islam terus berkibaran dan tak akan pernah pudar dalam setiap jiwa orang Islam. mungkin benarlah kata pujangga mgkin kita tidak mampu mengubah benda yang besar dalam sekalip mata tapi andainya kita mulakan dengan yang kecil,secara ikhlas, insyaALLAH, dengan izinNYA, ia adalah tidak mustahil. Allah tidak memandang sebanyak mana kejayaan kita yang kita perolehi dalam memperjuangkan Islam tapi sebanyak mana usaha kita dalam memperjuangkannya..
Mudah-mudahan Allah sentiasa bersama orang yang menjaga agamanya...

Pesanan Imam Ghazali

yang dekat itu MATI,
yang jauh itu MASA,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang indah itu SOLAT,
yang tajam itu LIDAH....
Biarkan perpisahan itu satu pengorbanan yang perlu, kerana hidup ini hanya akan beerti bila kita tiba-tiba merasa kehilangan dan di perlukan....

Senyum

Senyum lah..

SENYUM adalah bahasa dunia. Ia menunjukkan keceriaan.
SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.

Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.

SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang.

"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah.

SENYUM adalah jambatan persahabatan.

SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.

SENYUM harus ada ketululusan.

SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan kening yang berkerut.

Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot. Bayangkanlah!!!

"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.

Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.

Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.

Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa kita tidak mulakan ? Mulakan dengan diri kita.

SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu.

Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........ "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"

Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.